Kemalangan

308 69 8
                                    

Hujung minggu...

"Nia...Kamu nak ke mana tu?Mari sarapan dulu..."Suara ibu sedikit membuatkan aku terkejut.

"Emm...Nia pi dating ngan Zack kejap..."Aku merapikan rambut sebelum turut serta bersarapan bersama keluarga.

Nia tu nama manja aku.Maklumlah aku anak tunggal...

"Nia...Kamu masih lagi sibut pi dating ngan dia?Dah berapa ratus duit Nia habis kerana 'dating'.Kalau nia nak tahu mana ada lelaki yang guna duit kekasih dia untuk pi dating..."

"Nia tahu mummy but Nia kasihan laa kat dia.Iyelah...Dia tu anak yatim piatu.Apa salahnya guna duit Nia sikit kan?"

"Nia Nia...Kamu jangan sampai tertipu pula sudah..."Daddy yang berdiam diri sejak dari tadi membuka mulut.Aku mengangguk sambil menjamah nasi.

"Lepasni Mummy ngan Daddy takde kat rumah...Kami kena uruskan dokumen penting Syarikat.Kalau kamu dah balik dari dating ambil kuci di bawah pasu bunga tu yaa?"

"Okay Mummy.Bye Daddy!Bye Mommy!"Aku keluar rumah selepas bersarapan.

Di taman...

"Mana si Zack ni...Dah lima belas minit aku tunggu kat sini..."Aku mendengus perlahan apabila terlihat kelibat Zack dari kejauhan.

"Sorry because i late..."(jangan kecam author ya sebab author pun tak pandai mana bahasa orang putih ni...)

"Dah lima belas minit berlalu...Jadi saya nak tanya kemanakah anda di masa lima belas minit ini?"Aku buat gaya guru menyoal anak murid.Nak tergelak aku tengok muka Zack yang sedikit pucat.

"Emmmm...Eh?Tak!Emm tadi cirit-birit!"

"Betulkee..."Aku merunung tajam anak matanya.

"Be...betul!Betul!Jom kita beli aiskrim nak tak?"Zack menarik lenganku ke arah gerai aiskrim tidak jauh dari kami.Aku ikut je laa...

Situasi di Restoran Uncleblance...

"Tuan...ini dokumen pelantikan CEO terbaru untuk tujuh tahun kemudian.Tuan dan Puan boleh baca dokumen ini dengan teliti sebelum sign."Seorang pekerja bawahan yang dipercayai Daddy Stevania menghulurkan surat dokumen dan juga pen.

Daddy dan mummy Stevania membaca dengan penuh teliti sebelum sign fokumen itu.

"Maaf tuan dan puan...Saya mahu ke tandas sekejap..."Pekerja bawahan yang bernama Suhaimi meminta diri.

Dia tidak ke tandas sebaliknya dia ke kaunter cafe.Di situ ada seorang pelayan yang bertugas.Dia berpaling ke belakang memerhati kelibat ibu bapa Stevania sebelum membisikkan sesuatu di telinga pelayan itu.

Pelayan itu mengangguk sebelum berlalu pergi.

"Maafkan saya kerana sedikit lewat..."Suhaimi mengukirkan senyuman sambil membetul duduk.Serentak itu pelayan tadi menatang dulang berisi dua gelas anggur.

"Tuan dan Puan silakan minum..."ujar Suhaimi sambil menghulurkan dua gelas anggur kepada mereka berdua.

"Kamu tidak minum sekali ke Suhaimi?"Soalan dari Daddy Nia mengejutkan Suhaimi.

"Tak...saya dah minum sebelum sampai ke sini..."Suhaimi menjeling ke arah dua pasangan yang sedang meneguk anggur sehingga habis.Beberapa minit kemudian mereka berdua terbatuk darah.Leher mereka terasa seperti tercekik.Pelayan yang menghidangkan air anggur tadi tergopah-gopah menuju ke arah mereka bertiga.

"Tuan!Puan!apa yang terjadi ni?"Pelayan itu membuat mimik muka risau tetapi tidak pula dia menolong mereka berdua.

"Urghhhh!!"Mereka berdua membeliakkan mata apabila darah mula mengalir di sekitar mulut mereka.Pandangan mereka terarah pada pelayan dan pekerja mereka yang sedang tersenyum sinis.

"K...kau!Pemm...pembelot!"Ayah Nia berkata sebelum tidak sedarkan diri di samping isterinya.Suhaimi memanggil ambulans sebelum dia dan pelayan itu melarikan diri.
.............................................................

"Hahahahaha!Baby ni lucu lahh...Jom kita beli gula kapas jap!"

"Banyaklah ko punya lucu..."Aku tidak menghiraukan ajakan Zack sebentar tadi.Telefonku tiba-tiba berdering panjang.Aku memberi duit bernilai Rm.10 ringgit kepada Zack untuk membeli gula kapas.

Aku menjawab panggilan setelah Zack pergi meninggalkan aku.

"Halo?"

"Halo.Ini Puan Stevania ke?"

"Ha Ah...Kenapa ya?"

"Ibu bapa anda disahkan meninggal dunia secara mengejut di Restoran Uncleblance.Sila ke hospital dengan segera."Jangtungku seolah mahu tercabut apabila terdengar berita itu.Aku menekup muka menahan tanggisan.Aku berlari dan menyekat teksi tanpa menghiraukan Zack yang baru mahu mengejarku.

Alam SpiritualWhere stories live. Discover now