GBM 21

2.8K 233 32
                                    

"AHAHAHAHAHA... puas hati aku. Sekarang, satu sekolah dah tahu yang K.A tu pelacur. "Bella tergelak puas.

"Sekarang baru dia tahu siapa kitakan. Ini Queen B lah. Queen of Ammaeyra Highschool"tambah Balqis.

"But, don't you guys think about it? Kenapa Izam nak sangat dekat K.A tu? Kalau nak cakap cantik, I ni lagi cantik dari si K.A tu"kata Batrisya bangga diri.

"True. Izam tu dahlah kaya, handsome, president Royal pulak tu. Ish! Full packagelah"puji Balqis pula.

"I don't care what's Izam purpose. For me, Hayiz is better than Izam yang korang sanjung tu"canggah Bella.

"Yah... right. Tapi dia tak pandang kau pun kan"Batrisya berpeluk tubuh dengan jelingan.

"Whatever, cinta tu boleh berputikkan"Bella mengangkat kedua pompom di tangannya dan terus berlalu ke arah kelompok sorak yang lain.

"Ergh! Why we have a leaders like her"kata Batrisya dan Balqis serentak dengan nada kesal. Mereka menikuti jejak Bella ke arah sekelompok pasukan sorak.

~~~~~~

K.A terjaga dari lena yang agak panjang. Matanya di buka perlahan. Perkara pertama yang menjengah pandangannya adalah siling putih. Anak matanya bergerak ke kiri dan kanan melihat sekeliling.

'Hospital?'kata hati K.A.

Drastik dia bangun dari pembaringan lalu memeriksa badannya. Dia mendapati bahawa dia sudah memakai baju hospital. Tangan kirinya terasa berat. Wajah di kalih ke kiri dan terlihat Habibah yang tidur beralas lengan di sisinya.

K.A mengelamun. Memorinya memutarkan kembali kejadian yang berlaku sepintas lalu. Terus tangan kanannya memegang kepala.

"Eh! K.A. Kau dah sedar. Syukurlah kau tak apa-apa"tutur Habibah menenyeh matanya.

"Um. Terima kasih"ucap K.A tersenyum.

Kedengaran ketukan pintu. Pantas Habibah menghulurkan tudung kepada K.A. K.A menyarungnya perlahan.

"Masuk"sahut Habibah sebaik sahaja K.A selesai memakai tudung.

Pintu di kuak terpancur lelaki vampire di hadapan pintu. Di mata K.A, wajah mereka seperti ada satu cahaya yang bersinar. Lantas K.A menarik senyum.

Empat jejaka menapak masuk. Hayiz yang membawa seplastik buah meletakkan ia di atas meja kecil di tepi katil. Racer melabuhkan duduk di atas sofa manakala Hayiz hanya berdiri di sisi Kanan katil.

'Hayiz ni memang tak nak duduk ke macam mana? Punggung dia panas sangat ke?'bisik hati K.A.

"K.A, kau macam mana sekarang? Dah sihat?"tanya Safwan.

"Rasanya dah makin okay dari sebelum ni"jawab K.A tersenyum.

"Terima kasih"ucap K.A menunduk memandang tangan.

"Huh?!"Racer terpinga.

"Terima kasih. Sebab tolong saya"ucap K.A lantas mengangkat wajahnya dengan senyuman tulus.

"Wah.. dia boleh lagi tersenyum dengan keadaan macam ni"gumam Iskandar perlahan.

"Aku rasa dia tak tahu lagi pasal video baru tu"tambah Safwan perlahan.

Safwan memandang Hayiz lalu keningnya di jungkitkan berkali-kali. Hayiz mendongak di sertakan jungkitan kening bertanya. Safwan menggerakkan matanya ke arah K.A. Hayiz membalas dengan mengerutkan keningnya tiga kali dan matanya bergerak ke arah K.A.

Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]Where stories live. Discover now