29

16 1 2
                                    

Samar-samar cahaya menembusi mata aisya yang baru bangun dari tidur yang nyenyak. Kemungkinan harini dia dah dibenarkan pulang ke rumah. Bosan juga lama-lama dalam hospital ni. Walaupun rakan-rakan sekerjanya ada yang datang di wad untuk berborak tapi bila semua kembali bertugas tinggal la dia sorang-sorang semula memandangkan syaqif ada urusan yang perlu diselesaikan.

Pintu wad dibuka dari luar terpacul muka ibu mertuannya. Aisya menyambut huluran tangan ibu mertuannya sambil tersenyum manis.

" Aisya macam mana okey?". Soal puan salmah

" Okey je mama, ni mama datang dengan siapa?". Soal aisya melihat ibu mertuanya datang berseorangan selalunya pasti kemana-mana ada teman.

" Datang dengan syazil , dia tengah cari parking". Aisya mengangguk faham.

" Ini mama ada bawak makanan, makan sikit yee". Dia menyediakan semua untuk menantunya makan.

" Susah-susah je mama ni. Selera aisya tengok semua ni". Satu suapan selesai masuk ke dalam mulut aisya. Sedapnya lahai masakan orang-orang lama.

" Takde susah mana pun, lagipun harini mama dengar aisya dah boleh keluar wad?". Tanya puan salmah sambil tersenyum melihat menantunya makan.

" Yee kalau ikut harini dah boleh keluar, lagipun aisya cuti panjang sampai betul-betul sihat". Jelas aisya.

" Ini pun syaqif yang pesan suruh ambik aisya, dia ada operasi tu dia tak sempat bagitahu katanya dia datang pukul 5 pagi tadi aisya tidur jadi dia malas ganggu". Jelas puan salmah

" Operasi?". Soal aisya. Mungkin dia terlalu lena sehingga tidak sedar kehadiran syaqif.

" Yee operasi menyelamat tanah runtuh. Dah habis operasi nanti dia balik". Jelas puan salmah kepada menantunya.

" Nak ikut mama balik rumah nenek?". Tanya puan salmah takut-takut menantunya trauma dengan perangai ibunya yang selalu cari masalah.

Aisya mula berfikir aduhai bukannya nenek syaqif tu suka sangat dengan dia tapi dia dah lama tak jumpa dengan orang tua tu. Okey je la kot

" Aisya okey je mama, cuma nak singgah rumah ambik baju". Jelas aisya melemparkan senyum.

Syazil yang baru sampai membuka pintu wad sambil melambai kearah kakak iparnya. Sekuntum bunga mawar merah diserahkan untuk aisya.

" Wahh baiknya adik akak ni sempat beli bunga ekk". Seloroh aisya kepada syazil

" Mestilah bukan zil yang belikan". Balas syazil

Puan salmah dan aisya saling berpandangan berkerut kening masing-masing.

" Abistu siapa yang bagi?". Soal puan salmah

" Abang. Tadi dia kata dia chat akak tak balas lepastu ada delivery ni hantarkan bunga ni suruh bagi dekat akak".

" Haah tu telefon akak habis bateri tengah charge". Aisya membalas. Lama-lama terbit senyum dipipi melihat bunga yang berada diatas meja.

"Sweet anak mama rupanya". Usik puan salmah sambil menolong memasukkan barang aisya kedalam beg.

" Eleh syazil lagi sweet dari abang kalau nak ikutkan". Balas syazil tidak mahu kalah.

" Kamu tu kuat kerja sangat, ha kan dah takde perempuan nak dekat". Sengaja puan salmah berseloroh kepada syazil anak bongsunya yang terlalu pentingkan pekerjaan.

" Sabar lah mama, belum tiba masanya nanti dulu muda lagi kan akak?". Sengaja syazil meminta backup dari aisya.

" Mana ada muda kan mama, umur-umur syazil sepatutnya ada girlfriend dah". Jelas aisya sengaja mahu menambah rasa mengusik adik iparnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Seragam cinta❤Where stories live. Discover now