𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 26 : 𝐎𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐌𝐄𝐄𝐓

185 26 6
                                    

"Cik Irene Irelyana?"

"Ya, saya."

"Cik ni tunang kepada Jimmy Jeffson, betul?"

"Ya."

"Okay begini cik. Menurut apa yang ada dalam rekod kami, kes cik sudah ditutup, memandangkan Jimmy Jeffson sudah meninggal. Sudah bertahun-tahun lamanya pihak polis cuba untuk mencari pelaku sebenar, tapi maaf cik, kami tidak jumpa sebarang bukti."

"Tapi saya ada bukti."

Polis itu terdiam. Saya menyerahkan pen drive tersebut kepadanya.

"Jimmy tinggalkan bukti-bukti ni semua sebelum dia meninggal. Dia juga ada tinggalkan alamat balai polis ni. Dalam rakaman CCTV ni menunjukkan bahawa diorang mensabotaj kereta Jimmy sebelum kami terlibat dalam kemalangan pada hari itu."

"Cik ada kenal siapa-siapa di antara mereka?"

"Ada. Saya kenal orang yang masuk ke dalam kereta Jimmy. Jay Smith."

Polis itu menganggukkan kepalanya sambil menulis sesuatu di buku nota kecil.

"Okay cik. Cik boleh tinggalkan nombor telefon di sini. Jika ada apa-apa perkembangan, kami akan hubungi Cik. Terima kasih kerana telah memudahkan kerja kami."

"Sama-sama."

Saya keluar dari balai polis lalu menghembuskan nafas lega. Saya hanya perlu sedikit waktu untuk selesaikan hal ini. Selepas hal ini selesai, barulah saya akan fokus dengan masa hadapan saya.

* * *

˝Saya di depan rumah sudah.˝

Mesej daripada Adam. Ya, hari ini Adam cuti dan Adam mahu meluangkan masa bersama saya. Saya melihat diri di cermin untuk kali terakhir sebelum keluar dari bilik.

"Perfect!"

Saya mencapai heels berwarna hitam di rak kasut, lalu memakainya. Saya berjalan menuju ke kereta Adam dengan penuh berhati-hati. Ia sangat memalukan jika saya jatuh hahaha!

"You look stunning, Aurora."

Mata Adam tidak lepas dari memandang saya. Hal ini membuatkan wajah saya bertukar menjadi warna merah.

"Thank you. Tapi, tolong jangan tengok saya lama-lama. Saya malu."

"Hahaha! Okay okay."

Adam membawa saya makan tengahari dahulu sebelum membawa saya jalan-jalan. Adam tidak melarikan pandangannya terhadap saya.

"Adam.."

Adam tertawa kecil.

"I.. I just miss you."

"Saya tau, tapi.. Saya tidak selesa kau tengok saya macam tu."

Adam masih memandang saya dengan senyumannya yang tidak lekang dari bibir.

"Saya pulanglah ni."

"Ui orang main-main. Kau ni hahaha!"

Saya memuncungkan bibir. Adam tertawa kecil dan semakin lama, tawanya semakin menjadi-jadi.

"Adam, stop it! I hate you!"

"Yes Aurora. I love you too."

"Damn you!"

"HAHAHA! Okay, saya penat sudah ketawa."

Adam menekan perutnya, namun sisa tawanya masih ada. Wajahnya bertukar menjadi merah, mungkin kehabisan nafas. Selepas selesai makan tengahari, Adam membawa saya ke pusat membeli-belah. Namun, kami hanya berpusing-pusing di sana, tanpa membeli apa-apa. Akhirnya kami duduk untuk berehat.

"Aurora.."

Adam bersuara selepas lima minit kami berdiam diri.

"Yes?"

"Berapa lama lagi?"

Saya mengeluh perlahan selepas mendengar pertanyaan Adam.

"Adam, saya sudah cakap kan?"

"Ya, saya tau tapi.."

Adam tidak meneruskan ayatnya.

"Adam, tolong bagi saya sedikit masa lagi."

"Berapa banyak masa lagi kau perlu Aurora?"

"Sampai kes saya selesai."

Adam hanya mengeluarkan keluhan beratnya. Perbualan kami terhenti di sana. Adam menghantar saya pulang ke rumah. Sebelum saya keluar dari kereta, Adam menahan tangan saya.

"Aurora please?"

"Apa?"

Adam tidak membalas apa-apa. Adam hanya memandang anak mata saya sedalam-dalamnya.

"Adam, saya sudah cakap kan? Saya cuma perlu sedikit masa lagi."

"Berapa banyak masa sudah saya bagi Aurora? Kau buat saya lebih sengsara kalau macam ni."

Nada suara Adam ada sedikit tinggi. Air mata saya mulai bertakung.

"Adam.."

"Saya dari dulu memang sudah banyak bagi masa dengan kau. Tapi kau tidak pernah pun faham perasaan saya? Why Aurora? Why!"

Genggaman tangan Adam semakin kuat. Saya cuba untuk melepaskan genggaman tangannya.

"Adam, sakit."

"Hati saya lebih sakit dari ini, Aurora!"

Saya diam.

"Saya rasa tersiksa bila nampak kau mesra dengan Jeffson! How can kau suruh saya positive think sedangkan saya tidak tau pun apa hubungan kamu, apa kaitan kamu."

"I'm sorry."

Saya berkata dengan separuh berbisik.

"Saya pun ada perasaan Aurora. Saya bukan patung!"

"Adam.. Okay macam ni. Kalau kau tidak dapat tunggu saya, kau boleh cari perempuan lain. Berhenti berharap dengan saya. Kalau kau rasa saya banyak sakitkan hati kau, kau carilah perempuan lain yang boleh buat kau bahagia. Okay?"

Air mata saya jatuh di tangan Adam. Adam terdiam.

"Thank you for today, and I'm sorry for everything."

Saya melepaskan genggaman tangan Adam dan keluar dari kereta dengan pantas. Saya berharap Adam akan mengejar saya, namun saya salah. Adam tidak mengejar saya sama sekali. Bermula pada hari itu, Adam sudah tidak menghubungi saya. Dan saya rasa, inilah kali terakhir kami berjumpa.

Semakin hari, keadaan saya semakin teruk. Berat badan susut. Makan minum tidak terjaga. Saya banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik, termenung. Jika ada orang memanggil, saya hanya memekakkan telinga. Semuanya berlaku disebabkan oleh..

Selepas seminggu dari pertemuan terakhir saya dan Adam, saya ternampak satu gambar yang di'upload' oleh Adam di akaun Instagramnya yang bercaptionkan -

"Spend time with her today. I really miss her."

Gambar itu menunjukkan Adam dan perempuan itu sedang meluangkan masa di tepi pantai sambil berpegang tangan. Dengan hati yang hancur, saya keluar dari apps Instagram dan langsung menghantukkan kepala di dinding sehingga ada darah yang mengalir, barulah saya berhenti.

"My fault! ARGH!"

And start from that day, my life changed 360°.

#AmnesiaGirl26

𝐀𝐌𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 ✔️ ( 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑳𝑬𝑻𝑬𝑫 )Where stories live. Discover now