𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 30 : 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐌𝐘 𝐅𝐀𝐌𝐈𝐋𝐘 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍

180 21 0
                                    

Setelah sampai di halaman rumah, ada sebuah kereta yang saya kenali. Jeffson. Dan juga ada sebuah kereta yang saya tidak kenali. Namun saya tidak menghiraukan kereta itu. Dalam fikiran saya, cuma ada wajah-wajah keluarga saya.

'Irene Irelyana is back.'

Saya menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mengetuk pintu rumah.

"Wait! Coming!"

Suara Izene kedengaran. Saya tersenyum kecil. Sebaik sahaja Izene membuka pintu, semua orang di dalam rumah terkejut melihat saya. Pergerakan mereka terhenti. Dady, Mumy, Ixene, Izene, Jeffson, Aeryssa, Adam dan seorang wanita seumuran Mumy. Ya, Adam ada di sini. Kehadiran Adam di sini sangat mengejutkan saya, dan yang lagi mengejutkan dia menggunakan kerusi roda dengan kepala dan tangan kanan yang berbalut.

"Irene? Anak Mumy!"

Mumy berlari ke arah saya dan terus memeluk saya dengan erat. Mumy mengucup dahi saya berulang kali. Dady, Izene dan Ixene juga turut memeluk saya. Kami berlima berpelukan di pintu rumah.

"Kenapa pulang tidak bagi tau ni? Anak Mumy kah juga ni? Kenapa Irene makin cantik ni? Makin seksi. How are you? You okay?"

Mumy mengajukan banyak soalan kepada saya.

"Mana satu yang saya perlu jawab ni Mumy?"

Kami semua tertawa. Pelukan dileraikan. Saya beralih kepada Adam yang sedang duduk di atas kerusi roda.

"Adam.."

Air mata saya mengalir laju apabila melihat keadaan fizikal Adam.

"Aurora.."

Adam mengalirkan air mata lelakinya. Dia berusaha untuk berdiri namun gagal. Wanita yang seumuran Mumy itu menghalang Adam untuk berdiri.

"Adam, don't!"

"DON'T STOP ME MOM!"

Adam menepis tangan wanita yang dia panggil sebagai 'Mom' lalu Adam terjatuh ke atas lantai. Saya mengatur langkah kaki ke arahnya dengan pantas lalu duduk melutut di hadapannya. Adam memeluk saya dengan erat seperti tidak ingin melepaskan saya.

"Adam, what's wrong? Kenapa kau boleh macam ni? Oh my God."

"Aurora, I miss you so damn much! You make me crazy! Kau di mana selama tiga tahun ni? Kau kasi tinggal saya di sini saturang! Kau biar saya tercari-cari macam orang gila! You don't love me anymore!"

"Adam stop. Apa kau cakap ni?"

"Tengok kau makin seksi sudah. Confirm kau sudah jumpa lelaki handsome sana kan? Dengan keadaan saya yang macam ni sekarang, lagi lah kau tidak suka saya."

"Adam, apa kau merepek ni? Sudahlah. Bangun. Duduk balik di sini."

Wanita itu membantu saya mengangkat Adam untuk duduk di kerusi rodanya semula. Saya merenung wanita itu. Wanita itu tersebut tersenyum manis, lalu memperkenalkan dirinya sebagai ibu kepada Adam.

"I am his Mom."

"I'm Irene.."

"I know. Adam already told me all about you."

Mom Adam tersenyum. Saya terus memeluknya sambil berbisik.

"Sorry Anty."

"No, don't blame yourself. It's not your fault."

Selepas pelukan dileraikan, saya menuju ke arah pintu untuk mengambil semula beg pakaian saya namun Adam menarik tangan saya.

"You want to leave me again?"

𝐀𝐌𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 ✔️ ( 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑳𝑬𝑻𝑬𝑫 )Where stories live. Discover now