"Ivy, kau bawa Irel jalan-jalan di belakang rumah. Kasi keluar sikit peluh dia. Barulah kurang panas badan."
Jeffson menyuruh Ivy. Ivy mengangguk dan terus membawa saya ke belakang rumah Grandpa.
Ya, saya demam selepas mandi sungai. Mungkin gara-gara terlalu lama berendam dalam air, kan?
Semasa saya duduk di pondok belakang rumah Grandpa, tiba-tiba saya teringat sesuatu.
"Hey, Baby. Come. Sit here with me."
Saya duduk di sebelah Jeffson yang bermata sepet itu. Jeffson menggenggam telapak tangan saya dengan lembut.
"So, how do you feel? Okay juga di sini? Selesa?"
"Sangat selesa. Macam mau tinggal lagi di sini untuk beberapa minggu."
Jeffson tertawa kecil.
"Hahaha. No Baby. Cuti saya minggu ini saja. Next time, maybe?"
"Ya lah."
"Irel! Ui!"
Saya mengesat air mata saya.
"Kenapa kau nangis ni? Kau ada sakit di mana-mana?"
Dengan pantas saya menggeleng kepala.
"Er, ti.. Tiada. Tiada apa-apa. I'm okay."
"Tapi kau menangis?"
Saya tersenyum tawar tanpa membalas apa-apa.
"Kau.. Kau teringat sesuatu ni kan?"
Saya menganggukkan kepala dengan perlahan-lahan.
"Apa yang kau ingat?"
Saya hanya mendiamkan diri.
"Hm, it's okay kalau kau tidak mau share. Saya faham."
Saya mendiamkan diri sekali lagi.
"Irel, kau mau tau?"
"Apa?"
"Dulu, asal Jimmy bawa balik kampung kan, kau mesti bawa Jimmy pergi sini. Kau suka betul duduk di sini. Kadang-kadang sampai malam kau duduk di sini. Sebenarnya, saya mau tanya juga, kenapa kau suka duduk di sini. Tapi, mana lah kau ingat kan? Hahaha."
"Lepas tu?"
"Lepas tu, kalau kau stress, kau sedih, kau selalu datang sini. Walaupun masa tu tiada Jimmy."
"Ee begitu pula saya dulu kan? Lawak oh."
Saya tergelak kecil.
"Dulu kau happy go lucky, Irel. Tapi sekarang, saya rasa macam kau telampau serius. Dulu kau telampau peramah. Semua orang kau tegur, walaupun kau tidak kenal. Jimmy selalu marah kau sebab kau telampau friendly sama lelaki lain. But I know, hati kau hanya untuk Jimmy saja."
"Hm, saya mau semua memori saya. Saya mau ingat semua. But I can't. Ivy, saya mau tanya bah. Jimmy dan Jeffson ni orang yang sama kan? Macam mana saya boleh kemalangan? Apa punca saya kemalangan? Dan masa kemalangan saya ada dengan siapa?"
Ivy merenung mata saya.
"Kau tidak tanya family kau?"
"Saya pernah tanya diorang. Tapi diorang bagitau yang saya kemalangan saja."
Ivy mengeluh.
"Hm, Irel saya rasa kau perlu ingat benda ni sendiri. Saya.. Saya tidak tau apa-apa."
"Masalahnya saya tidak dapat ingat bah Ivy!"
Bahu Ivy terangkat sedikit. Mungkin dia terkejut dengan nada suara saya.
YOU ARE READING
𝐀𝐌𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 ✔️ ( 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑳𝑬𝑻𝑬𝑫 )
AcakTerlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan akhirnya tidak sedarkan diri dalam tempoh yang cukup lama. Semua memorinya hilang serta-merta. Tidak mengingati ahli keluarganya sendiri dan juga tunangnya sendiri. Namun ada sesuatu yang pelik apabila d...