Misi:Ke Alam Manusia

127 33 0
                                    

"Tempoh untuk kamu selesaikan misi ini adalah seminggu.Cepatlah ke alam manusia..."Tok Hui tersenyum melihat anak-anak didiknya yang siap sedia dengan barang yang di bawa.

"Rion!Ni pil pengubah alam..."Rion mengambil pil yang diberi Stella lalu ditelan.

"Cepat berpegangan antara satu sama lain!"Mereka berpegangan antara satu lain.Aku pula diam...sebab tak tahu nak pegang siapa.Rion yang mengesaniku memegang pergelangan tanganku.Dengan beberapa sebutan mereka tiba di kawasan sekolah di alam manusia.

Aku sedikit terkejut melihat perubahan mereka bertujuh.Seperti yang dikatakan oleh Tok hui,warna rambut dan mata mereka berubah bewarna hitam apabila tiba di alam manusia.Yang paling aku kagumi adalah Rion.Eh?Kenapa pulak aku kagum dengan dia?

"Mari aku bawa korang ke bilik pengetua sekolah...satu lagi!Bila sesiapa tanya umur korang berapa, korang kata umur korang 18 tahun okay?Kat sini hanya terima pelajar umur 13-18 tahun je...Umur kau berapa Rion?"

"Kau rasa?"Rion memandangku dingin.

"29?"

"Woi!Aku baru 19 tahunlah!Kau ada nampak muka aku macam muka dah tua ke?"Rion merenung anak mataku tajam.Aku sembunyi senyum.Hahaha!Gurau pun tak boleh!

Aku ingatkan umur dia 20tahun...

"Hishh korang ni!Selalu gaduh!"Keyla membuka mulut setelah menyaksikan drama tak berbayar.

"Betul tu!Kena kahwinan diaorang ni baru senyap!"kay pula mencelah.Serentak itu kay mendapat panahan mata tajam dariku dan Rion.Kay menunduk tidak berani melihatku dan Rion.

"Marilah kita ke bilik pengetua cepat!Nanti terlambat pula!"Tanpa berlenggah lagi mereka mengikutiku ke bilik pengetua dari belakang.

Selepas berjumpa dengan pengetua...

"Perghhh!Banyak gila barang yang dia bagi!"Ujar Rion sambil membawa kotak yang diberi petugas koperasi sekolah.Yang lain hanya berjalan sambil membawa kotak masing-masing.Aku mengeleng melihat gelagat Rion.

"Ye lahhh!Korang sepatutnya bersyukur tau sebab dapat barang free!Kalau pelajar lain kena bayarla jawabnye..."

"Ha ah laa!Macammana kau boleh selamba je suruh kakak tu bagi barang-barang ni kat kita secara percuma?"Tanya Stella yang berada di belakangku.

"Untuk makluman korang bertujuh,ibu bapa akulah yang sumbang dana sekolah...kalau nak harapkan keluaarga menteri tu memang tak lah diaorang!"Aku berkata sambil membuat mimik muka menyampah apabila terbayangkan muka Riska.Rasa macam nak tumbuk je muka belagak dia tu!

"Liyana!"Giliran Keyla memangillku.

"Stevania..."

"Opss,sorry!Maksud aku Stevania...Kitaorang nak tinggal kat mana?"

"Kau ikut je lah aku..."Dalam masa lima minit kami sampai di hadapan rumahku.Seseorang dari dalam rumah membuka pintu.Terkejut aku melihat wajah yang sangat aku rindui.Air mata mulai bergenang.Dengan pantas aku memeluk tubuh wanita tua di hadapanku dengan kolam mata berkaca-kaca.

"Mummy!"Akhirnya rasa rindu yang terpendam diluahkan.Seorang lelaki muncul di belakang mummy.Aku dengan pantas memeluknya.

"Daddy!"Air mata kedua-dua orang tua itu berguguran saat memeluk anak gadisnya yang lama menghilangkan diri.Rion dan yang lain hanya memerhati gelagat kami sekeluarga dengan terharu.

"Niaa!Kamu hilang ke mana selama ni?Mummy dan Daddy rindu sangat dekat Nia...Puas kami cari Nia!Tolong jangan hilangkan diri lagi dari Mummy dan daddy..."

"Maaf mummy...maaf daddy...Nia janji tak buat lagi..."Aku mengesat air mata yang tersisa.Pandanganku beralih pada Rion dan sahabat-sahabatku.

"Nia.Siapa mereka semua ni?"Daddy bertanya sambil melihat ke arah mereka bertujuh.Air mata segera dihapus dari penglihatan tetamu mereka.

"Ahh...maaf korang!Mummy,Daddy...Mereka semua ni sahabat baik Nia.Diaorang datang ni sebab nak tumpang tinggal kat sini dalam semnggu.Mummy dan dady boleh izinkan tak diaorang tinggal kat sini?Pleasssss..."Aku membuat muka comel dihadapan mereka.Mummy dan daddy tergelak kecil sebelum mengusap rambutku.

"Mummy dan daddy izinkan sayang...Cepatlah bawa tetamu masuk!Nanti Nia bawa diaorang ke bilik masing-masing ya?Mummy nak masak makanan yang sedap-sedap untuk kamu semua!"Mummy dan Dady masuk ke dalam rumah agam dua tingkat itu.Kami semua turut masuk.

"Mari aku tunjukkan bilik korang!"Kat sini kita ada dua bilik saiz king so kita akan tidur sekali.Ni bilik untuk boys dan ni bilik untuk girls...Korang berehatlah dulu.Lepas ni aku akan panggil korang makan.Selamat berehat!"Tanpa banyak kata aku meninggalkan mereka yang masih ragu-ragu.Mereka segera masuk ke dalam bilik yang dimaksudkan Stevania.

Mereka masing-masing tergaman melihat bilik itu.Bilik itu sangat-sangatlah besar dan cantik.Mereka belum pernah lagi melihat bilik seperti itu.Terdapat empat katil saiz sederhana yang berasingan.Dua katil di kiri dan dua kati di kanan.Ada dua almari sederhana besar di sisi lain dan juga satu tandas.Di tepi katil masing-masing terdapat almari kecil dan lampu tidur.Di sebelah almari sederhana besar itu terdapat sebuah cermin gergasi.Dinding bilik itu di cat bewarna kelabu.Hampir semua barang dan perabot di dalam bilik itu bewarna kelabu.

"Wahh...lembutnya katil ni!"ujar Kay sebaik sahaja baring di atas katil.Dia terlena seketika.Tanpa banyak kata mereka meletakkan barang masing-masing dan berehat.

Situasi di bilik girls...

"Wahhh!Cantik gila bilik ni!"Keyla meneliti setiap sudut bilik itu.Dinding bilik itu di cat bewarna merah jambu.Hampir semua barang di dalam bilik itu bertemakan warna merah jambu.Mereka meletakkan barang masing-masing di dalam almari sederhana besar yang disediakan.

"Macam tinggal kat asrama pula aku rasa..."Luna mencelah.Dia duduk diatas katil di sebelah kanan.

"Iyalah kan?Aku tertanya-tanya kenapa ibu bapa Stevania bina bilik ni dan sediakan banyak katil serta barang yang lainnya?Bukanke diaorang tinggal bertiga?Habistu bilik ni untuk siapa?"Stella cuba mencari jawapan untuk soalannya.Keyla yang berada di katil sebelah kiri pula menjawab.

"Nanti kita tanya diaorang la lepas ni...sekarang ni lebih baik kita berehat dulu..."

"Terpulanglah..."Stella dengan pantas bebaring di atas katil dan memejam mata.

Alam SpiritualWhere stories live. Discover now