GBM 29

2.7K 225 25
                                    

Pasang lagu dekat atas

Puas Hayiz tawaf satu kedai tetapi tiada satu pun yang berkenan dihati. Dia melihat rakan-rakannya yang sakan memilih baju. Mentang-mentang ada jualan murah.. sakan mereka membeli.

"Hayiz, kau tak nak beli ke?"soal Imran.

"Tak ada yang berkenanlah"kata Hayiz.

"Cerewetlah kau ni. Kesian bini kau nanti kena hadap lelaki yang cerewet macam ni"tambah Imran lagi.

"Dah aku tak berkenan nak buat macam mana. Korang beli lah. Aku tunggu dekat luar".

"Suka hati kaulah. Dia yang ajak kita beli baju, kita pulak yang sakan beli"kata Iskandar.

Hayiz melangkah keluar dari kedai. Tangan di celuk di dalam poket mengeluarkan telefonnya.  Terdapat dua panggilan tidak di jawab. Dia mendail kembali lalu telefon di bawa ke telinga.

"Hello!"Hayiz menoleh. Tiba-tiba dia terlanggar seorang gadis. Hampir saja gadis itu terjatuh. Sempat Hayiz mencapai tangan gadis itu yang berlapit lengan sweater. Pandangan mereka bertemu. Terbuntang gadis itu dengan tindakan drastik Hayiz. Lebihan shawl gadis itu terkibat ke belakang.

'Cantiknya mata dia'desis hati Hayiz.

Hayiz bagaikan kaku melihat gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hayiz bagaikan kaku melihat gadis itu. Mata gadis itu yang berwarna biru menjentik hati Hayiz. Gadis itu yang memakai tudung berwarna merah dan mask hitam di wajahnya memandang Hayiz pelik. Tangannya di tarik dari pegangan Hayiz. Tersentak Hayiz menyebabkan dia kembali ke alam nyata langsung melepaskan tangan gadis itu.

"Terima kasih"ucap gadis itu dan terus berlalu dari situ.

"Nan.. nanti!"sahut Hayiz. Sayang sekali gadis itu sudah jauh dihadapan.

"Ish! Asal aku tak tanya nama dia.."Hayiz berdecit.

"Hello along! Siapa tu"kedengaran suara dari dalam telefon.

"Ha! Tak adalah nanti aku call kau balik"terus Hayiz mematikan talian. Hayiz mengintai-intai mencari kelibat gadis tadi.

"Oi! Kau tengok siapa tu"sergah Imran.

"Weh... Im.. aku dah jumpa Im.. aku dah jumpa.."Kedua tangan Hayiz menggongcang kepala Imran.

"Hoi! Pening kepala aku"Imran menepis tangan Hayiz.

"Ops. Sorry"Hayiz tersengeh.

"Kau jumpa apa Yiz?"tanya Iskandar.

"Aku dah jumpa gadis idaman aku. Cantik dowh.. mata dia warna biru. Dia pakai tudung merah. Tapi aku tak nampak muka penuh dia. Dia pakai mask"jelas Hayiz.

"Kalau tak nampak muka macam mana kau tahu dia cantik?"tutur Safwan.

"Kali ni betul...dia cantik"kata Hayiz.

"Nampaknya tembok cina hati Hayiz Muiz sudah roboh kerana Gadis Bertudung Merah"kata Iskandar.

Mata Hayiz masih lagi melilau mencari gadis bertudung merah itu. Dia akan cari gadis itu campai jumpa kerana gadis itu telah berjaya merobohkan tembok cina hatinya.

Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]Where stories live. Discover now