𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 17 : 𝐑𝐄𝐒𝐓 𝐈𝐍 𝐏𝐄𝐀𝐂𝐄

215 27 0
                                    

Bermula dari hari itu, hubungan saya dan Jay semakin dingin. Jay sudah semakin jarang menghubungi saya. Dua minggu sebelum tarikh perkahwinan kami, barulah Jay menghubungi saya.

˝Let's meet up. I have something important to discuss.˝

Saya tersenyum kecil apabila membaca mesej dari Jay. Namun, jauh di sudut hati, saya merasa tidak sedap hati. Seperti ada perkara buruk yang akan berlaku selepas ini.

˝Where?˝

Saya membalas mesej itu dengan perasaan teruja. Selepas Jay menghantar lokasi, saya terus menyiapkan diri dan bergegas ke sana.

Saya menyangka kedatangan saya akan disambut dengan ucapan kata rindu, namun sangkaan saya meleset. Jay tidak berseorangan. Jessica sedang duduk di sebelahnya dengan memakai pakaian yang menjolok mata.

"Tidak perlu tengok saya macam tu, Irene Irelyana."

Jessica tersenyum sinis sambil melentokkan kepalanya di dada Jay. Saya berfikir Jay akan memarahi Jessica, namun sekali lagi sangkaan saya meleset. Jay hanya mebiarkan Jessica berbuat demikian.

'DAMN! WHAT'S WRONG WITH HIM?'

Darah saya terasa seperti menyirap naik di kepala. My face turn to red.

"Sit down, Irene."

Jay mempelawa saya untuk duduk. Saya menarik kerusi dengan separuh kasar lalu duduk tepat di hadapan Jay.

"Erm.."

Jay tergagap-gagap. Saya tidak tahu apa terjadi dengan Jay sehingga perangainya berubah 360°.

"No need to talk if you dont want. Let me tell her everything. And the whole story."

Jessica melemparkan senyuman sinis untuk kali kedua. Pelayan datang untuk mengambil order.

"We can talk later. We eat first. Irene, order?"

Jay melihat anak mata saya sedalam-dalamnya. Pandangan yang susah untuk ditafsir. Seperti kami tidak akan bertemu lagi selepas ini.

"I ask you to bring her here because we want to talk about that. Not because of we want to take our lunch with her! Did you get that?!"

Jessica memarahi Jay. Jay hanya diam dan memandang ke arah lain.

"Miss, order?"

Pelayan itu memandang saya sambil menunggu jawapan.

"No, thanks."

Saya memberikan senyuman tawar. Pelayan tersebut membalas senyuman saya sambil melirik ke arah Jessica dan Jay bersilih-ganti. Dia seperti faham apa yang sedang berlaku di antara kami, terus berlalu meninggalkan kami bertiga di sana.

"Dengar Irene. Saya tidak mau bagi kata alu-aluan."

Jessica memandang saya dengan tajam.

"Jay mau batalkan perkahwinan kamu."

Seperti ada batu besar yang menghempap kepala saya. Jantung saya berdegup pantas selepas mendengar pernyataan yang baru sahaja keluar dari mulut Jessica. Saya memandang Jay. Jay tidak memandang saya. Dia memandang lantai.

"WHAT?!"

Suara Nana bergema di setiap sudut restoran tersebut. Saya tidak tahu Nana datang dari mana. Tetapi yang pastinya saya sangat terkejut. I'm speechless.

"Nana.."

Jay bersuara perlahan.

"Ah baguslah ada adik kau sini. Senang sikit dia mau bagi tau parents kau."

𝐀𝐌𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 ✔️ ( 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑳𝑬𝑻𝑬𝑫 )Where stories live. Discover now