K.A dan Hayiz berjalan beriringan memasuki mall. Mereka berjalan tanpa hala tuju. Masing-masing diam. Rasa janggal mungkin. K.A berjalan memandang ke lantai. Tidak pernah sekali pun dia mengangkat kepala memandang Hayiz. Malu bukan kepalang.
"Kita pergi makan dululah"ujar Hayiz memecah sunyi.
"Erm.. okay"jawab K.A sepatah.
Mereka menapak ke arah restauran yang sama sewaktu Hayiz mengajak K.A menjadi teman wanitanya kelmarin.
K.A melabuhkan duduk di tepi dinding manakala Hayiz duduk di hadapannya.
'Ah sudah.. macam mana aku nak makan kalau dia duduk depan aku. Aduh!!!'bisik hati K.A.
Pelayan datang menghampiri meja. Segala makanan Hayiz yang pesankan. Tugas K.A hanya mengangguk dan setuju sahaja. Senangkan. Tak payah nak jadi complicated sangat. Setiap kali nak makan apa mesti cakap tak tahu ikutlah. 🤦🏻♀️
Sebaik sahaja pelayan itu beredar, K.A cuba untuk mengajukan soalan yang berlegar di kepala otaknya.
"Erm.. Hayiz, awak duduk depan saya ni, macam mana saya nak makan?"soal K.A.
'Aduh.. apasal boleh tetiba cakap saya-awak pulak ni.. otak..oh otak, boleh tak kau bagi kerjasama sikit dengan mulut aku ni'gumam hati K.A.
"Kenapa? Salah ke kalau aku duduk depan kau?".
'Dia main soal pulak.. aduh.. apa aku nak cakap ni eak'gumam hati K.A lagi.
"Erm.. nanti awak nampak muka saya yang tak cantik ni.. tak ada selera pulak awak nanti. Yelah... girlfriend awak Bella tu kan cakap saya ni itik hodoh". Hayiz ketawa kecil dengan kenyataan K.A. Wajah K.A berkerut apabila Hayiz tiba-tiba ketawa.
'Aik! Dia gelak pulak. Aduh.. mesti dia malu sebab aku di hodoh. Mana aku nak sorok ni.. bawah meja ni boleh tak?'kata Hati K.A yang sudah keresahan.
"Kelakarlah kau ni. Kan aku dah pernah tengok muka kau sebelum ni. Tak apalah. Aku okay je. Lagi pun bukan buruk sangat muka kau. Cuma berjerawat sikit je. Alah.. normallah benda tu".
"Awak tak malu ke?".
"Nak malu buat apa? You're my girlfriend. Who care kalau ada yang nak mengata. Janji diorang tak kacau kita".
Puff! Berasap terus muka K.A apabila terkena kata-kata manis dari Hayiz Muiz. Nasib baik tak pengsan je. Kalau tak lagi malu.
Tidak lama kemudian, makanan pun tiba. Sebaik sahaja pelayan pergi, K.A terus membuka ikatan mask bahagian atas dan menjatuhkan mask perlahan-lahan. Hayiz hanya memerhati gerak geri K.A
'Waduh.. muka dia cantik je, tapi sayang seribu kali sayang.. berjerawat. Haih.. sabar Hayiz. Demi motor superbike baru, akan ku tempuh segala dugaan ini'bisik hati Hayiz. Matanya terus beralih pada makanan di hadapannya.
Makanan di jamah tanpa sebarang kata. Ada jugalah Hayiz menyoal latar belakang K.A tapi, banyak juga yang K.A kelentong. Dia sangat menjaga identitinya. Rahsia besar perlu di jaga.
~~~~~~
Usai makan, mereka berjalan lagi ke kedai yang ada di mall itu. Tempat yang paling gemar K.A tuju adalah kedai art. Dia perlu membeli stock baru untuk lukisannya. Hayiz hanya menunggu di luar kedai sahaja. Kerana seni bukan minatnya.
Selepas itu, mereka ke sebuah butik pakaian yang harganya boleh dikatakan agak terjangkau juga. K.A ternampak akan satu gaun yang menarik perhatiannya. Sungguh cantik dan elegent. Tag harga di sentuhnya lalu di balikkan. Mahu terkeluar biji matanya apabila melihat harga sehelai gaun itu hampir mencecah setengah ribu.
YOU ARE READING
Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]
Novela Juvenil{𝓣𝓱𝓲𝓻𝓭 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Seorang lelaki yang berumur 17 tahun yang tidak mempercayai apa itu cinta. Hidupnya hanya di lingkungi oleh lelaki kecuali keluargnya. Berperwatakan yang dingin, keras kepala, itu lah dia Muhammad Hayiz Muiz. Seorang yang ta...