Adam semakin bersemangat untuk membuat latihan. Semakin hari, tahap kesihatan tubuh badannya semakin meningkat. Bermula dari berjalan dengan tongkat sehingga berjalan tanpa tongkat dan akhirnya dapat berjalan dengan normal. Adam juga sudah mula bekerja semula. Adam bekerja keras mengumpul duit untuk majlis kami nanti.
*ONE YEAR LATER..
"Congratulations, Adam and Irene. May God bless both of you. I'm happy for both of you."
Aeryssa memeluk saya sambil mengalirkan air matanya.
"Jangan menangis Rys. Kau ni."
"Sorry. Terlebih emosi pula. Ya lah, banyak dugaan kamu kan sebelum ni. Tidak sangka kamu kuat, sabar."
"Begitulah kehidupan manusia Rys."
Aeryssa beralih kepada Adam. Saya tidak dapat mendengar apa yang dibualkan oleh mereka kerana bunyi latar belakang music yang terlalu kuat. Jeffson mendekati saya.
"Congratulations Irene. I'm happy for you."
Jeffson memeluk saya sesaat.
"Dia datang dalam mimpi saya semalam, Jeff."
"Ya?"
Saya memberitahu Jeffson bahawa pada malam semalam, Jimmy ada datang ke dalam mimpi saya. Wajahnya berseri-seri. Dia tersenyum manis ke arah saya sambil melambai-lambaikan tangannya. Jimmy perlahan-lahan menghilang di sebalik cahaya putih.
"Mungkin Jimmy gembira nampak kau bahagia, Irene."
"Yes, I think so."
Setelah banyak dugaan yang saya dan Adam telah lalui, akhirnya jodoh menyatukan kami semula. Adam adalah 'hero' saya. Dia ada sewaktu saya jatuh, bangun, susah, senang. Sewaktu saya hancur, Adam tetap ada di sisi saya. Tidak pernah jemu memberikan kata-kata semangat. Adam tetap setia menunggu saya walaupun terpaksa mengharungi banyak dugaan dan halangan.
"Sayang, jauhnya termenung."
Adam menggoncang bahu saya.
"Eh sorry, B."
"Is that your friend? Dari tadi dia panggil."
Saya menoleh ke sisi dan.. It's CHARLENE, MIA AND ZARIFF! Mereka datang ke Sabah semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan saya.
"Oh my God! Charlene! Mia!"
Mereka memeluk saya dengan erat.
"Congratulations Irene! Wah, you look so beautiful!"
"Thank you both of you! Zariff!"
Saya melambaikan tangan ke arah Zariff. Zariff datang mendekat.
"Congratulations Irene. I'm happy for you."
"Thanks Zariff! Thanks kamurang, sanggup datang dari jauh untuk pergi majlis saya saja."
"Eh takpe. Boleh jugak kitorang jalan-jalan kat Sabah. Best lah."
Tiba-tiba Izene datang. She wear a dress but she walks like a boy.
"Hoi Irene! Mumy bilang mau bergambar sama family to family."
Mata Izene terlirik Zariff yang ada dengan saya, serta-merta wajahnya bertukar merah. Dia malu hahaha!
"Ce.. Cepat sikit!"
Izene berlalu meninggalkan kami.
"Zariff, inilah kakak saya yang saya cakap dulu."
"Ganas gile, tapi comel hahaha!"
Anak mata Zariff tidak lepas dari memandang Izene yang berjalan menuju ke arah Mumy.
"You can try if you want. Good luck!"
Sebelum Zariff, Charlene dan Mia pulang, saya sempat ternampak Zariff dan Izene bertukar nombor. See? Seganas-ganas Izene, ada juga lelaki yang suka.
And yah. Itulah jalan cerita hidup saya. Bermula dari seorang perempuan yang hilang ingatan disebabkan oleh terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang memang sudah dirancang oleh seseorang. 'Tempat' tunangan digantikan sementara oleh kembarnya. Jatuh cinta, terperangkap dan hampir berkahwin dengan 'Si Penipu'. Merahsiahkan kematian palsu diri sendiri demi untuk mencari kebenaran dan membalas dendam kepada individu yang terlibat dalam menghancurkan hidup saya. Berjumpa dengan lelaki yang penyabar yang sanggup melayan karenah saya, sanggup menunggu saya kembali kepadanya. Dan akhirnya, takdir mempertemukan kami semula. Saya berharap, Tuhan tidak mengambil Adam dari hidup saya. Saya sudah tidak sanggup kehilangan orang yang saya sayang. Cukup Jimmy.
And for Jimmy, kau tetap ada di dalam hati saya. Saya tidak pernah lupakan kau. Semua memori dan kenangan kita, akan saya simpan sebaik-baiknya. Tuhan banyak bagi kau ujian berat dan saya tahu kau penat. Berehatlah kau dengan aman.
Lagu latar : Mimpi Kita - Aina Abdul
Untuk pembaca di luar sana, semua manusia akan melalui fasa hidup dan mati. Hargailah orang sekeliling anda selagi mereka masih hidup. Fokus kepada sesuatu yang mampu membuat anda gembira. Habiskanlah sisa hidup yang ada untuk benda-benda yang berfaedah. Janganlah kita fokus kepada perkara yang menyakitkan diri kita sendiri.
Semua manusia yang ada di bumi akan diuji dengan ujian yang berat tidak kira tua atau muda, perempuan atau lelaki, sempurna fizikal dan mental atau tidak sempurna. Kita semua sama. Ingatlah bahawa ujian demi ujian yang datang kepada kita akan membuat kita lebih kuat dan tabah.
THE END ❤️ .
(692 WORDS)
YOU ARE READING
𝐀𝐌𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 ✔️ ( 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑳𝑬𝑻𝑬𝑫 )
RandomTerlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan akhirnya tidak sedarkan diri dalam tempoh yang cukup lama. Semua memorinya hilang serta-merta. Tidak mengingati ahli keluarganya sendiri dan juga tunangnya sendiri. Namun ada sesuatu yang pelik apabila d...