Sejarah Yang Dilupakan

142 32 0
                                    

"Eh?Aku kat mana ni?"Aku memandang kawasan di sekelilingku dan cuba mengamati rumah agam di hadapabku..Ni...ni...ni macam rumah Daddy dan Mummy!Macammana aku boleh ada kat sini?

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun berambut sliver dan bermata biru sedang bermain dengan anak patungnya di taman hadapan rumah.Kelihatan senyuman sentiasa terukir di bibirnya.

'Tu aku?'Sekali lagi aku bermonolog di dalam hati.Aku hanya memerhati gelagat kanak-kanak itu dari jauh.Tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki gemuk menolak tubuh kanak-kanak perempuan itu kasar dan merampas anak patung yang dipegangnya.Kanak perempuan itu menangis dan cuba merampas anak patung di tangan kanak-kanak lelaki itu.Dua orang kanak-kanak lelaki kurus mentertawakannya.Aku mengetap bibir.

Kanak-kanak lelaki itu sering membuliku dahulu...

Mereka bertiga adalah orang yang paling ku benci di dunia ini...

"Hahaha!Weh!Cepatlah merayu kat aku supaya aku kembalikan anak patung ni kat kau!Cepatlah merayu bodoh!"Lelaki itu menarik rambut sliver milik gadis itu kasar.Gadis itu meraung kesakitan.Mummy dan Daddy yang terdengar teriakan anak gadisnya segera datang mebantu.Lelaki-lelaki itu berlari meninggalkan kawasan itu sambil mengejek gadis kecil itu.

"Gadis bodoh!Gadis bodoh!Gadis bodoh!Stevania adalah gadis bodoh yang paling lembap!"

"Wuuuuu!Kau pergi mati la bodoh!"

"Gadis bodoh!"

"Cukupppppp!!"Aku lantas terbangun dari katil.Rambutku diraup ke belakang.Rasa traumaku yang sudah lama hilang datang kembali.Ketukan di pintu langsung tidak dihiraukan.Keyla dan Stella masuk tanpa dipinta.Di pintu bilik kelihatan Rion,Kay dan yang lain yang hanya memandangku risau.

"Liyana!Kau okay ke?"Keyla duduk di atas katil di sebelahku.Dia terkejut apabila melihat air mataku berguguran.

"Liyana!Apa yang terjadi ni?"Stella pula bersuara.Dia memeluk bahuku lembut.Keyla pula menggosok belakangku cuba untuk menenagkanku.Aku seraya menekup mukaku.Mukaku memerah.Rasa ketakutan yang dialamiku selama ini menguasai diriku.Rion yang melihat keadaanku segera berlalu pergi seperti tahu aku mahu bersendirian ketika ini.Yang lain juga turut meninggalkanku apabila aku menyuruh untuk keluar.

"Kenapa..."

"Kenapa nasib aku malang sangat!"Air mata dikesat kasar.Aku cuba untuk mengawal fobiaku dengan sebaik-baiknya.
.............................................................
Pukul 5 petang di taman...

Aku hanya termenung jauh di atas buaian.Keadaan taman itu yang sunyi sepi membuatkan aku berasa kesepian.Memoriku sewaktu aku berusia lima tahun cuba dibuang jauh-jauh.

Cukup!

Cukuplah aku hidup menderita di duniaku sebelumnya...Dunia baharu aku adalah di sini!Bersama dengan keluarga sebenarku.Bersama dengan sahabat-sahabatku!

Entah mengapa aku rasa mahu menangis sekali lagi.Ingatanku masih lagi berlegar di kotak fikiran.

"Hey gadis bodoh!Kenapa kau menangis tadi?"

"Cukup!Aku dah tak nak dengar perkataan tu dari mulut kau atau pun dari mulut sesiapapun!Berhenti panggil aku gadis bodoh!"Air mataku sekali lagi tumpah.Aku menekup telingaku kuat.Rion yang melihatku sangat terkejut.

"Weh!Kenapa dengan kau ni?"Rion cuba mendekatiku.Jelas riak risau di wajahnya.

"Jangan dekat!"

"Aku faham...aku tak akan panggil kau dengan sebutan tu dah lain kali...Kau janganlah macamni..."Rion terus memujukku agar aku tidak terus  bertindak agresif.Tanpa tidak dapat ditahan aku pantas memeluknya.Rion hanya diam tanpa bersuara.Dia menepuk belakangku perlahan-lahan.

Aku duduk di atas bangku yang disediakan.Rion mengelap lembut air mataku.Terkedip-kedip mata aku melihatnya.

"Rion?Kau deman ke?"Dengan pantas aku meletakkan telapak tangan pada dahi Rion.Rion pantas menepis tanganku.

"Kau ni dah kenapa?Aku tak demanlah!Aku bukan macam kau!"

"Hehehe...sorry...aku terkejut jugaklah sebab kau tiba-tiba sangat ambil berat tengtang aku hari ni...ape citer?"Pipi Rion merah padam.Dia menoleh ke arah lain.

"A...aku cuma risau kau akan jadi tak waras je...Tu aku cuba tenangkan kau.Jangan mimpilah aku ambil berat pasal kau sangat...Aku akan kenakan kau seumur hidup aku.Hehehe..."

"Kau ni!Tak insaf lagi rupanya!Landak tak guna!"Aku cuba untuk memukul Rion tetapi Rion terlebih dahulu mengelak.Dia berlari pantas meninggalkanku.

"Hahahahaha!Cubalah kejar aku!Lembap!"

"Kau ni!"Aku dengan pantas mengejarnya dari belakang.Dia hanya ketawa sambil berlari tanpa menghiraukanku yang mengejarnya dari belakang.

Alam SpiritualWhere stories live. Discover now