"Haish!! Mana K.A ni!"Hayiz mengusutkan rambutnya. Dia bingkas bangun dari kerusi lalu berjalan mundar mandir di tengah ruangan. Anak mata Safwan, Iskandar, Imran dan Habibah bergerak mengikut gerakan Hayiz ke kiri ke kanan.
Imran menggelengkan kepalanya yang sudah pening melihat Hayiz mundar mandir di hadapannya. Lantas dia berdiri menghadap Hayiz dengan pandangan tajam. Kedua bahu Hayiz di pegangnya.
"Kau!... duduk!"Imran menolak Hayiz duduk di atas sofa.
Hayiz diam. Terkaku juga dia sekejap tadi. Si Imran ni bukan boleh kira mereng dia. Silap hari bulan lelaki dengan perempuan dia sebat. Tiba-tiba meremang bulu tengkuk Hayiz.
Bunyi ketukan pintu membuatkan mereka bertoleh serentak. Imran menapak ke arah pintu. Daun pintu di buka luas. Terbuntang Imran melihat K.A yang macam baru sahaja lepas di rogol berdiri di hadapannya berpeluk tubuh lemah menutup badannya.
K.A melangkah setapak kehadapan. Tiba-tiba badannya sudah kehilangan daya tahan dan menyebabkan dia tumbang. Mujur sempat di sambut oleh Imran. Tubuh K.A di cempung lalu di bawa masuk. Pintu di tutup dengan menggunakan kaki. Yang lain terpinga apabila melihat Imran mengcempung K.A.
"Bib! Kau bukak almari tu lepas tu ambil blanket. Cepat!"arah Imran.
Habibah pantas membuka almari yang di maksudkan lalu mengambil selimut yang ada di dalam tu. Imran membaringkan K.A di atas sofa, lalu mengambil selimut di tangan Habibah menyelimuti K.A bagi melindungi tubuh K.A yang sedikit terdedah. Imran tak nampak tau . So... save.
"Kenapa boleh jadi macam ni?"soal Habibah kerisauan. Dia duduk di atas lantai bersebelahan K.A sambil tangan mengelus kepala K.A.
"Aku tak tahu. Dia berdiri depan pintu tadi dah jadi macam ni. Aku rasa mungkin sebab video tu kut"kata Imran meraup rambutnya kebelakang.
"Aku rasa elok kita bawa dia pergi hospital. Check mana yang patut. Takut ada luka ke"cadang Safwan.
"Kau nak bawak dia dengan baju koyak macam tu?"tegah Hayiz.
"Habis tu nak biar je dia ni dekat sini?. Kalau dia kena rogol ke? Senanglah nak tahu"balas Safwan.
"Ish!! Korang ni! Boleh tak jangan bergaduh dekat sini! Sudah! Biar aku yang tukarkan baju K.A"marah Habibah. Serabut otak dia bila melayan Racer. Kakinya di atur keluar dari bilik pengawas ke bilik persalinan bagi mendapatkan baju ganti.
'K.A, aku tak pasti apa perasaan aku dekat kau sekarang ni. Tapi aku tetap akan lindungi kau. Aku akan tolong kau selesaikan masalah ni. Aku tak akan biarkan kau kena macam ni lagi. Itu janji aku'gumam hati Hayiz.
~~~~~~
Hayiz memandu ke hospital setelah mendapat kebenaran dari pengetua. Setibanya di hospital, Imran berlari masuk ke dalam untuk meminta bantuan dan katil. Dua orang nurse dan seorang doktor keluar dengan menolak katil ke arah kereta Hayiz. Tubuh K.A yang kecil itu di angkat oleh Habibah dan di bantu oleh dua orang lagi nurse perempuan. Takkan nak suruh Hayiz angkat lagi kut. Tadi tu darurat. Sekarang ni bukan darurat lagi.
Katil di tolak masuk menuju ke ward. Doktor memakai stetoskopnya lalu memeriksa denyutan nadi K.A.
"She still breathing. Kamu bertiga boleh tunggu di luar. Kami nak check pesakit dulu"ujar doktor. Habibah, Imran dan Hayiz keluar dari ward. Mereka duduk di bangku yang tersedia.
Hayiz bersandar di dinding. Kepala di dongakkan. Bunyi notifikasi menganggu fikirannya. Telefon bimbit di keluarkan dari poket seluar. Dia melihat di skrin telefonnya tertera notifikasi dari laman web sekolah jarinya menekan nitifikasi itu. Terpapar sebuah video seorang gadis yang terdedah badannya yang di penuhi lebam dan luka kecil.
YOU ARE READING
Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]
Novela Juvenil{𝓣𝓱𝓲𝓻𝓭 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Seorang lelaki yang berumur 17 tahun yang tidak mempercayai apa itu cinta. Hidupnya hanya di lingkungi oleh lelaki kecuali keluargnya. Berperwatakan yang dingin, keras kepala, itu lah dia Muhammad Hayiz Muiz. Seorang yang ta...