"Apa?Kau dah jumpa dia?!"Satu ruang makan bergema dengan jeritan dari tujuh 'makhluk' itu.Aku menekup telinga kuat.
"Hoi!Jangan menjerit boleh tak?Sakit telinga aku disebabkan suara korang.Nasib baik ibu bapa aku tak balik lagi kalau tidak entahlah macammana..."Aku menjeling mereka berlima yang tersengih seperti kerang busuk manakala Luna dan Alex hanya menjamah makanan yang dimasakku.
"Sorrylah...Bila kita boleh bawa dia balik ke dunia sebenar dia?"Keyla bertanya dengan mulut yang masih penuh.Kata-kata Zann terimbas kembali.
"Dia kata buat masa ni dia sibuk...Lepas majlis perpisahan sekolah baru dia free..."
"Eh?Ha ahh laa!Majlis tu diadakan pada hujung minggu ni.Esok kita pergi shopping nak tak?"Anak mata Stella mula bersinar-sinar memandangku.Aku tersenyum kecil melihat gelagat Stella.Yang lain hanya menjadi pemerhati.
"Yelahh..."
"Yeayyyyy!Shopping!"Stella dengan pantas meninggalkan ruang makan.Mungkin dia masuk bilik.Setelah selesai makan aku mengemas ruang makan.Setelah selesai makan aku ke ruang tamu bersama Keyla.Bunyi loceng rumah membuatkan senyumanku melebar.Dengan pantas aku membuka pintu untuk menyambut kepulangan orang yang disayangi.
"Nia dan kawan-kawan dah makan dah ke?"Mummy bertanya sebaik sahaja menjejakkan kaki di ruang tamu.Keyla,Kay dan kouta yang berada di ruang tamu tersenyum ke arah mummy dan daddy.
"Dah makan mak cik..."
"Baguslah kalau macamtu...Pak cik dan mak cik naik atas dulh lah ye?"
"Baik..."
Mummy dan Daddy menaiki tangga ke bilik mereka.Semasa menaiki tangga aku terlihat kelibat Rion yang menuruni anak tangga.Rion menyapa mummy dan daddy mesra.Dia keluar ke taman sebelah rumahku.Mungkin ambil angin?
Aku pun turut mengikutinya keluar...
"Kau okay ke?"Soalku sebaik sahaja duduk di bangku yang disediakan.
"Aku okay...Aku nak tanya ni..."
"Kau nak tanya apa?"
"Tentang Riska..."
"Ohh...perempuan tu..."Terdetik rasa tidak senang hati apabila mendengar nama budak gedik tu.Rasa macam nak tolak perempuan tu jauh-jauh.
"Kau kenal dia ke?Macam mana dia tu erk sebenarnya?"
"K..kau dah suka kat dia ke?"Ujarku dengan nada sedikit perlahan.Emosiku mulai meningkat.Jangtungku berdengup kencang.Argh!Aku ni dah kenapa?
"Aku tanya je...Kau cemburu ehhh?"Rion bertanya dengan nada nakal.Mukaku mulai memerah mendengar perkataan 'cemburu'.
"Tak...tak adalah!K..kau jan...jangan nak perasaan!"
"Tipu!Kalau betullah kau tak cemburu kenapa nada kau lain?"
Arghh!Tak guna punya landak!
"Kau ni dah kenapa!"
"Aku gurau je lah.Boleh tak kau jangan emosi sangat?"
"Eh?Kau tanya pasal Riska tadi kan?Untuk makluman kau dia tu anak orang berada yang mempunyai syarikat yang paling terkemuka di muka bumi ni.Dia ni sering buli orang yang lemah dan jadikan orang tu sebagai hamba dia.Aku pernahlah sekali tapi aku tak buat pun apa yang dia suruh.Aku adalah 'ajar' dia sikit supaya hormatkan orang lain jugak.Jadi aku dan dia adalah musuh ketat.Sejak peristiwa tu dia hantar orang untuk belasah aku dengan Mika sekali dan kejadian selanjutnya seperti yang aku cerita sebelum ni..."Aku menjelaskan dengan panjang lebar.Dia hanya mengangguk faham.
"Menarik..."
"Apa?Jadi kau suka dialah?Kalau macamtu kita putus tunang lepastu kau bertunanglah dengan budak gedik tu...Nikah terus pun tak ape..."Aku dengan langkah laju meninggalkan taman itu namun tanganku ditarik oleh Rion dari belakang.
"Kau nak ape?"Aku berpaling kebelakang.Terkejut aku apabila wajahnya terlalu dekat dengan wajahku.
"K..kau jangan buat benda bukan-bukanlah!"Aku memandang kedepan semula.Wajahku merona merah.
"Aku tak akan putuskan tali pertunangan dan aku tak akan bertunag dengan budak gedik tu.Walaupun aku tak cintakan kau tapi kau tetap tunang aku dan akan kahwin dengan aku.Lagipun tali pertunangan ni terikat disebabkan oleh orang tua kita sendiri.Tapi kalau aku cintakan kau sekalipun mungkin kita tak dapat bersama sebab sesuatu yang ada pada aku..."Wajahku semakin merona merah.
"Kau ingat aku nak kiss kau ke tadi?"
"Kau diam landak!"Aku dengan pantas berlari masuk ke dalam rumah.Rion hanya mengeleng perlahan melihat telatahku.Dia mengamati cahaya bulan dengan pandangan kosong.Mengingati wajah gadis itu tadi yang merona merah apabila dia mengungkapkan kata-kata tadi membuatkan dia ketawa kecil.
'Maaf...Kalau aku cintakan kau sekalipun kita mungkin tak boleh bersama...'
YOU ARE READING
Alam Spiritual
FantasyStevania Adeliana merupakan seorang gadis periang yang tidak memiliki rakan atau sahabat dari kecil.Dia adalah anak tunggal ibu bapanya.Sejak kecil lagi dia dilarang oleh ibu bapanya agar tidak pergi jauh dari rumah.Mereka mempunyai sebuah syarikat...