GBM 4

3.4K 266 48
                                    

Deringan alarm telefon mengejutkan Hayiz yang lena di buai mimpi. Telefonnya di capai lalu alarm di tutup. Dia bangun dari pembaringan dengan mata yang masih tertutup. Setelah termanung seketika, barulah dia turun dari katil menuju ke bilik mandi.
(Siapa pernah termenung dulu baru masuk bilik air. Kita geng)

Usai mandi dan solat, Hayiz terus bersiap dengan memakai baju celoreng pkbm. Yelah.. setiap rabukan kena pakai baju uniform. Beret di sarungkan di kepala. Beg galas di ambil dan terus menapak keluar.

"Ummi Hayiz pergi sekolah dulu ya. Hari ni kena jaga pagar"sahut Hayiz melangkah keluar.

"Tak nak sarapan dulu ke? Nanti sakit perut"ujar Elly sambil menyapu jem ke roti.

"Tak apa Mi, Hayiz breakfast dekat kantin je"Hayiz menyarung kasut ke kaki. Tali di kemaskan lalu melangkah ke motornya. Kaki di langkah menaiki motor. Enjin motor di hidupkan berderau bunyi motor Hayiz membingit di pagi hari

"Along, balik nanti tolong ambil adik dekat rumah grandma. Ummi dengan papa kena pergi dinner!"Sahut Elly.

"Okay Ummi! Hayiz pergi dulu. Assalamualaikum!"Sahut Hayiz sambil memakai sarung tangan fingerless. Helmet fullface di pakainya. Dia terus menunggang keluar dari perkarangan rumah.

Setibanya di sekolah, Motor Hayiz terus meluncur memasuki garaj. Enjin di matikan. Helmet di tanggal lalu di letakkan di atas tangki minyak. Dia turun dari motornya dan menanggalkan glove di tangannya.

"Hai baby.. awal you sampai hari ni"sapa seorang gadis berambut perang. Jari gadis itu bermain dari bahu hingga ke lengan Hayiz. Wajah Hayiz sudah berubah.

"Siapa baby kau"kata Hayiz mendatar. Tangannya menyarungkan beret ke kepala.

Riak wajah gadis itu berubah cemberut. Terus dia mengubah kembali raut wajahnya ke raut menggoda.

"You, hujung minggu ni kita pergi enjoy nak. I dapat invitation pergi party kawan I."ajak gadis itu.

"Sorrylah. Aku tak berminat nak keluar dengan perempuan macam kau"Hayiz berdengus sebelum menggalas begnya dan beredar.

Gadis itu hanya memandang Hayiz yang pergi dari situ. Wajahnya berkerut disertakan hentakan kaki tidak puas hati.

"Ish! Tak guna kau Hayiz. Kau jual mahal ya.. kau tengok nanti.. aku akan pastikan kau jadi boyfriend aku. Ini Bella lah...Ratu Queen B. Tiada siapa yang setanding aku"gumam Bella sendiri.

Queen B, merupakan kumpulan yang terdiri dari tiga orang gadis yang gedik iaitu Bella, Batrisya dan juga Balqis. Mereka bertiga juga merupakan ahli pasukan sorak. Kecantikannya juga amat di gilai oleh para lelaki. Cuma perangai mereka saja yang membuatkan ramai pelajar tidak suka dengan mereka.

~~~~~~~

Pantas K.A berlari ke arah pagar sekolah sambil melihat jamnya yang sudah menunjukkan pukul 7.35 pagi. Nampaknya K.A seperi terlajak tidur. Kaki K.A tiba-tiba berhenti mengejut apabila melihat 3 orang jejaka berdiri di hadapan pagar sekolah berpeluk tubuh.

"Aduh.. macam mana ni. Ada pengawaslah pulak"kata K.A sendiri.

K.A menghembus nafasnya berat. Tali beg galas di genggam erat. Dia cuba memberanikan diri untuk masuk. Kaki di atur perlahan. Sesampainya dia di hadapan pagar, terus dia di tahan oleh jejaka berbaju celoreng pkbm. Menikam pandangan lelaki itu kepada K.A. K.A menelan liur kesat.

"Kau asal lambat?"soal lelaki berbaju celoreng.

K.A mendongak. Terus kelu lidahnya apabila mendapati lelaki itu ialah crushnya Hayiz Muiz.

Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]Where stories live. Discover now