"Heh!"Mika tersenyum seram sebelum menghilang menjadi asap.Empat orang lelaki itu bekeliaran mencari kelibat Mika.Peluh yang semakin berkeringat dikesat.Aku berasa sejuk seram apabila melihat kejadian tadi.Serentak itu Mika muncul di belakang mereka.
"Matilahh kau!"Mika menumbuk mereka berempat dari belakang.Mereka tidak dapat mengelak lalu terhempap dinding sehinggakan dinding itu pecah.Mika kemudian melirikku perlahan.Aku mengundur kebelakang perlahan-lahan apabila memandang wajah Mika yang sangat menyeramkan.Tanpa berlenggah aku mula berlari meninggalkan Mika.Mika sepantas kilat mengejarku.
Aku menoleh kebelakang perlahan-lahan."Mummy!Daddy!Tolonggg!!"Aku menguatkan lagi larianku apabila Mika berusaha mahu mengejarku.Semakin takut aku dibuatnya apabila melihat mata kiri Mika yang bercahaya terang.
"Kau tak boleh lari!"Jerit Mika keras.Mika mengeluarkan satu cahaya bewarna hitam dari jarinya.Cahaya hitam itu meluru laju kehadapan dan mebentuk seperti portal di hadapanku.Aku cuba sedaya upaya untuk memberhentikan larian namun sayangnya aku telah pun masuk ke dalam portal itu.
"Aduhhh!"Aku menjerit apabila terlanggar pokok di hadapanku.Aku rebah di atas tanah kerana pening akibat hentakan yang boleh tahan kuat.
"Aduhhh...malang sungguh nasibku hari ini..."Aku tersenyum senget dan cuba berdiri perlahan-lahan.Tiba-tiba kedengaran derap kaki dari arah belakangku.Aku melihat ke belakang dengan pantas.Sayangnya tiada sesiapa di situ.Portal tadi juga sudah menghilang sebelum Mika turut masuk.
Aku membetulkan rambutku yang kusut.Terkejut aku apabila satu anak panah terbenam di batang pokok tempat aku berada.Beberapa makluk seperti manusia berpakaian serba hitam mengepungku.Aku tidak dapat melihat muka makhluk-makhluk itu.
'Tamatlah riwayat aku...'Aku mengeluh.Dalam hati aku berasa sangat menyesal kerana tidak mempelajari ilmu mempertahankan diri.Apalah nasib aku.
Mereka semakin mendekatiku dengan senjata masing-masing seolah sedang berhadapan dengan musuh.Aku menutup mataku rapat apabila mereka mula menyerangku.
'Aik?Tak sakit pun?'Aku membuka mata perlahan-lahan.Seorang lelaki berambut merah dan bermata biru gelap sedang menagkis serangan makhluk yang berpakaian serba hitam itu.
'Ah,hensemnya dia!'Aku terus menerus merenung lelaki itu.Meskipun lelaki itu menutup hidung dan mulutnya menggunakan kain bewarna hitam aku masih dapat membayangkan rupanya.
'Ah!Apa yang kau fikir ni Stevania Adeliana!Tak!Tak!Tak!Kau tak boleh simpan perasaan terhadap orang yang tidak dikenali!'Aku mengeleng kepala berkali-kali.lelaki itu yang perasan akan perbuatanku nenegur.
"Hei gadis bodoh!Kau okay ke?"
"Ehhh?"Aku terkaku saat mendengar suaranya.Huh!Kasar sungguh bahasanya.
"Aku okay!"Aku berpaling ke arah lain dan cuba tidak melihat lelaki itu lagi namun mataku tetap juga mahu menatap wajahnya.Lelaki itu menyerang makluk di hadapannya menggunakan pedang.Tidak lama kemudian makhluk-makhluk serba hitam itu melarikan diri.
"Kau pulanglah...Banyak makhluk dan roh jahat yang berkeliaran pada masa ini..."lelaki itu mula berjalan meninggalkanku.Aku pantas menarik lengannya.
"Hey!Apa yang kau buat gadis bodoh!"Lelaki itu cuba melepaskan peganganku.Aku mengeratkan lagi pegangan.
"Tolong bawa aku pulang bersama kau.A...aku tak tahu aku kat mana.Aku cuma tersesat jadi aku mohon tolong jaga aku mulai hari ini..."Aku menayangkan wajah comel meminta simpati kepadanya.Lelaki itu menarik kasar lengannya.
'Nak tolong ke tidak?Lihat daripada penampilan dia sepertinya dia orang baik.Ahh!Tolong je lah!'Lelaki itu bermonolog di dalam hati.Akhirnya setelah dia berfikir lama dia setuju.
"Baiklah!Aku setuju tapi dengan satu syarat!Kau kena jaga tingkah laku kau dan jangan sesekali pegang aku atau ape-apelah yang aku tak suka.Deal?"
"Deal!"Aku tersenyum nipis.
"Nama aku Stevania Adeliana.Panggil aku Stevania..."
"Oh...rupanya kau ada nama ya gadis bodoh...Apa-apapun nama aku Rion."Aku mendengus geram apabila mendengar perkataan 'gadis bodoh' yang diungkapnya.Ingin saja aku menumbuk wajahnya.
"Ehem ehem!Hello encik berambut merah,nama saya Stevania bukan gadis bodoh!"Aku mengetap bibir geram apabila lelaki itu hanya berbuat bodoh.
"Aku lagi suka panggil kau gadis bodoh kerana kau tidak mahir seni mempertahankan diri tetapi berani menjejakkan kaki di kawasan yang dihuni makhluk kegelapan.Itu adalah tindakan yang paling bodoh yang pernah aku lihat.Sekarang lebih baik kau duk diam-diam dan ikut aku sebelum aku tinggalkan kau.Faham?"
"Ceh!"Aku mengetap bibir geram mendengar bebelan Rion.Aku dengan cepat mengikuti langkah Rion.
YOU ARE READING
Alam Spiritual
FantasyStevania Adeliana merupakan seorang gadis periang yang tidak memiliki rakan atau sahabat dari kecil.Dia adalah anak tunggal ibu bapanya.Sejak kecil lagi dia dilarang oleh ibu bapanya agar tidak pergi jauh dari rumah.Mereka mempunyai sebuah syarikat...