"Selamat pagi semua!"Ucapku apabila masuk dapur.Kelihatan Luna dan Stella sedang menyiapkan sarapan pagi.
"Selamat pagi Liyana!Marilah tolong aku ngan Luna siapkan sarapan.Nak harapkan anak dara seorang tu tunggu matahari nak terbenamlah jawabnya!"Aku ketawa kecil mendengar bebelan Keyla.Luna hanya fokus pada kerjanya.Nana pula tertidur polos di atas meja.
"Kita nak buat apa ni?"Tanyaku kepada Keyla yang sedang mengaduk tepung.
"Hari ni aku cadang nak buat salad buah dengan pancake...Kau pandai buat salad buah tak?"
"Tentulah aku pandai...Salad buah je kot!Biar aku je yang buat salad buah..."Aku mengambil beberapa biji buah yang disediakan lalu dipotong.Dulu aku belajar buat salad buah sendiri.Sebab tu laa aku terer sikit bab ni.Aku selalu gunakan buah golongan beries untuk buat salad buah.
Sementara itu di ruang tamu...
Rion p.o.v
"Tok Hui!Macammana dengan latihan kami beberapa hari ni?Bagus tak?"Kay yang berada di sebelahku bertanya dengan teruja.Tok Hui hanya tersenyum sambil mengurut dagukunya.
"Latihan kamu semua beberapa hari ini sangat bagus!Ingat!Hujung minggu ni kamu semua akan berlawan antara satu sama lain untuk penilaian markah kamu..."
"Baik tok!Kami akan berusaha sebaik mungkin pada hari itu!"Jawabku yakin.Tok Hui mengangguk perlahan.Air kosong dihirup.
"Weh Rion!Macammana dengan keadaan buah hati kau?Okay ke?"Soalan Kay yang tertiber membuatkan aku tersedak.Dengan geram aku memijak kakinya sekuat tenaga.Kay mengaduh kesakitan.
"Dia bukan buah hati aku atau sesiapa pun kepada aku!Faham?!"
"Tak faham..."Kay dengan pantas berlari dan menyorok di belakang Tok Hui.Persis seperti seorang adik yang takut kepada abangnya.Alex yang berada tidak jauh darj mereka hanya mampu mengeleng.
'Haihh...budak-budak...'
"Chillah Rion...Takkan nak marah kot?Aku tak rasa tunang kau akan marah kan?"Giliran Kouta pula mengenakanku.Aku tersentak.Tunang aku?
"Apa maksud kau?"Aku berpura-pura tidak tahu walhal aku terkejut dengan pernyataan itu yang sengaja dilupakan.Sebab apa?Sebab aku tak pernah jumpa ngan dia.Lagipun dia sudah lama menghilangkan diri.
"Ek eleh!Jangan berpura-pura tak tahulah!Tunang kau tu adalah puteri kerajaan glacier yang menghilangkan diri tu kan?Nama dia siapa ehh Alex?Ally?"Kay menyiku lengan Alex yang berada di tepinya.
"Allyna Adeliana..."Ujar Alex berbasa-basi.Entah kenapa nama itu sangat familiar bagiku.
"Ha!Allyna Adeliana!Kebetulan pula nama Liyana adalah Stevania Adeliana!Adeliana tu bukan nama yang mulia pemaisuri Kerajaan Glacier ke?Dan kenapa juga Stevania suruh kita panggil dia Liyana?Tambahan pula baru-baru ni dia dipanggil oleh bonda kau untuk datang menghadap?Sah!Memang sah Liyana adalah puteri tunggal kerajaan glacier yang hilang suatu dahulu dan juga merupakan isteri masa depan kau!Hahaha!"Aku mencampak bantal ke arah mukanya.Pernyataannya sebentar tadi apabila difirkan logik juga!Ini tak boleh jadi!Tak boleh jadi!
"Aku tak percaya!"Bentak ku.Giliran Tok Hui pula menyatakan teori berkenaan Liyana.
"Tuk rasa betullah apa yang dikatakan Kay sebab rupa Liyana persis seperti bondanya.Nama dia juga terdapat nama Adeliana.Bukankah ciri-ciri anakanda Pemaisuri Adeliana ialah berambut sliver dan bermata biru?"
"Betul tu!Apa kata kita semua tanya terus je kepada pemilik badannya!"
"Setuju!"
"Setuju..."
"Tuk pun setuju..."Mereka bersetuju dengan cadangan Kouta.Aku pula terkaku.
'Betulke teori diaorang ni?'Aku dengan perasaan waswas mengikuti mereka berempat dari belakang ke dapur.
End Rion p.o.v.
.............................................................
"Emm Liyana!"Panggil Kay yang memberhentikan suapannya.Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya.
"Apa?"
"Kau ni puteri kerajaan Glacier kan?Kau juga tunang kepada Rion kan?Kan?Kan?"
'Glup!'Aku menelan air liur yang terasa berpasir.Macammana diaorang boleh tahu rahsia aku?
"Cepatlah mengaku!Dah tak sabar ni!"Kouta di di sebelah Kay pulah mencelak.Aku dapat melihat wajah Rion yang masam.Keyla,Stella,Luna dan Nana pula memandangku dengan wajah terkejut.Aku memandang wajah tenang Tok Hui.
"Errr...Betul!Ma...macammana korang boleh tahu?"
"Yahooooo!"Kay dan Kouta bersorak kegirangan apabila mendengar jawapanku.Apehal pula dengan mamat dua ekor ni?Kepala masuk air ke?
"Hahaha!Aku dah kata Liyana adalah tunang kau tapi kau tak percaya!Tengok!Dia sendiri yang bagitahu kenyataannya!"Ujar Kay dengan teruja.Wajah Rion semakin masam mencuka.
"Diamlah!"
"Wuuuu....marah ke?Hahaha!"
"Lantak koranglah!Malas aku nak layan!"Tanpa menghiraukan dua mahkluk yang menyindirnya dari tadi dia meninggalkan dapur.Aku pula kaku di tempat sendiri.
'Mungkinkah dia akan memutuskan tali pertunangan aku dengan dia?Macammana dengan Pemaisuri?'
YOU ARE READING
Alam Spiritual
FantasyStevania Adeliana merupakan seorang gadis periang yang tidak memiliki rakan atau sahabat dari kecil.Dia adalah anak tunggal ibu bapanya.Sejak kecil lagi dia dilarang oleh ibu bapanya agar tidak pergi jauh dari rumah.Mereka mempunyai sebuah syarikat...