Saya membuka kelopak mata perlahan-lahan. Saya berada di dalam wad. Hanya lampu di luar yang menerangi segenap ruangan di dalam wad saya. Saya menggerakkan jari-jemari saya dengan perlahan-lahan.
"Baby.."
Tangan saya digenggam dan dikucup berulang kali.
"Baby, you awake?"
Lampu dinyalakan. Mata saya rasa sedikit pedih apabila cahaya lampu menerangi wad.
"I'm sorry. Wait, I call the doctor first."
Saya hanya diam. Namun di dalam hati, saya rasa tersentuh. Jeffson sanggup menjaga saya di sini selama.. Saya tidak tau berapa hari saya tidak sedarkan diri. Dan Jeffson sanggup tidur dalam keadaan duduk.
'I think, I should say thank you to him.'
Dua minit selepas itu, barulah Jeffson datang dengan seorang doktor. Sepanjang doktor itu bercakap, saya langsung tidak mendengar apa-apa. Saya hanya berkhayal sehinggalah doktor itu keluar. Jeffson menegur saya dengan segera.
"Baby, how do you feel? You okay?"
"Saya okay."
Saya menjawab dengan dingin.
"Baby mau apa-apa? Makan? Minum?"
Saya hanya menggelengkan kepala.
"Saya ada banyak benda mau tanya. Tapi, Baby rehat dulu lah. We can talk about it later."
"Me too."
Jeffson memandang saya dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Saya memandangnya sekilas, lalu menyambung semula tidur saya.
* * *
"Sejak bila lagi dia sedar ni Jeff?"
"Baru juga Subuh tadi Mumy."
Saya tersedar dari lena saya apabila terdengar perbualan di antara Mumy dan Jeffson. Saya membuka kelopak mata perlahan-lahan. Rupa-rupanya semua orang sudah ada di dalam wad saya.
"My God. Irel? Are you okay?"
Mumy terus memeluk saya dengan erat. Saya tidak membalas pelukan Mumy. Malahan, saya tidak menjawab soalannya. Mumy melepaskan pelukan dengan perlahan-lahan. Mereka memandang saya dengan penuh tanda tanya.
"Irel? You okay? Did you remember anything?"
Ixene berdiri di sebelah saya. Semua orang memandang saya. Pandangan mereka terhadap saya menunjukkan bahawa mereka semua risau dan takut.
"I remember EVERYTHING. EVERYTHING!"
Saya meninggikan suara secara tiba-tiba. Perasaan marah menguasai diri saya.
"Wha.. What do you mean?"
Ixene tergagap-gagap.
"Kenapa kamu tipu saya? Kenapa?! Saya tidak berhak untuk tau hal sebenarkah? Mumy? Dady? Apa salah saya sama kamu? Kenapa kamu sanggup tipu saya? Kenapa?!"
Saya mengalirkan air mata tanpa merasa segan. Tiba-tiba, Grandma, Grandpa dan Ivy datang. Kelihatan tangan Ivy masih berbalut. Saya hanya memandang mereka sekilas.
"Kenapa kamu diam? Kenapa kamu tidak jawab?!"
Jeffson memberanikan diri untuk menenangkan saya.
"Calm down Baby."
Dia menggenggam jari-jemari saya dengan erat. Saya memandangnya dengan tajam lalu dia melepaskan genggaman tangannya.
"Siapa 'Baby' kau? Kau jangan sentuh saya."
YOU ARE READING
𝐀𝐌𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 ✔️ ( 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑳𝑬𝑻𝑬𝑫 )
Ngẫu nhiênTerlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan akhirnya tidak sedarkan diri dalam tempoh yang cukup lama. Semua memorinya hilang serta-merta. Tidak mengingati ahli keluarganya sendiri dan juga tunangnya sendiri. Namun ada sesuatu yang pelik apabila d...