Knock knock!
Pintu bilik diketuk dari luar.
"Baby.."
Saya menggosok mata dan membuka pintu.
"Oh my God!"
Jeffson terjerit. Saya terundur setapak ke belakang.
"What's wrong with you? Kenapa tiba-tiba teriak? Saya terkejut, kau tau kah?"
Saya jeling dia.
"Sorry but, you..."
Jeffson melihat saya dari atas hingga bawah. Saya mengerutkan dahi.
"You look like a.. Ghost."
Saya memutarkan bola mata.
"Apa kau mau ni?"
"Jom mandi!"
Saya memandang dia dengan tajam.
"Eh, I mean.. Urm.. Mandi sungai! Mau?"
Serta-merta saya mengukirkan senyuman manis di bibir.
"Ee mau! Marilah!"
Saya terus menarik tangan dia keluar dari bilik. Tetapi, dia menarik tangan saya semula dan saya terundur ke belakang. Saya hampir jatuh.
"What's wrong with you?!"
Saya melepaskan tangannya dengan kasar.
"Go change your clothes first bah. Kenapa bah mau marah-marah ni?"
"Diamlah!"
Saya masuk bilik dan terus mengganti baju. Saya membawa tuala di bahu.
"Bah jom."
Semasa dalam perjalanan menuju ke sungai, rupa-rupanya ramai kanak-kanak mengikuti kami. Ada juga remaja belasan tahun.
"Ramai."
Saya melihat semua kanak-kanak terjun ke dalam sungai dengan gembira.
"Why? Baby mau kita dua saja?"
"Diamlah! Gatal!"
Saya berjalan menjauhi Jeffson dan menuju ke arah remaja perempuan yang duduk di tepi sungai itu.
"Eh, Irene!"
Saya hanya melemparkan senyuman manis ke arah perempuan tersebut. Namun dalam hati, saya tertanya-tanya, siapakah perempuan ini?
"Oh. Mesti kau tertanya-tanya kan? Siapa saya?"
Saya mengangguk sambil tersengih.
"Hai Irene. Nama saya Jeanivy. Panggil Ivy. I'm 18. Hehe."
"Oh. Hai juga."
Kami terdiam dalam beberapa saat.
"Ivy, apa kaitan kau sama Jeffson? Sepupu?"
Ivy tertawa.
"Ya, kami sepupu pertama. Mum dia dengan Mumy saya adik-beradik."
"Oh, begitu pula."
"Ya."
Kami terdiam lagi.
"Irene, kau dengan Jeffson bah."
Dia menggantungkan ayatnya.
"Kenapa dengan kami?"
Saya merenung mata Ivy.
"Kamu okay juga?"
"Okay bah. Kenapa pula tidak okay?"
"Oh. Saya tanya saja. Hahaha."
YOU ARE READING
𝐀𝐌𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 ✔️ ( 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑳𝑬𝑻𝑬𝑫 )
CasualeTerlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan akhirnya tidak sedarkan diri dalam tempoh yang cukup lama. Semua memorinya hilang serta-merta. Tidak mengingati ahli keluarganya sendiri dan juga tunangnya sendiri. Namun ada sesuatu yang pelik apabila d...