Latihan Memanah

160 36 0
                                    

Pukul 11 pagi...

"Mana Rion ni..."Aku mencari kelibat Rion di sekitar kawasan namun hampa.Kelibat Rion tidak dijumpai.Aku mengeluh perlahan.Tiba-tiba aku memikirkan idea nakal.

'Baik aku lari sebelum dia sedar aku dah ada kat sini sebab aku tak pandai memanah...Mesti aku akan kalah lagi dengan dia kalau aku lawan dengan dia lepas ni...'Aku tersenyum nakal sebelum mengorak langkah beredar dari situ.Baru sahaja aku mahu keluar dari dewan latihan satu suara yang amat aku kenali menegur.

"Wehh gadis bodoh!Kau nak pergi mana tu?"

'Alamak!'Aku menoleh ke belakang.Rion menatapku tajam.

"Ehh?Emm...aku nak cari kau sebab kau tak ada lagi kat sini tadi.Macammana kau boleh ada kat sini?"

"Aku kan ada kuasa teleportasi.Kau lupa ke gadis bodoh?"

"A..aku bukan lupalahh!"Aku berpaling ke arah lain.

"Nahh!"Rion meghulurkan pemanah beserta beberapa anak panah kepadaku.Aku menyambut dingin.

"Siapa yang kalah kena round dalam dewan latihan ni sebanyak 5 kali!Tapi jangan risau.Aku rasa kau akan kalah juga walau bagaimanapun.Hahaha!"
Aku mengetap bibir.Dalam masa yang sama juga aku resah.Mana tidaknya aku risau sebab aku tak pandai memanah.Nampaknya aku terpaksa mengalah secara rela.

"Aku mengalah..."

"Ehh?Kenapa pulak kau tetiber mengalah?"

"Aku tak pandai memanah...Hari ni kau menang tapi tak semestinya aku akan kalah setiap kali berlawan dengan kau..."ujarku dengan berbaa-basi.

"Aku akan ajar kau memanah...Cepat ambil pemanah kau ni!"Aku terlopong seketika mendengar kata-kata Rion.Dia nak ajar aku?Biar betul!

Aku mengambil pemanah dan beberapa anak panah yang dihulur Rion.

"Sekarang kau tengok baik-baik cara aku memanah.Pastikan anak panah terkena tepat pada bulatan merah tu.Faham?"

"Faham!"Reo menunjukkan cara-cara memanah kepadaku.Aku memerhati setiap pergerakkannya dengan penuh tekun.

"Sekarang giliran kau pula!Pastikan bahagian anak panah pada pemanah berada selaras dengan mata kau.Ini dinamakan kaedah memanah aras mata.Tumpukan perhatian kepada target..."Aku menelan air liur kelat.

'Habislah!Aku tak berapa nak ingat pergerakkan dia tadi!'

Aku menghela nafas perlahan.Aku cuba memanah seperti Rion.

"Salah tu!Tangan kanan kau sepatutnya pegang anak panah!Tangan kiri kau pula pegang pemanah!"

"Hei!Bahagian anak panah tu kena selaras dengan mata kau!"

"Salah lagi!Boleh tak kau pegang pemanah tu betul-betul?Dah macam tak cukup zat je aku tengok kau ni!"

"Salahlahh!Kau kena buat begitu dan kemudian begini!"Sejak kali itu Rion menegurku lebih kurang 10 kali.Lembik lutut aku dibuatnya.

'Gok!'

"Adoiii!Sakit sial!"Aku menggosok kepalaku yang sedikit benjol akibat dipukuk oleh Rion.

"Kau tu bodoh sangat!"

"Aku dah kata aku tak pandai memanah!"Aku mulai berputus asa.Sekali lagi aku cuba memanah seperti yang diajar.Tiba-tiba Rion memegang tanganku yang sedang memegang pemanah dan anak panah dari belakang.Kami hampir kelihatan seperti berpelukkan.Pipiku merah padam.

"Hei gadis bodoh!Kau sepatutnya buat begini dan begini.Sekarang lepaskan anak panah..."Jantungku berdengup kencang secara tiba-tiba apatah lagi jarak mukanya dengan mukaku sedikit dekat.

"Kenapa bengong?Cepatlah lepas anak panah!"

"Ya!ya!"

'Zupp!'Anak panah terkena tepat pada bulatan bewarna merah.Aku tersenyum kecil.

"Sekarang kita berlawan...Siapa yang kalah kena round dalam dewan latihan sebanyak lima kali..."

"Eh?Kenapa pula?"

"Kau kan dah pandai memanah..."

"Okay!"Aku tersenyum nakal sambil memandang Rion.Dia juga turut membalas senyumanku dengan senyuman yang paling menyerangkan.

'Glup!'Apehal seram sangat senyuman dia ni ehh?

Aku dengan cepat mengambil setiap anak panah dan memanah sehingga anak panah yang terakhir.

Hasil dia?

Sangat teruk!

Anak panah aku ada yang terbang melebihi papan mata.

Aku memandang Rion.Dia sedang tersenyum sinis sambil melirikku.

'Alamak!'

Anak panah pertama yang dipanah Rion berjaya mengenai bulatan merah.

Tenang Stevania!Dia baru sekali je berjaya mengenai target.

Sangkaanku terus meleset apabila Rion memanah menggunakan kesemua anak panah dan hasilnya...

Semua anak panah terkena tepat pada bulatan merah...

"Nampaknya kau kalah!Cepat round lima kali!"

"Huhh!"

"Cepat round lima kali!Kau tahu kan akibatnya tak dengar arahan guru kau!"

"Ceh!Bila masa kau jadi guru aku?"

"Semasa kita jadi pasangan dalam perlatihan kuasa kau.Cepat round lima kali!"

"Huh!Tak apa!Nanti kau!"Aku dengan terpaksa mengikuti arahan Rion.Aku memberinya jelingan maut apabila dia mentertawakanku.

Alam SpiritualWhere stories live. Discover now