𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 28 : 𝐌𝐑 𝐙𝐀𝐑𝐈𝐅𝐅

160 24 0
                                    

"Irene, bos panggil you."

Qisyah menepuk meja saya dengan perlahan sambil mengukir senyuman manis di bibir.

"Well, kau senyum macam ni apahal?"

"You masuk je lah."

Qisyah berlalu pergi dengan senyuman yang mengandungi seribu satu makna. Saya menarik nafas panjang sebelum mengetuk pintu.

"Come in."

Saya menolak daun pintu dengan perlahan-lahan dan menutupnya semula dengan sopan.

"Bos panggil saya?"

"Irene Irelyana?"

"Ya, saya."

"Duduk."

Betul apa yang Mia dan Charlene beritahu saya beberapa bulan yang lalu. Bos kami sememangnya kacak.

"You masih baru lagi kat sini kan?"

"Ya."

Saya menjawab ringkas.

"Okay. Sorry sebab baru sekarang I dapat jumpa you. Well, I terlalu sibuk sejak kebelakangan ini. Dan I yakin, Qisyah dah terangkan kat you tentang kerja yang you perlu buat kat sini."

"Erk, ya, sudah."

Saya menggosok belakang telinga saya dengan perlahan kerana saya berasa sedikit kekok.

"Are you okay?"

"Erm, saya okay saja Bos."

"Mr. Zariff."

Dia membetulkan namanya.

"Erk, sorry Mr. Zariff"

Mr. Zariff memandang wajah saya dengan pelik.

"You ni memang tak banyak bercakap ke?"

"Sorry Mr. Zariff. Anu apa tu, saya memang macam ni. Saya tidak biasa dengan lelaki."

Saya menggosok belakang telinga saya sekali lagi. Mr. Zariff tertawa. Giliran saya untuk memandangnya dengan pelik.

"Are you sabahan, Irene?"

"Ya dari Sabah lah. Kenapa Mr. Zariff tanya dan kenapa Mr. Zariff ketawa? Ada yang lucu?"

Mr. Zariff masih mengeluarkan tawanya.

"I love the way you talk. It's too cute hahaha. Ramai orang yang cakap sumandak Sabah ni comel. Dan sekarang I dah percaya."

Saya hanya diam.

"Okay Irene. You boleh buat kerja you. Kalau you tak faham, you boleh tanya Qisyah atau tanya I terus pun boleh."

"Okay Mr. Zariff."

Saya keluar dari ruangan Mr. Zariff dan semua orang sedang melihat ke arah saya dengan pandangan yang pelik. Saya duduk semula ke meja saya dan Mia langsung bertanya.

"Irene, awak cakap apa dengan Mr. Zariff?"

"Pasal hal kerja. Kenapa?"

"Serious lah? Awak tahu tak, time dia gelak tadi, satu office boleh dengar tau."

"Oh."

"Oh? Seriously Irene?"

"Ya lah Mia. Kau mau saya cakap apa lagi?"

"Irene, awak tahu tak, sepanjang kami kerja kat sini, kami belum pernah dengar Mr. Zariff ketawa tau. Dan Mr. Zariff belum pernah panggil siapa-siapa kecuali Qisyah. Ye lah, Qisyah tu PA dia kot."

"Mia, Mr. Zariff panggil saya sebab dia mau cakap pasal kerja saja bah. Bukan pasal benda lain pun."

"Irene.. Haih, takpelah. You tak faham."

Dan sejak hari itu, Mr. Zariff sering memanggil saya untuk masuk ke dalam bilik pejabatnya atas urusan kerja. Dan terkadang, saya merasa seperti Mr. Zariff sengaja untuk berbual lama dengan saya.

"Irene, you ada berapa siblings?"

"Tiga."

Saya menjawab pendek.

"Mesti adik you comel kan?"

Mr. Zariff tersengih. Saya langsung tertawa kecil.

"Saya tiada adik."

"Oh ye ke hehe."

Mr. Zariff mengetuk-ngetuk mejanya. Kemudian, dia bertanya lagi.

"Irene, apa tempat yang menarik kat Sabah eh? I think, kalau ada masa I nak datang Sabah lah. I selalu dengar tentang Gunung Kinabalu. Ada yang cakap, kat sana sejuk."

"Apa yang diorang cakap tu betul. Tapi saya tidak tau sampai tahap mana sejuk di sana sebab saya sendiri pun belum pernah naik Gunung Kinabalu."

"Oh I see."

Saya tidak menjawab apa-apa.

"Irene.."

Mr. Zariff memanggil saya. Saya melihat wajahnya lalu menyahut.

"Yes?"

"Sorry lah kalau I banyak tanya."

"Oh tidak apa. Biasa saja."

"Actually, I like you."

Saya kehilangan kata-kata selepas mendengar kata-kata dari Mr. Zariff.

"Urm, don't get me wrong. I.. I.. I cuma suka dengan cara you bercakap. I suka dengar. I rasa you comel. Lagi-lagi dengan loghat Sabah yang you selalu guna. You dah lama kerja kat sini, tinggal kat sini, tapi loghat Sabah you masih pekat."

"Oh hahaha. Ya lah, mana boleh kasi lupa asal-usul kita."

"You are right! Tapi I nampak banyak orang yang tinggal kat KL baru sebulan dua, tapi dah lupa asal-usul."

"Seperti kacang lupakan kulit."

Saya menyambung ayatnya. Kami tertawa bersama-sama. Semasa makan tengahari, Mia dan Charlene berebut-rebut untuk berbual dengan saya.

"Irene.."

"Irene.."

Mereka memanggil saya secara serentak.

"Aku dulu."

"Saya lah."

"Aku! Awak diam jap!"

Charlene mengalah.

"Irene, aku perasan sejak kebelakangan ni, Mr. Zariff selalu panggil awak tau."

"Ye lah. Saya pun perasan jugak."

Charlene menyokong Mia.

"Okay, Mia, Charlene, saya dan Mr. Zariff tiada apa-apa hubungan okay?"

"Aku tak cakap pun yang korang ada hubungan. Tapi aku pelik lah dengan Mr. Zariff tu. Asyik kau je dia panggil. Staff lain tak pernah pun."

"Entah-entah Mr. Zariff tu syok kat kau Irene."

Saya menarik nafas dan menghembuskannya dengan berat.

"Kalau kamu mau tau, tadi Mr. Zariff cakap dia suka saya."

"WHAT?!"

Mia dan Charlene menutup mulut mereka dengan pantas. Mata mereka terbeliak.

"Serious lah?"

Saya tertawa kecil.

"Saya cakap benda betul, Mia."

"Oh my God!"

"Tapi dia cuma cakap 'suka'. Bukan 'cinta' or 'sayang'. So, don't get him wrong."

"Ye lah. Mula-mula suka, lama-lama sayang."

Saya mengangkat bahu.

#AmnesiaGirl28

𝐀𝐌𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 ✔️ ( 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑳𝑬𝑻𝑬𝑫 )Where stories live. Discover now