Terlahir Kembali

246 65 1
                                    

"Urghhh..."Aku membuka mata perlahan-lahan.Peristiwa aku tenggelam di dasar laut kembali di benak fikiran ku.Aku lantas bangun dan meraba-raba tubuhku.

"A...aku hidup lagi?Bukan ke aku dah mati?Ke aku tengah mimpi ni?"Aku mencubit lenganku begitu keras.

"Ouchh!Ni...ni...Ni bukan mimpi!"Aku tersenyum ceria sebelum menilik mukaku di hadapan cermin.

Ehh?Bukan ke kepala aku terluka?Kenapa takde kesan luka pun?Oh my good!Muka aku ke ni?Sejak bila aku jadi cantik ni ek?Aku memegang wajah ku perlahan.Wajah aku sangat berlainan dari yang dulu.Aku melihat kelendar di atas meja.

"Ehh?Hari ni..."Aku meletakkan semula kelendar itu di atas meja.Pintu bilik ku buka perlahan.

'Sunyi bin Sepi...Adakah tiada orang yang menjagaku?'

Aku menjengguk dapur yang gelap gelita.Lampu dapur terpasang secara tiba-tiba sewaktu aku melangkah masuk ke dalam dapur.

"Happy birthday to you!Happy birthday to you! Happy birthday!Happy birthday..."Lagu selamat hari jadi dinyanyikan oleh beberapa makhluk di segenap ruangan.Aku terpaku melihat Mummy dan Daddy datang ke arah ku sambil membawa kek perisa coklat.

"Happy birthday Nia!Cepatlaa buat permintaan wahai anak kesayangan ibu..."Mummy tersenyum ceria ke arahku.Aku cuba sedaya upaya menahan tanggis.Lilin yang menyala ditiup.Semua orang disitu menepuk tangan kagum.

"Mari Daddy suapkan Nia kek..."Daddy menyuapku dengan penuh kasih.Aku tersenyum bahagia sebelum memeluk Mummy dan Daddy.Mereka berdua membalas pelukan puteri kesayangan mereka.
.............................................................

"Nia..."

"Ya mumy?"Aku tersenyum melihat kelibat mummy masuk ke dalam bilikku.

"Tadaaa!Ni hadiah Mummy ngan Daddy untuk Nia tahu!Biar mummy yang pakaikan."Mummy membuka  kotak berisi kalung emas.Kalung emas itu mempunyai satu hati yang terukir nama 'Stevania'.

Mummy memakaikan kalung itu di leherku.

"Terima kasih mummy..."Aku memeluk mummy sekejap sebelum dia berlalu pergi dari bilikku.Aku memandang bulan yang sentiasa bersinar pada waktu malam.Ingatanku terhadap perbuatan Zack terhadapku bermain di kotak memoriku.

"Zack...aku akan membalas semua perbuatan kau berlipat kali ganda.Mulai hari ini aku secara rasminya adalah musuh kau dan kau adalah musuh aku.Aku tidak boleh dipermainkan lagi olehmu..."Aku berkata sambil menatap bintang yang bergemerlapan di langit.Esok Zack bakar meluahkan perasaannya padaku.Kesempatan yang bagus!

..........................……………………………...

Keesokan paginya di kelas...

"Stevania!"Aku berpaling ke belakang apabila terdengar suara yang amat kukenali memangil.

'Akhirnya kau muncul..."Kataku di dalam hati...

"Awak Stevania kan?"

"Ya..."Aku membalas dengan dingin.Ekspresi mukanya berubah.

"Stevania...sebenarnya saya sudah lama sukakan awak.Sudikah awak menjadi kekasih saya?"Zack mengangkat daguku supaya bertentang mata dengannya.

"Maaf...Aku sudah mempunyai kekasih.."Bohongku.Aku memulakan langkah mahu pergi dari situ tetapi Zack lebih pantas menarik pergelangan tanganku.

"A...awak jangan tipu Stevania...Dulu awaklah yang sering mengharapkan yang saya akan menyukai awak..."

"Maafkan aku Zack!Aku sudah tidak menyukai kau sejak kau tolak luahan aku dulu!Sekarang aku bahagia dengan pasangan kekasih aku.Tolong jangan ganggu aku mulai hari ini..."Aku melepaskan pegangan Zack dan berlalu pergi.Sekarang aku hanya perlu ke bilik pengetua.

Di bilik pengetua...

"Saya mahu sekat bantuan biasiswa Zack dari kelas 6-A."Aku menatap pengetua yang kusyuk membaca dokumen pelajar.Pengetua sekolah menatapku.

"Maafkan saya.Kamu tak kasihan ke kepada Zack?Dia adalah anak yatim piatu."

"Tolong hentikan biasiswa dia kalau tidak saya akan beritahu ayah saya supaya hentikan sumbangan dana sekolah.Saya ada sebab yang tertentu untuk ini..."

"Baiklah...saya faham..."Aku keluar dari bilik pengetua dengan hati yang gembira.Nampaknya misi aku akan berjaya.

'Orang yang melakukan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan berlipat kali ganda...'

Hahaha!Padan muka kau Zack...Carilah duit untuk sara diri sendiri.Sebelum melakukan sesuatu  fikir dulu...Bukan main buat je.

Aku tersenyum sinis sebelum masuk ke dalam kelas semula...

Alam SpiritualWhere stories live. Discover now