Iskandar melangkah menuruni tangga setelah mendapat panggilan dari Safwan mengenai Hayiz. Jaket di sarungkan di badannya. Baru sahaja tangannya mahu mengcapai pintu, kedengaran suara bondanya memanggil.
"Ian nak ke mana tu?"tanya bondanya.
"Ian nak keluar kejap. Jumpa kawan"jawab Iskandar.
"Okay, tapi jangan balik lambat sangat. Malam ni kita ada dinner dengan keluarga Putri".
"Ye bonda.. Ian pergi dulu. Assalamualaikum"Iskandar bergegas keluar.
Motornya di hidupkan lalu menyarungkan helmetnya. Clutch di masukkan. Laju sahaja motor Iskandar meluncur membelah jalan.
~~~~~~
Aiman dan kawan-kawannya melepak di markasnya yang tidak ubah seperti sebuah gudang. Mereka bermain kad dengan teman wanita masing-masing di sisi. Umur baru 17 tahun, lagaknya seperti orang dewasa. Gelak tawa dan perbuatan maksiat menjadi permainan mereka.
Sedang mereka bergelak tawa, Hayiz datang lalu melayangkan flying kick kepada Aiman menyebabkan Aiman jatuh terlentang. Hayiz duduk di atas Aiman sambil menggenggam kolar baju. Tumbukan di lepaskan berkali-kali. Menyebabkan wajah Aiman di penuhi lebam dan darah.
"KAU BUAT APA DEKAT ADIK AKU!! KAU INGAT ADIK AKU TU APA HAH! SETAN!!"marah Hayiz.
Tepat pada masanya Racer datang. Pantas mereka menarik Hayiz menjauhi Aiman. Aiman seperti sudah nyawa-nyawa ikan di tanah.
"Kau ni dah kenapa Yiz? Pergi serang dia?"soal Safwan.
"Dia game adik aku! Kau nak aku biar je dia buat adik aku macam tu! Dia malukan adik aku depan orang ramai!"amuk Hayiz melepaskan dirinya dari pegangan kawan-kawannya.
Kedengaran tawa dari Aiman yang terlentang di tanah. Dia mengangkat badannya lalu meludah darah dari dalam mulutnya.
"Kau triggered ke? Kau lupa ke yang kau dah game K.A? Satu sekolah dah tahulah.. bagus jugak dia kena buang. Tak adalah dia jumpa lelaki macam kau kan"kata Aiman tergelak.
"Kau!!"Hayiz mahu menerpa ke arah Aiman tetapi pantas Racer menghalang.
"Apa? Kau nak pukul aku? Pukul lah. This is call karma bro. Kau game orang, sekarang adik kau pulak yang kena"tambah Aiman lagi dengan senyuman sinis.
"Dah lah Hayiz, jom kita blah. Tak guna kau layan budak macam ni"kata Safwan.
Racer melangkah pergi dari situ. Aiman bangun lalu menayangkan senyuman sinis. Sambil lidahnya menolak dinding pipi dari dalam.
"Kau ni dah kenapa pergi serang Aiman macam tu?"kata Iskandar.
"Kau ingat aku akan duduk diam je ke dia game adik aku?"bentak Hayiz bengang.
"Aku tahu Yiz. Kalau aku jadi kau pun aku bengang. Tapi tak payahlah sampai nak pukul budak tu sampai mampos"tambah Safwan. Safwan ni penyabar orangnya. Dialah yang menjadi air tika Hayiz menjadi api.
Hayiz menendang tayar motornya. Rambutnya di raut kasar. Dia menarik nafas sedalam yang boleh lalu di hembus perlahan bagi mengawal amarahnya.
"Dah! Jom blah"ajak Imran.
Imran melangkah naik di atas motornya. Begitu juga dengan yang lain. Sarung tangan fingerless disarungkan.
"Im, Erm.. K.A macam mana?"tanya Hayiz.
Imran yang mahu menyarung helmet ke kepala, kembali meletakkan helmet di atas tangki motor.
"Dia balik rumah Mummy dia"kata Imran mendatar.
YOU ARE READING
Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]
Teen Fiction{𝓣𝓱𝓲𝓻𝓭 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Seorang lelaki yang berumur 17 tahun yang tidak mempercayai apa itu cinta. Hidupnya hanya di lingkungi oleh lelaki kecuali keluargnya. Berperwatakan yang dingin, keras kepala, itu lah dia Muhammad Hayiz Muiz. Seorang yang ta...