TWO YEARS LATER..
"We will miss you Irene. Aku berat hati lah."
"Ya lorh. Nanti dah tiada penyeri hidup kitorang."
Mia dan Charlene masing-masing mengalirkan air mata.
"Irene, awak stay lah seminggu dua lagi ke."
"Tidak boleh Mia. Saya perlu pulang hari ni juga."
"Alaa."
"Kalau ada masa, nanti kamu datanglah di Sabah."
"Okaylah."
Mia dan Charlene menghantar saya ke lapangan terbang. Mr. Zariff juga ada di sana.
"Eh Mr. Zariff pun ada jugak ke?"
"Ya."
Mr. Zariff menjawab ringkas soalan dari Mia. Langsung tiada senyuman yang dibibirnya ketika menjawab soalan dari Mia. Namun, apabila Mr. Zariff melihat wajah saya, dia terus mengukir senyuman manis.
"Hi Irene."
"Hi Mr. Zariff."
"Jangan panggil 'Mr' lagi. Panggil Zariff je. You bukan pekerja I lagi hahaha."
"Eh ya kan. Saya lupa hahaha."
"I ada belikan something untuk you. This is my first and last present for you."
Mr. Zariff.. Err I mean, Zariff menghulurkan saya satu beg kertas.
"Apa ni? Tidak payah bah."
Saya menolak beg itu semula.
"Irene, I sakit hati tau kalau you tolak pemberian I. Please?"
"Bah ya lah."
Saya mengambil beg itu.
"I harap you suka. Nanti you jangan lupa chat I kalau you dah sampai Sabah tau."
"Ya bah. Saya chat juga kamu semua. Jangan risau. Kamu pun, kalau ada masa datang lah Sabah."
"I will."
Saya mengukir senyuman manis di bibir. Mungkin ini pertemuan terakhir kami? Siapa tau?
"Irene.."
Mia dan Charlene mendepakan tangan mereka untuk memeluk saya. Saya maju ke arah mereka dan terus memeluk mereka dengan erat. Kami sudah menjadi kawan selama tiga tahun. Banyak benda yang kami sudah lalui bersama.
"Take care there Irene. Jangan lupa kat kitorang."
"Kamu pun."
"Bye Irene. We love you."
"Bye Mia. Bye Charlene. I love you too."
Saya memeluk mereka buat kali terakhir.
"Have a safe flight Irene. Bye."
"Bye Zariff."
Dengan langkah kaki yang berat, saya meninggalkan Mia, Charlene dan Zariff jauh di belakang.
'Good bye Kuala Lumpur.'
* * *
Selepas tiga tahun tinggal di negeri orang, akhirnya saya kembali semula di negeri sendiri. Saya kembali dengan penuh bersedia. Saya menginap di hotel selama satu malam.
"Saya di Sabah sudah."
Saya menghantar mesej kepada Mia, Charlene dan Zariff. Belum pun saya meletakkan telefon di atas meja, saya sudah menerima panggilan dari Mia.
˝Hello?˝
˝Irene! Aku rindu kat awak lah.˝
˝Hahahaha. Belum sampai satu hari saya di Sabah, sudah kau rindu?˝
˝Aku rindu lah dengan lawak bodoh awak.˝
˝Charlene mana?˝
˝Dia keluar dengan boyfriend dia. Aku sorang je kat rumah ni. Kalau ada awak kat sini, mesti kita dah makan sekarang ni.˝
˝Apa lah kau ni Mia.˝
˝Awak kat mana? Rumah?˝
˝Tidaklah. Saya stay di hotel ni. Besok pagi baru saya balik rumah. Penat.˝
˝Oh ye lah.˝
Saya dan Mia berbual selama 30 minit. Saya menamatkan panggilan kerana Zariff menelefon saya.
˝Hello Zariff.˝
˝Hey Irene. Dah sampai Sabah ke?˝
˝Sudah.˝
˝Hm, lepas ni dah takde dah teman I sarapan, lunch.˝
˝Alaa, Mia ada, Charlene ada, staff lain pun ada. Bawa saja diorang bah.˝
˝Mereka tak sama dengan you lah Irene.˝
˝Apa yang tidak sama Zariff? Kita sama-sama manusia.˝
Zariff tertawa kecil.
˝See? This is the reason why I like you. Jarang tau I gelak.˝
˝Apa gia? Apa yang lucu ni?˝
˝Nothing hahaha.˝
Saya tidak membalas apa-apa. Saya tidak faham dengan Zariff. Dia ketawa untuk benda yang tidak lucu.
˝Irene, I nak bagitau you something.˝
˝Bagitau apa?˝
Zariff menarik nafas dan menghembuskannya dengan berat.
˝I like you.˝
Saya terdiam.
˝I know, you don't have the same feeling for me.˝
˝Zariff, selama ni saya anggap hubungan kita ni hanya sekadar kawan dan tidak lebih dari itu.˝
˝Oh I see. Do you have someone? I mean, someone special?˝
˝It's.. It's complicated. I'm sorry Zariff.˝
˝No, it's okay. Tapi I suka sumandak Sabah. Comel.˝
˝Kalau begitu, saya tolong kasi cari lah. Mau?˝
˝Wah? Really?˝
˝Yes!˝
˝Okay kalau macam tu, I nak yang comel-comel tau.˝
˝Kalau kakak saya? Kau mau?˝
˝Em, boleh cuba.˝
˝Tapi dia lain sikit tau Zariff. Ganas. Tidak sama dengan saya. Tapi saya yakin, kau mesti suka sama dia. Sangat yakin!˝
Dan kamu tahu siapa yang saya maksudkan. Yes, Izene.
˝Ganas takpe. Asalkan comel hahaha.˝
Setelah berbual selama 40 minit dengan Zariff, akhirnya saya memutuskan untuk menamatkan panggilan telefon kerana kelopak mata saya sudah berkali-kali tertutup dengan sendiri.
˝Zariff saya mau tidur.˝
˝Eh, dah jam 11 rupanya. Sorry lah. I bercakap banyak sangat. Okay you rehatlah. Good night Irene. Sleep well.˝
˝Good night too Zariff.˝
Saya menamatkan panggilan dan terus tidur. Pada keesokan harinya, barulah saya pulang ke rumah dengan menaiki grab. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, banyak soalan yang bermain dalam fikiran saya.
Sudah bersediakah saya untuk pulang ke rumah? Adakah Adam akan mencari saya semula? Apakah reaksi keluarga saya apabila saya tiba-tiba muncul?
#AmnesiaGirl29
YOU ARE READING
𝐀𝐌𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 ✔️ ( 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑳𝑬𝑻𝑬𝑫 )
RandomTerlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan akhirnya tidak sedarkan diri dalam tempoh yang cukup lama. Semua memorinya hilang serta-merta. Tidak mengingati ahli keluarganya sendiri dan juga tunangnya sendiri. Namun ada sesuatu yang pelik apabila d...