GBM 24

2.7K 223 22
                                    

Habibah dan Racer menunggu kehadiran K.A di gazebo taman sekolah. Mereka ingin tahu kenapa K.A dipanggil ke ruangan pengetua. K.A menutup pintu bilik pengetua dengan keluhan berat. Kaki di langkah perlahan menuju ke gazebo. Fikirannya menerawang memikirkan akan perbualannya dan pengetua tadi.

"K.A, kamu dah tahukan pasal video yang tular tu? Kenapa kamu biarkan? Kamu kena pertahankan diri kamu. Saya tahu kamu nak rahsiakan status kamu. Tapi, kalau benda ini sampai ke Dato' sri? Apa yang kamu nak jawab?"tutur pengetua dengan lembut.

"Cikgu, saya dah penat nak pertahankan diri. Selagi saya pertahankan, selagi itulah saya kena dengan Queen B."jawab K.A.

"So now, what is your action?".

"I think, i' gonna take a break for a while. I want to quit from school. I want you to delete all my data in school system tomorrow. Saya akan ambil homeschooling".

"Baiklah kalau itu yang kamu mahu. Dan kalau itu adalah jalan terbaik untuk kamu. Bila kamu akan kembali?".

"Bila tiba masanya, saya sendiri akan datang ke sini maybe dengan diri saya yang baru?".

"Sekolah ni selalu terbuka untuk kamu cik Muda"pengetua berdiri lalu membongkokkan badannya dengan tangan kanan di bawa ke bahu kiri.

"No need to do that. I'm not cik muda yet. Saya minta izin keluar dulu"pengetua mengangguk.

Sesampainya K.A di gazebo, dia memandang setiap wajah yang ada di hadapannya. Dia berpura-pura sedih.

"So, apa pengetua cakap?"tanya Habibah.

"Aku.. aku kena buang sekolah Bib"kata K.A dengan nada sedih. Semua tersentak mendengar kenyataan K.A.

"Mana boleh kau kena buang! Aku kena betulkan ni. Aku akan jumpa pengetua dan bagitahu hal sebenar"kata Hayiz berdiri.

"It's okay awak. Saya okay. Memang saya tak layak pun untuk sekolah dekat sini"K.A tersenyum.

"K.A, sekolah ni tak ada pun tetapkan syarat sesiapa yang nak masuk sini kena kaya, cantik, baik, bijak semua tu"kata Iskandar.

"Wow! Tengah buat farewell ke? Dengar cerita ada yang dah kena buang. Ohohoho... kesiankan. Kalau dah nama pelacur tu.. memang tak layak untuk sekolah sini"herdik seorang gadis tidak bertudung.

"Kau memang nak mampus ke Bella!"Habibah berdiri dengan amarahnya. Sempat K.A menghalang Habibah dari mendekati Bella.

"Well memandangkan hari ni hari terakhir kau kan si hodoh, why not baby.. you bagitahu je si hodoh ni apa permainan you"ujar Bella. K.A dan Habibah memandang Hayiz drastik. Racer sedikit tersentak dengan tutur Bella.

'Macam mana si Bella ni boleh tahu?'bisik hati Imran.

'Apa aku nak buat ni?'desis hati Hayiz.

"Bagitahu apa ni awak, permainan apa ni?"tanya K.A kepada Hayiz keliru. Wajahnya masih lagi boleh tersenyum.

"La.. you tak tahu ke? Yang selama ni, Hayiz ni sebenarnya, game you je.."ujar Bella.

*pasang lagu dekat atas ye😊*

Bam! Seperti ada satu panahan kilat menusuk ke hati K.A. Terus mati senyum K.A.

"...diorang ni beating untuk dapatkan motor superbike tau. You won Baby"tambah Bella lagi. K.A menunduk memandang tanah. Hatinya berkecai mendengar apa yang di katakan Bella. Racer sudah mati kata.

"Nampak sangat kau ni senang kena gamekan K.A. Malang betul hidup kau"kata Batrisya.

"Sedih!"tekan Balqis pula.

Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]Where stories live. Discover now