Pulang sekolah, laju sahaja Hayiz keluar dari kelas tanpa menghiraukan kawan-kawannya yang memanggil. Racer mengekori Hayiz dari belakang. Sampai sahaja di garaj motor, Hayiz terus melangkah menaiki motornya. Sarung tangan di pakainya.
"Weh Hayiz! Kau nak pergi mana ni?"tanya Safwan.
"Aku nak pergi jumpa K.A. Aku nak Explain semuanya"ujar Hayiz sambil tangannya menyarungkan helmet fullface di kepala.
"Sudahlah Hayiz, biarlah K.A pergi. Semua ni memang salah kita. Biarlah dia bertenang dulu"kata Imran.
"No! Aku perlukan kata maaf dari dia. Dialah satu-satunya perempuan yang aku selesa berkawan"tutur Hayiz. Kunci motor di masukkan ke lubangnya. Terus enjin di hidupkan. Berderau bunyi motor Hayiz.
Hayiz memandang ke belakang untuk mengundurkan motornya. Satu tangan menahan motornya dari bergerak. Hayiz memandang empunya tangan.
"Hayiz, kau sayangkan K.A atau kau cintakan dia. Sayang dengan cinta tu beza tau. Kau jangan tipu hati kau. Kau jangan jadi macam aku"kata Iskandar.
Hayiz menatap Iskandar tajam. Terus visornya di tutup. Motornya di undur keluar dari garaj. Dia terus menunggang keluar dari perkarangan sekolah. Racer hanya menghantar pandangan mereka sehingga bayangan Hayiz hilang dari pandangan.
~~~~~~
Setelah menjelaskan segala yang berlaku kepada Mummynya, K.A meneguk air yang ada didalam gelas di tangannya. Wajahnya yang hiba membuatkan hati Mummy Maria luntuh. Dia tidak menyangka begitu teruk sekali anaknya di buli di sekolah. Dia mula merasakan bahawa dirinya adalah ibu yang teruk.
"I'm sorry. Mummy tak pernah nak ambil tahu tentang K.A sebelum ni. Maafkan Mummy"Tutur Mummy Maria memeluk K.A dari samping. K.A hanya melepaskan tangis.
"Sudahlah. K.A pergilah naik atas bersihkan diri dulu. Tenangkan fikiran okay"pujuk Mummy Maria lagi.
K.A sekadar mengangguk. Dia bangkit dari duduknya. Kaki di atur perlahan menujuk ke tangga. Satu persatu anak tangga dinaikinya. Perasaan sedih masih lagi terpahat di hatinya.
Mummy Maria memandang K.A dengan pandangan yang redup.
'Apa yang perlu aku lakukan untuk mengubati jiwa anak ku'desis hatinya.
~~~~~~
*Pasang lagu dekat atas*
Pintu lif terbuka segera langkah Hayiz di atur menuju ke rumah K.A. Loceng rumah di tekan beberapa kali. Tetapi tiada tanda menunjukkan pintu rumah itu akan terbuka.
"Argh!!"Hayiz menjerit kesal. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. Terus nombor K.A didail.
'Nombor yang anda panggil tiada dalam perkhidmatan. Sila cuba sebentar lagi'
Kedengaran suara operator yang menjawab terus Hayiz mematikan talian. Dia berdecit kesal. Dia melangkah pergi dari situ. Motor Hayiz keluar dari perkarangan kondo itu meluncur laju di atas jalan raya.
"Mana kau pergi K.A.".
K.A duduk di bawah pancuran air dengan berbaju sekolah. Dia memeluk lututnya erat ditemani tangisan. Dia berfikir sendiri. Kenapa dirinya begitu bodoh mempercayai orang dan mudah jatuh hati dengan orang.
YOU ARE READING
Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️]
Novela Juvenil{𝓣𝓱𝓲𝓻𝓭 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Seorang lelaki yang berumur 17 tahun yang tidak mempercayai apa itu cinta. Hidupnya hanya di lingkungi oleh lelaki kecuali keluargnya. Berperwatakan yang dingin, keras kepala, itu lah dia Muhammad Hayiz Muiz. Seorang yang ta...