Habibah memasuki perut kereta sambil tersenyum gembira. Kaisara yang duduk di sampingnya mula pelik.
'Apahal dengan budak ni? Tersenyum-senyum'bisik Hati Kaisara.
"Oi! Kau apahal? Tersenyum-senyum macam kerang busuk."soal Kaisara.
"Ish! Kau ni.. aku tengah happy kau cakap aku kerang busuk. Kau tak nak tanya ke aku kenapa?".
"Hoi! Habis tadi tu bukan aku tanya? Ke aku buat ayat penyata tadi?"Kaisara bercekak pinggang. Habibah tersengeh.
"Kau nak tahu tak.. tadi.." Kaisara memandu keluar dari pagar sekolah sambil mendengar Habibah bercerita.
"Kau yakin ke yang Ian tu tulus dengan kau. Jangan-jangan dia saje nak game kau"canggah Kaisara. Matanya fokus pada jalan raya.
"Kau ni.. tak baiklah cakap macam tu. Ian tu baik tau. Aku kenal dia. Kau janganlah nak samakan Ian aku dengan Hayiz tu"Habibah monyok.
"Ala.. Bib, aa.. aku bukan nak samakan.. cuma.. dia kan satu geng. Mesti semuanya sama"kaisara cuba memujuk. Tapi Habibah masih monyok.
"Okay, okay. Aku support kau dengan Ian tu. Tapi.. kalau dia buat kau terluka lagi sekali, aku tak akan tinggal diam okay?".
"Okay! Sayang kau dunia akhirat"terus tersenyum Habibah.
~~~~~
Hayiz siap mengenakan suit hitam dengan kemeja putih didalamnya. Tali leher dikemaskan. Rambut diraup kemas. Jam tangan di atas meja di ambil lalu dipakainya. Setelah yakin dengan penampilan dirinya, dia mencapai telefon bimbit lalu melangkah keluar dari bilik.
Kaki melangkah turun menuju ke ruang tamu. Kelihatan Elina sudah siap mengenakan pakaian formal. Elina yang perasan akan kehadiran Hayiz terus menoleh.
"Fuyoo!! Kau hensem-hensem ni nak ngorat siapa? Ke.. kau nak ngorat pengarah baru Laskar Pura?"sakat Elina.
"Kau ni mengarut apa? Dalam hati aku ni.. ada Kai sorang je tau".
"Kau ni long, kuat sangat perasan. Kau pasti ke Kai yang kau cinta tu, suka dekat kau balik"provok Elina.
"Eh! Ini Hayiz Muiz lah. Aku akan pastikan, Kai akan jatuh cinta dengan aku"Hayiz mendabik dada.
"Apa cinta-cinta ni? Siapa yang jatuh cinta"sampuk Ridzwan.
"Tak ada.. ni pa, along ni perasan sangat. Dia cakap dia nak-"pantas Hayiz menekup mulut Elina lalu melemparkan sengihan kepada Ridzwan.
"Papa, Ummi, kita dah lambatkan? Jomlah"ujar Hayiz.
"Eh! Ya lah. Jom, jom, jom. Nanti lambat pula sampai"tutur Elly memimpin tangan Everlyn.
Hayiz melepaskan tangannya dari menekup mulut Elina. Terus jelingan maut di hadiahkan. Elina juga turut melemparkan jelingan. Hayiz mengatur langkah mengikut jejak ummi dan papanya.
~~~~~~
Hotel Grand pada malam itu di penuhi dengan para bangsawan dan ahli perniagaan. Hayiz yang baru sahaja tiba terus menapak ke arah sebuah meja sementara ummi dan papanya beramah mesra dengan ahli perniagaan dan bangsawan yang lain.
"Weh!! What up bro!"sahut Hayiz berjabat tangan ala bro-bro.
"Weh!"sahut Iskandar menyambut jabatan tangan.
YOU ARE READING
Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]
Teen Fiction{𝓣𝓱𝓲𝓻𝓭 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Seorang lelaki yang berumur 17 tahun yang tidak mempercayai apa itu cinta. Hidupnya hanya di lingkungi oleh lelaki kecuali keluargnya. Berperwatakan yang dingin, keras kepala, itu lah dia Muhammad Hayiz Muiz. Seorang yang ta...