"Ivy saya ada satu permintaan."
Ivy menatap wajah saya.
"Apa?"
"Boleh bawa saya pergi kuburan Jimmy? I want to 'meet' him. Please?"
Ivy tertunduk dan dia menangis lagi.
"Ivy.."
"Irel, kau yakinkah mau pergi sana? Kau mesti kuat."
"Saya yakin. Please Ivy? Kau saja yang saya boleh harap sekarang."
Saya merayu, merayu dan merayu. Akhirnya Ivy bersetuju. Saya meninggalkan kereta saya di sana. Kami menggunakan satu kereta sahaja, iaitu kereta Ivy. Sebelum kami bertolak, saya sempat membeli bunga ros untuk Jimmy. Sesampainya kami di kawasan perkuburan, Ivy berjalan mendahului saya. Ivy berhenti di depan satu pusara yang kelihatan sangat bersih. Tidak seperti pusara lain yang kelihatan jarang dibersihkan.
"Jim, tunang kau datang untuk melawat kau hari ni. Saya tau, kau mesti rindu dia kan?"
Ivy duduk bercangkung di tepi pusara Jimmy. Dia berkelakuan seperti sedang berbual dengan manusia. Ivy berdiam diri dan menangis dalam beberapa minit. Kemudian, Ivy mengangguk ke arah saya sambil berdiri.
"Take your time, Irel."
Ivy meninggalkan saya berseorangan di sana. Saya duduk melutut di sebelah pusara tunang saya.
"Hi Jim."
Saya mula berbual seperti apa yang Ivy lakukan sebentar tadi.
"I came here to see you. I miss you, Sayang."
Air mata saya mula mengalir. Walaupun saya belum dapat mengingati semua memori kami, tetapi jauh di sudut hati saya, ada suatu perasaan aneh yang timbul. Perasaan sayang, rindu, sedih. Perasaan saya bercampur-baur.
"How are you Jim? Are you okay?"
Saya terdiam apabila terasa sesuatu yang sejuk sedang memeluk saya dan menggenggam jari-jemari saya dengan erat. Kemudian, mengucup dahi saya. Hati saya kuat mengatakan bahawa Jimmy berada di sisi saya tetapi saya tidak dapat melihatnya.
"Why you leave me alone here Sayang? Why you didn't bring me along with you?"
Saya menangis teresak-esak. Terasa seperti ada yang mengusap rambut saya dengan halus, tetapi sejuk.
"Why? You know that I still need you, but why you leave me? I feel like I'm alone, Sayang. My heart feel empty!"
Saya membiarkan air mata saya jatuh di atas pusara Jimmy. Tiba-tiba, ada yang mengusap air mata saya, tetapi saya tidak nampak. Hati saya kuat mengatakan bahawa itu adalah Jimmy!
"I feel empty without you.."
Saya mengeluarkan bunyi tangisan saya.
"No, you are not alone."
Ada suara garau yang menjawab. Suara yang sama di dalam mimpi saya. Suara yang selalu ada di dalam mimpi saya!
"Jimmy, is that you?"
Mata saya meliar melihat sekeliling. Tiada sesiapa di sini kecuali saya dan Ivy. Ivy berada jauh daripada saya dan dia sedang bercakap-cakap di satu pusara.
"I miss you Jim. I'm sorry, I still can't remember all things about us. I want you to help me. Help me to remember all of my memories. Our memories."
Telapak tangan saya menyentuh tanah pusara Jimmy. Saya menyentuhnya dengan lembut seperti saya sedang menyentuh badan manusia sebenar.
"You are not alone. You have Jeffson. He will be there when you need him."
Kali ini, saya tidak lagi mencari dari mana arah suara garau itu. Saya hanya duduk diam dan membawa suara tersebut untuk berbual. Saya yakin, dia Jimmy!
YOU ARE READING
𝐀𝐌𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 ✔️ ( 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑳𝑬𝑻𝑬𝑫 )
RandomTerlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan akhirnya tidak sedarkan diri dalam tempoh yang cukup lama. Semua memorinya hilang serta-merta. Tidak mengingati ahli keluarganya sendiri dan juga tunangnya sendiri. Namun ada sesuatu yang pelik apabila d...