Persiapan

103 9 0
                                    

Aku mengeleng kecil melihat Stella yang berpusing-pusing di hadapan cermin dengan mengenekan blaus separas paha bewarna kuning cair.Kusyuk betul dia tengok penampilan dia kat cermin.

"Kau bersiap cantik-cantik ni nak pergi mana?Pasal gaun pesta tu kau tak payah risaulah...Diaorang akan belikan kat kita berempat..."

"Eh?Ye ke?Kenapa aku tak tahu pun?"Stella mengambil tempat duduk disebelahku.Aku bebaring di atas katil sambil mengingati cadangan Kay semalam.

"Kau tak tahu sebab kau tido...Aku tak sampai hati nak kejutkan kau semata-mata nak bagitahu kau tentang ni..."

"Kalau macam tu tak apalah...Apa kata kita berempat pergi shopping kejap?Alah bukan apa...Diaorang tu beli gaun je bukan sekali dengan aksesori dia sekali.Jom!Aku nak pastikan penampilan aku esok sangatlah menawan..."

"Terpulanglahh...Aku cuma ikut kau je...Jomlah gerak!"

"Eh?Kau nak pergi dengan baju ni ke?Tak de kelas langsunglah kau ni...Kita nak pergi kat shopping mall jadi baju kau kenalah ubah sikit...Alahai kau ni!"Stella menjuihkan bibir ke arah baju t-shirt yang dipakaiku.Aku membuat muka bosan mendengar bebelan Stella.Aku membuka almari dan mengambil baju blaus bewarna biru lalu dibawa ke bilik air.Sementara itu Stella ke ruang tamu bertemu dengan Keyla dan Luna.

Di shopping mall...

"Wahhhh!Cantiknya tempat ni!"Stella memandang keadaan mall yang dipenuhi ramai manusia.Tanpa berlenggah kami ke dalam sebuah kedai yang menjual pelbagai aksesori dan barang lain.Kami pergi ke haluan masing-masing.

Aku mencuba pelbagai jenis klip rambut berbentuk bunga mawar.Satu klip berbentuk bunga mawar bewarna gabungan biru dan purple menarik perhatianku.Aku mencuba klip ramput itu.Rambut dikepit menggunakan klip rambut.Aku memerhati seketika penampilanku di cermin.

'Cantik!'gumanku di dalam hati.Aku mengambil dua pengepit rambut yang sama untuk dibayar.

Situasi Stella...

Stella memerhati setiap ikat rambut yang ada di situ.Tiada satu pun yang menarik perhatian.Dia membelek ikat rambut yang ada dihadapannya.Dia menemukan satu ikat rambut bewarna kuning.Di atas ikat rambut itu terdapat satu mutiara berbentuk hati keemasan.Di sekeliling gelang itu dipenuhi ukiran flora.

"Cantik...Aku nak beli yang ni lah!"

Situasi Keyla...

"Hai dik!Adik nak cuba rantai yang mana?"Seorang petugas menegur Keyla yang sedang memerhati setiap rantai di dalam almari kaca.

"Kalau saya nak cuba yang tu boleh?"

"Oh yang tu...Pilihan adik sangat tepat!Untuk makluman adik ni merupakan rantai keluaran baru TifaniGo.Takde sesiapa lagi yang pernah membelinya.Akak akan bagi 40% diskaun kepada adik kalau adik nak beli rantai ni!"Petugas itu menghulurkan rantai itu kepada Kelly.Kelly mengambil rantai itu dan mencubanya.Dia melihat penampilannya di cermin.

Rantai emas yang memiliki mutiara kecil keemasan dan satu kristal bewarna merah hati ditelitinya.

"Cantik!Saya nak beli yang ni!"

Situasi Luna...

Luna melihat setiap cucuk sangul yang dipamerkan di dalam kotak kaca.Setiap cucuk sanggul mempunyai bentuk dan warna yang unik dan cantik.Pandangan terlekap pada cucuk sanggul yang ada di salah satu kotak kaca.Dengan pantas dia membuka kotak kaca itu dengan berhati-hati.

Cucuk sanggul itu bewarna hijau tua dan berbentuk seperti bunga matahari.Di sekeliling cucuk sanggul terdapat ukiran flora yang sangat cantik dan mempersona.

"Cantik cucuk sanggul tu..."Seseorang menyapanya dari belakang.Dia melihat ke belakang dan didapati Stevania yang menegurnya.

"Kau buat apa kat sini?"

"Aku cuma nak tengok sama ada kau perlukan bantuan aku atau tak...Sini.Aku tolong pakaikan untuk kau..."Cucuk sanggul di tanggan Luna diambil.Aku menyanggul rambut Luna.Aku mencucuk rambut Luna yang disanggul menggunakan cucuk sanggul.

"Cantik!Cuba kau tengok cermin!"Luna melihat penampilannya di cermin.Pada awalnya dia terkejut apabila melihat penampilannya.Dia tersenyum kecil.

"Kya!Cantiknya kau senyum!"

"Diamlah!"Dia mengambil semula cucuk sanggul yang digunakan untuk menyanggul rambutnya.Rambutnya yang boleh tahan panjang dilepaskan.

...………………………………………...............
Malam itu...

"Korang dah beli ke baju untuk kitaorang?"Keyla bertanya ke arah Kay dan yang lain di ruang tamu.

"Dah!Ni untuk kau!"Kay menghulurkan beg kertas kepada Keyla.Keyla mengambil beg kertas itu.Baju gaun separas betis bewarna merah dikeluarkan.

"Wah,cantiknya!Terima kasih kay!"Keyla tersenyum manis sambil meneliti gaun yang dibeli Kay.

"Errr...Keyla!Sudikah kau jadi pasangan tari-menari aku nanti?"

"Aku sudi!"Keyla tersenyum manis kearah Kay.Kay membalas senyumannya.

Mereka berenam masing-masing sedang bahagia bersama pasangan mereka.Aku?Hanya jadi permerhati.

"Hoi!Melamun ke?"Bahuku terangkat apabila seseorang mengejutku dari belakang.Aku menoleh kebelakang perlahan-lahan.

"Aku tak melamun okay!"

"Ni untuk kau!"Rion menghulurkan beg kertas sederhana besar bewarna putih kepadaku.Aku menyambut hulurannya.Dengan pantas beg kertas itu dibuka.

"K..kau biar betul?Takkanlah aku kena pakai baju ni?Macam baju pengantin je aku tengok..."

"Kepala engkau baju pengantin!Baju yang dipakai oleh puteri diraja lagilah high clas daripada yang ni..."

Aku meneliti gaun bewarna sliver melebihi paras kaki.Gaun itu dihiasi dengan corak bunga warna-warni.Cantik tapi tak berlebihan ke?

"Errr...tapi tak berlebihan ke?"

"Dah!Kau tak payah banyak bunyi...pakai je baju tu..."Rion memberi kata putus.Dia berlalu pergi meninggalkanku.Aku berdecit perlahan.Takkanlah aku nak pakai baju ni pulak?Dak macam baju pengantin je aku nampak...tiba-tiba satu idea muncul di benak fikiranku.Aku tersenyum lebar sebelum masuk ke dalam bilik.




Alam SpiritualWhere stories live. Discover now