Ghost

156 29 0
                                    

"Huhuhu..."Bunyi tangisan yang berpunca dari hutan di hadapan rumah membuatkan tidurku terganggu.Aku menekup kedua-dua telingaku menggunakan bantal namun bunyi itu terlalu kuat.Aku dengan pantas bangun dari katil.

"Hish!Siapalah yang menangis tengah malam buta macamni!"Omelku.Baju jaket berhoodie dipakai.Hoodie ditarik menutupi kepala.Aku membuka pintu perlahan dan memastikan tiada orang dikawasan itu.Aku berjalan keluar mengikuti suara tanggisan itu.Tanpa kusedari aku sudah memasuki hutan.

"Siapa tu?"Peluh di dahiku semakin menitik di baju.Lampu suluh yang sengaja ku bawa dihalakan ke jalan hutan.

'Alamak!Aku dah jauh dalam hutan!Macammana aku nak balik ni?Macammana aku boleh ikut suara tu sampai termasuk dalam hutan pulak!Alahai!'Aku megeluh dan mengeleng beberapa kali.Aku terasa seperti ingin menangis sekarang.Bunyi tanggisan tadi kedengaran kuat seolah-olah berada dekat denganku.Dengan pantas aku mencari kelibat itu.

"Hello!Ada sesiapa tak kat sini?!"Mataku terbuntang luas apabila melihat dua kelibat yang sedang berada di atas pokok.Satu kelibat di sisi kelibat yang menangis menatapku dengan tajam.Aku bagaikan mahu pengsan saat ini apabila melihat dua kelibat itu.Bukan kelibat tapi...

Hantu!!

Muka dia pucat.Mata dia pula seperti mahu terkeluar apabila memandangku.Rambut mereka panjang sangat dan juga sedikit kusut!Mereka mempunyai gigi tarim dan juga kuku yang panjang dan tajam.Kelibat-kelibat itu juga memakai jubah putih yang lusuh dan kotor.

"Makkkkk!Hantuuuuuuuuuuuu!!"Dengan langkah seribu aku pecut bagaikan kilat berlari tanpa arah tuju.Jangtungku bergetar hebat kerana ketakutan.Lampu suluh dipegang erat agar tidak terlepas dari tangan.Aku berhenti larian apabila terlanggar seseorang yang turut memakai baju berhoodie warna hitam.Aku menyuluh wajahnya dengan lampu suluh supaya dapat mengamati wajahnya dengan jelas.

"Woi!Kau buat apa ni gadis bodoh!Sakit mata aku tahu tak!"

"Ops!Sorry...Macammana kau ada kat sini?"Aku dengan pantas mengalihkan lampu suluhku ke arah lain.Rupa-rupanya aku terlanggar Rion.Entah kenapa aku rasa dia sangat tampan dengan mengenakan baju berhoodie itu.Wajahku merona.

"Aku tengok kau keluar rumah jadi aku pun ikutlah..."

"Huhuhu..."Bunyi itu kedengaran lagi.Rasa takutku yang mulai reda mulai meninggi.Aku dengan tidak sengaja memeluk Rion kerana ketakutan sangat.

"Heyyy!K...kau bu...buat apa ni?"Rion cuba melepaskan pelukkanku.Aku mengeleng laju tanda tidak mahu melepaskan pelukkan.

"Heyy bodoh!Berhentilah peluk aku!Rimas la!"

"Huhuhu...kat dalam hutan ni ada hantu!A..aku..aku..."

"Lepaslah!"Rion dengan kasar melepaskan pelukkanku.Hish!Tak ada rasa simpati langsung!

"Mengarutlah kau ni!Mana ada hantu kat alam ni!Kalau kau nak tahu bunyi apa tu mari ikut aku!"Rion dengan pantas mengambil lampu suluh di tanganku dan menarik lenganku.

"Ap...apa ni?A...aku takutlah!"

"Ikut je lahh!"Kami berdua berdiri tepat di hadapan dua kelibat tadi.Dua kelibat itu turun bersama.

"Kenapa dengan korang berdua ni?Dengan rambut danpakaian..."

"Nanti aku cerita...Bunyi tangisan adik aku ni kuat sangat ke?"

"Tak...tak lah kuat mana tapi beri kesan kat gadis ni..."Balas Rion bersahaja.Aku terkejut melihat wajah selamba Rion bagai tiada apa pun.Aku menyorok di belakang Rion.Kelibat tadi yang perasan akan kehadiranku dengan pantas menegur.

"Kau budak perempuan tadi tu ke?"Tanpa kusedari kelibat itu muncul di belakangku.Kedua-dua kelibat itu adalah perempuan.

"Warghhhh!Hantuuuuuu!"Aku memeluk lengan Rion dengan sangat erat.Rion mengeleng kepala perlahan-lahan.

"Weh,aku bukan hantu laa!Nama aku Azz...Aku dan adik aku Ann dikenali sebagai 'ghost'.Maaflah kalau penampilan aku ngan adik aku ni buatkan kau terkejut separuh mati tadi..."

"Hantu dengan ghost sama la!Ghost tu bahasa orang putih!Huhu..."

"Haihhhh...Kau ni...Ghost adalah makhluk yang memiliki gigi dan kuku yang tajam dan panjang.Selain itu pula ghost telah pun hidup bertahan selama beberapa abad.Umur aku pun dah dekat 500 tahun...Kami mempunyai sedikit keahlian sihir.Kami adalah salah satu mahluk yang menggerikan di alam ini.

Kau tak belajar ke dulu sehinggakan makhluk macam aku ni pun kau tak kenal?Atau kau ni dari dimensi lain...Sebelum ni aku tak pernah pun tengok muka kau..."

"Aku sebenarnya asal alam manusia...Tapi aku dah tahu identiti aku dan aku memutuskan untuk tinggal di alam ni..."Aku menghela nafas lega apabila mengetahui kebenarannya.Rion di tepiku memandangku dengan riak tak ade perasaan.

"Maaf kalau aku kejutkan korang...Ta..tadi kami dibelasah oleh shadow beast...Dia patahkan cucuk sanggul peninggalan aku...maaf...Hehe..."Gadis yang bernama Ann tadi menayang wajah bersalah sambil tersenyum.Kakaknya mengeleng kepala kecil.

"Kalau macam tu kami berdua balik dulu..."Rion meminta diri untuk pulang.Aku mengikutinya tanpa banyak bunyi.

"Sekarang kau dah puas?"

"Dah!Hehe..."

"Kalau kau nak tinggal kat alam ni kau kena biasakan diri dengan makhluk di sini...Faham?"

"Faham!Maaf sebab tadi a...aku pelu..."

"Shuu!Aku tak nak dengar lagi perkataan tu dari mulut kau...Rahsiakan tentang malam ni kalau tak nahas kau!"

"Ek elehh!"Aku mencebik kesal.Kenapa dia benci sangat dengan aku?Apa salah aku?



Alam SpiritualWhere stories live. Discover now