𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 27 : 𝐍𝐄𝐖 𝐋𝐈𝐅𝐄

177 24 3
                                    

"Irene, awak nak sarapan tak?"

"Kejap lagi saya turun!"

Saya berteriak dari dalam bilik.

"Okay."

Mia membalas ringkas. Mia adalah teman serumah saya.

"Awak okay tak ni Irene? Kalau awak tak okay, awak ambil cuti je lah."

Mia bertanya dengan nada suara yang risau.

"Ye lah Irene. Kalau awak tak okay, awak boleh ambil cuti mah. Nanti kami tolong bagi tau dengan bos."

Charlene Lee, gadis berketurunan cina itu juga turut risau dengan saya.

"Saya okay saja bah. Saya lambat tidur semalam. Sokay."

"Degil."

Mia dan Charlene hanya menggeleng-gelengkan kepala mereka. Saya hanya tersenyum. Ya, saya kini bukan berada di Sabah lagi. Saya telah membawa diri ke Kuala Lumpur tanpa memberitahu sesiapa pun.

*THROWBACK*

Pada malam itu, saya menyusun barangan saya secara diam-diam. Tidak banyak. Cuma beberapa pasang pakaian dan juga dokumen penting. Saya nekad. Semakin lama saya di sini, semakin saya rasa tersiksa. Hati dan perasaan saya sangat penat untuk menempuhi semua ujian yang diberi oleh-Nya.

Pada jam 3 pagi keesokan harinya, saya keluar dari rumah secara senyap-senyap. Banyak panggilan yang tidak dijawab dari keluarga saya. Saya masih berharap yang Adam akan mencari saya. Namun, hampa.

˝Hello Mumy?˝

Akhirnya saya menjawab panggilan.

˝Oh my God! Baru sekarang kau jawab telefon? Semua orang di sini risau tau Irene! Where are you?˝

˝Somewhere.˝

˝Irene! Jangan buat kami risau!˝

˝Mumy, bagi tau dengan semua orang yang saya okay saja.˝

˝Irene di mana ni?˝

˝Yang penting bukan di Sabah.˝

˝What?!˝

Kedengaran suara Ixene dan Izene sedang marah di hujung talian. Tidak ketinggalan juga kata-kata makian yang keluar dari bibir Izene.

˝Mumy, bagi saya masa. Saya perlu tenangkan fikiran saya. Saya penat lah Mumy. Selepas selesai satu masalah, datang lagi masalah lain. Saya-˝

Saya tidak meneruskan kata-kata saya. Hanya tangis yang menjadi jawapan. I mean, diorang akan tahu apa yang saya rasa jika diorang sedar yang saya sedang menangis.

˝Okay Irene. Dengar Dady. Dady tau, Irene jarang menangis macam ni. Kalau Irene sudah mula menangis, it's mean ada benda yang betul-betul buat anak Dady ni sedih, sakit, kecewa. Sokay Irene. Kami di sini sentiasa doa yang baik-baik untuk Irene di sana. Irene perlu jaga diri. Ambillah berapa banyak masa yang Irene perlu, yang penting Irene kena janji dengan kami yang Irene akan pulang sini. Make sure, bila sudah pulang sini, Dady tidak mau nampak lagi kesedihan, kesakitan atau kekecawaan dalam diri Irene. Dady mau Irene yang dulu.˝

Suara Dady sebak.

˝Okay Dady. I promise.˝

* * *

"Irene! Weh! Awak okay ke tak ni? Aku risau doh!"

Rupa-rupanya saya sedang menangis teresak-esak di hadapan Charlene dan Mia. Saya mengesat air mata saya dengan pantas.

𝐀𝐌𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 ✔️ ( 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑳𝑬𝑻𝑬𝑫 )Where stories live. Discover now