𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 31 ( 𝑺𝑬𝑴𝑰 𝑭𝑰𝑵𝑨𝑳 ) : 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓 𝐈𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍

197 21 0
                                    

Pada keesokan harinya, Dady buat kenduri kecil-kecilan sempena menyambut kepulangan saya. Saya sudah pun melarang, tetapi Dady tetap berkeras untuk buat kenduri itu juga. Hanya keluarga terdekat sahaja yang dijemput.

Keluarga Jeffson juga dijemput. Guess what? Jeffson sedang memimpin tangan Aeryssa sepanjang masa dan apa yang paling mengejutkan saya ialah Aeryssa sedang mengandung. Rupa-rupanya, Jeffson dan Aeryssa sudah pun berkahwin dua tahun yang lalu.

"Congrats Rys! Berapa bulan sudah ni?"

Saya bertanya dengan penuh teruja.

"Tujuh bulan sudah ni Irene."

"Wah, kamu diam-diam oh kan."

"Macam mana kami mau contact kau Irene? Kau tukar number kan."

"Eh ya pula hahaha."

Ivy, Grandma dan Grandpa datang mendekati saya. Saya memeluk mereka seorang demi seorang.

"Uish Irel! Kau kah ni?"

"Ya Ivy. Saya lah ni hahaha."

"Bebeh sudah oh. Kan Grandma?"

"Ya tu lah. Tengok Jeffson, tidak lama lagi mau jadi bapa. Irel bila lagi?"

"Belum ada calon lagi ni Grandma. Hahaha."

"Aik ya kah tiada calon? Tu."

Ivy memuncungkan bibirnya ke arah Adam yang baru sahaja sampai dan langsung menuju ke arah saya.

"Ish kau ni Ivy."

"HAHAHA! Bah kau berceritalah sama dia. Kami mau makan dulu."

Mereka terus berlalu dari sana.

"Hai Adam."

Saya melemparkan senyuman manis. Adam hanya membalasnya dengan senyuman tawar.

"Hai."

"How are you today? Are you okay?"

"I'm okay."

"Kau mau makan? Nanti saya tolong ambil untuk kau."

"I wanna eat together with you."

"Okay then. Apa benda yang kau tidak boleh makan ni?"

Saya menolak kerusi roda Adam perlahan-lahan menuju ke tempat makanan dihidangkan.

"Semua saya boleh makan."

"Ya kah?"

Adam tidak menjawab. Saya tertawa kecil lalu menuju ke arah Mom Adam.

"Hai Anty."

"Eh hai Irene. Kenapa tu?"

Mom Adam melihat ke arah saya dan Adam bersilih-ganti.

"Apa makanan yang Adam tidak boleh makan?"

"Oh lupa pula bagi tau. Dia tidak boleh makan makanan pedas, telur, kekacang pun tidak boleh."

"Oh okay Anty. Thank you."

Saya membawa Adam ke meja makan semula.

"Kau diam-diam sini. Saya ambil makanan dulu."

"Jangan lambat."

"Ya bah."

Selepas mengambil makanan, saya terus kembali ke meja makan. Adam sedang duduk termenung.

"Makan, Adam."

Adam mengerdipkan matanya beberapa kali, lalu mula menjamu selera. Semasa saya makan, Zariff tiba-tiba menelefon saya.

𝐀𝐌𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 ✔️ ( 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑳𝑬𝑻𝑬𝑫 )Where stories live. Discover now