"Baiklah semua pelajar.Hari ini kita ada pelajar baharu.Pelajar baharu silakan masuk..."
Seorang gadis yang berada di hadapan pintu kelas masuk apabila disuruh cikgu.Aku terkejut melihat gadis itu.
'Tu...tu...tu gadis misteri yang selamatkan aku semalam!'Gumanku di dalam hati.Beberapa orang pelajar mulai berbisik antara satu sama lain.
"Ehh?Sape tu?"
"Comel jugak budak tu..."
"Kenapa dia berpakaian macam tu?Manusia pelik!"
"Weh!Weh!Aku dengar keluarga dia merupakan keturunan mafia dari Swetzeland!"
"Kau jangan buat lawak bodoh laa..."
"Sila memperkenalkan diri..."Cikgu Suria memandang penampilan Mika yang kelihatan pelik baginya.Suasana di dalam kelas senyap sepi seketika seolah-olah membiarkan Mika berbicara.Mika menarik nafas sebelum mengenalkan diri.
"Nama saya Syazmika Avalina.Panggil saya Mika..."
"Kamu duduk di sebelah Stevania..."
"Baik cikgu..."Mika berjalan mendekatiku yang berada di meja belakang sekali.Dia melirikku dengan senyuman manis.Aku menelan air liur kelat.Mengingat kejadian semalam membuatkan aku merasa sedikit takut akan kehadiran gadis misteri itu.
"Kau okay ke?Kenapa aku tengok muka kau pucat je?Budak-budak lelaki tu kacau kau lagi ke?Apa yang diaorang buat kat kau?"Soalan bertubi-tubi daripada Mika membuatkan muka aku semakin pucat.
"Errr...Tak!Tak!A...aku...aku cuma tak cukup tidur je...K...kau tak payahlah risau sangat..."Jawabku dengan suara tersekat-sekat.
"Sangat mencurigakan..."Perkataan yang disebut Mika membuatkan aku terbatuk.Jikalau aku minum air pasti tersedak setelah mendegar kata-kata Mika.
"Kau tak payahlaa berahsia sangat dengan aku..."Mika menepuk belakangku perlahan.
"Emm...sebenarnya aku ingatkan kau ni hantu sebab semalam aku tak nampak kelibat kau kat padang..."Soalanku disambut dengan deraian ketawa Mika yang masih diperlahankan.
"Aku bukan hantu laa...Aku guna magis."
"Apa?Apa yang kau kata!?"Aku mendekatkan telingaku dengannya.Mika mengeleng perlahan.
"Tak adalah...Aku saje je gurau.Waktu rehat nanti kita pergi ke kantin..."
"Okay!Aku tak ade masaalah!"Aku menjawab dengan senang hati.Nota yang diberi Cikgu Suria ku salin di dalam buku.
.............................................................
Semasa rehat..."Auch!Ma...maaf..."Aku tertunduk apabila Riska memandangku tajam.Tadi aku tidak sengaja melanggarnya.
Riska merupakan anak kepada tuan yang mempunyai syarikat paling terkemuka di dunia dan juga menjadi pesaing kepada syarikat ibu bapaku.Disebabkan sekolah ni merupakan salah satu sekolah elit yang terkenal di dunia dia meminta kebenaran ayahnya untuk bersekolah di sini.
Riska merupakan anak orang berada dan sering menindas pelajar-pelajar yang lemah.Riska juga sering menggunakan pelajar yang lemah sebagai hambanya.Kalau suruhannya tidak dipatuhi secara automatik dia akan disenaraikan hitam dan dibuang sekolah buat selama-lamanya.
Ramai pelajar yang cuba untuk tidak terserempak atau membuat hal dengan Riska.Bukan itu saja.Riska sanggup buat apa-apa pun sehingga lawan dia mengundur.
"Woi!Kau ni tak ada mata atau buta hah!"Jeritan Riska membuatkan keadaan di kantin sunyi sepi seperti tiada penghuninya.Aku mengeluh perlahan.
'Kenapalah aku boleh terlanggar mak cik ni...Tak pasal-pasal kena hadap pula kereneh dia..."Aku mengeluh di dalam hati."Maaf...aku tak sengaja terlanggar kau..."Aku berkata dengan dingin dan berlagak selamba.
'Ingat aku takut sangat ke kat kau?Heh,jangan mimpilah...Aku pun anak orang berada tau...'Aku sembunyi tersenyum apabila melihat wajah Riska yang kelihatan tegang.
"Weh!Beraninya perempuan tu!"
"Kalaulah aku boleh jadi dia..."
"Tu bukan Stevania ke?"
"Habislah dia kali ni..."
"Aku dengar Senior Stevania merupakan anak berada dan memiliki syarikat yang terkemuka di dunia.Dan yang paling mengejutkan syarikat milik ibu bapa mereka merupakan pesaing yang paling sengit!"
"Kauuu!Kau minta maaf dengan aku baik-baik!Kalau tidak aku akan buang kau dari sekolah ni!"Riska merenungku seperti mahu menelan ku hidup-hidup.
'Mak cik ni main ugut-ugut lah pulakkkk!'
Aku dengan rasa malasnya mebongkokan sedikit badan dan meletakkan tangan kiri kebelakang seperti memberi tanda terimakasih selepas persembahan berakhir.
"Maafkan patik yang mulia!"Sengaja aku menekankan perkataan 'yang mulia' di hadapannya.Nampak sangat aku sedang memerlinya sekarang.
"K...kau!"
"Ya yang mulia?"Aku berkata dengan ceria sambil tersenyum sinis.Beberapa orang pelajar di situ ketawa kecil.
"Sebagai tanda mnta maaf kau kena beli lima humberger guna duit kau!"Riska tersenyum sinis kearahku.Mataku terbuntang mendengar permintaan Riska.
"Aiih? Yang mulia nak diet ke gemukkan badan?"Soalanku disambut dengan deraian ketawa pelajar yang ada di situ.
"Kau!Kau tak guna!"Riska mahu menamparku tapi ditahan oleh Mika.Mika megenggam pergelangan tangan Riska dengan kuat sehinggakan Riska mengaduh kesakitan.
"Kau jangan sentuh dia kalau tak aku akan patahkan lengan kau!Kau faham ke tidak?Sekarang lebih baik kau berambus!Kau tahu kan yang aku ni siapa?"Aura membunuh Mika sangat menyerlah sehinggakan satu kantin terasa begitu seram dan juga gelap.Riska meneguk air liur apabila merenung anak mata Mika yang berwarna ungu gelap itu.
"Fine!Aku kalah!Tapi tak semestinya aku akan kalah berturut-turut!Kau tunggu je laa!"Riska berlalu pergi dari situ.Beberapa orang pelajar mendekati Aku dan Mika.
"Wahh!Hebatlah korang berdua ni!"
"Cool gila Mika tadi..."
"Korang berdualah idola aku!"
"Stevania!Kau memang hebat!"Mereka tidak habis-habis memuji aku dan Mika.Kami berdua hanya tersenyum dan cuba menenagkan mereka.
YOU ARE READING
Alam Spiritual
FantasyStevania Adeliana merupakan seorang gadis periang yang tidak memiliki rakan atau sahabat dari kecil.Dia adalah anak tunggal ibu bapanya.Sejak kecil lagi dia dilarang oleh ibu bapanya agar tidak pergi jauh dari rumah.Mereka mempunyai sebuah syarikat...