"Selamat pagi Stevania!"sapa Keyla ramah.Aku membalasnya sambil menguntumkan senyuman tawar."Selamat pagi..."Aku duduk di atas kerusi yang disediakan di dapur.Kelihatan Luna sudahpun berada di situ terlebih dahulu.
"Selamat pagi Luna!"Sapaku apabila Luna memandangku.
"Selamat pagi..."Balasnya dingin.Tiada langsung senyuman yang terukir di bibirnya.
Di ruang tamu...
Reon p.o.v
'Tok!Tok!Tok!'Bunyi ketukan di pintu menandakan seseorang telah datang.Aku bangun dari dudukku.Tombol pintu dipulas.
"Eh?Kau!Kau buat apa kat sini?"Aku terkejut apabila terlihat seorang gadis berambut perang kemerahan.Anak mata kanannya berwarna ungu manakaka anak mata kirinya bewarna merah.Gadis itu memakai gaun bewarna hitam dan menutup sedikit rambutnya dengan kain hitam.
"Aku nak jumpa dengan Stevania..."
"Huh!Buat apa kau jumpa dia?"Aku menatap wajah gadis itu dalam.Gadis itu mengeleng wajah perlahan.
"Aku ada benda yang perlu dibincangkan dengan Stevania.Benarkan aku masuk sebelum aku bocorkan rahsia kau putera..."
"Okay!Okay!Masuklah!Stevania ada kat dapur!"Aku memberinya laluan untuk masuk.Gadis itu dengan cepat ke dapur.
"Fiuhh...Bahaya betul gadis tu...Harap je pengikut kesayangan yang mulia Pemaisuri Qinara..."Aku turut ke dapur juga melihat apa yang terjadi.
End Reon p.o.v
............................................................."Stevania..."
"Hmm..."Aku berpaling ke arah yang empunya suara.Mataku terbeliak melihat seorang gadis yang ku kenal di hadapanku.
"M...Mika!"Aku berdiri perlahan-lahan.Luna dan Keyla yang berada di situ terkejut dengan kehadiran Mika secara tiba-tiba.Siapa tidak kenal Mika.Seorang pengikut kesayangan yang mulia Pemaisuri Qirana yang tinggal bersama yang mulia di istana.
"Stevania...Aku ada benda nak cakap dengan kau..."Tanpa berlenggah Mika menarik lenganku sehingga kami berada di Taman berhampiran dewan latihan.
"Stevania...Mari ikut aku ke Kerajaan Kriswati..." Mika megenggam tanganku erat.
"B...buat apa?"Tanyaku tergagap-gagap.Aku masih lagi trauma dengan kejadian hari itu.
"Pemaisuri Qinara nak jumpa dengan kau...Semasa di dunia manusia aku diperintahkan oleh Ratu Alam Spiritual untuk bawa kau ke sini..."
"Ap...apa maksud kau?"
"Kau akan tahu tak lama lagi jadi marilah ikut aku..."Mika merenungku dengan tatapan dingin.Aku memandang Reon yang bersandar di dinding sambil memerhati kami berdua.
"Emmm...okay..."Balasku perlahan.Tanpa membuang masa kami berdua meminta izin dari sahabat-sahabatku untuk ke Istana Kriswati supaya mereka tidak risau.Semua setuju kecuali Reon.Entah apa yang dibincangkan Mika dengan Reon sehingga perlu berbicara jauh dariku dan yang lain.Akhirnya Reon setuju juga.
Di Istana Kriswati...
"Yang Mulia mahu berjumpa dengan kamu berdua.Sila ikut saya..."Seorang pengawal istana menegur kami sewaktu kami melangkah masuk ke dalam istana.Kami berdua mengikutinya dari belakang.
"Selamat datang Mika dan Stevania.Silakan duduk bersama beta.Kita bersantap dahulu..."Ujar seorang gadis di dapur istana.Aku terkagum melihat kecantikan seorang wanita yang sedang tersenyum mesra.Rupanya ada iras-iras aku.Rambutnya bewarna putih sliver dan anak matanya bewarna kuning keemasan.Aku dan Mika duduk dengan sopan.Entah mengapa aku berasa sedikit kekok.
"Mika..."
"Hmm..."
"Bagaimana keadaan anakanda beta?Apakah dia menanyakan sesuatu tentang beta?"
"Dia sihat dan tidak menanyakan apa-apa tentang tuanku..."
"Hishh!Bertuah punya anak!Tahulah beta mahu mengajarnya nanti!"Aku berkerut apabila mereka berdua berbisik-bisik tentang sesuatu.
"Stevania?"
"Eh?Emm...Ya yang mulia?"
"Kenapa kamu berdiam diri?Marilah kita bersantap..."
"Ba...baiklah yang mulia..."Aku melihat makanan yang terhidang di atas meja.Salad buah segar dihadanku membuatkan perutku berkeroncang.Aku pantas menyedok salad buah itu ke dalam mangkuk kecil.
"Kamu suka makan salad buah?"Soal Pemaisuri Qirana.Aku mengangguk.
"Ya yang mulia...Ibu dan Ayah saya sering hidangkan Salad buah segar setiap kali waktu sarapan..."
"Persis seperti ibu kandungmu..."ujar Pemaisuri perlahan namun masih dapat didengariku.
"I...ibu kandung saya?"
"Ya tetapi malangnya ibu kamu ditangkap oleh Raja kegelapan.Ayah kamu pula sibuk dengan jawatannya sebagai seorang Raja Kerajaan Glacier.Mereka berdua mempunyai anak iaitu kamu tetapi malangnya kamu hilang ketika kamu berusia satu tahun.Sepatutnya sekarang kamu dilantik sebagai Pemaisuri Kerajaan Glacier tetapi dengan syarat berkakwin kecuali peganti pentadbiran untuk sementara..."
"Tu...tuanku...Anda pasti salah kan?Ibu bapa saya sekarang berada di alam manusia dan saya juga adalah manusia.Saya tiada keluarga kerabat diraja.Nama saya Stevania Adeliana dan saya adalah manusia biasa.Tolong hantar saya balik ke dunia saya!"Aku berkata dengan lembut tapi tegas.Pemaisuri mengeluh perlahan.
"Stevania...saya tidak bergurau!Nama sebenar kamu adalah Allyna Adeliana!Kamu adalah puteri tunggal Kerajaan Glacier dan kamu juga tunang kepada Anakanda beta Putera Reon Hatsuki!Buktinya kamu adalah puteri yang mulia kakanda Adeliana adalah simbol kelahiran di bahu kiri kamu!Kalau kamu perasan simbol kelahiran kamu berbentuk seperti Bunga Salji!Kamu tidak boleh menafikan ini Stevania atau lebih tepat lagi Allyna!"
Aku terkedu mendengar penjelasan pemaisuri yang panjang lebar.Pemaisuri menekup mulutnya.Tidak sangka rahsianya akan bocor begitu sahaja tanpa diminta.
"Apa maksud tuanku saya dah bertunang?"Aku melirik ke arah Pemaisuri Qinara.
"Haihh...Kalau betul kamu nak tahu Reon Hatsuki adalah anakanda sulung beta manakala Raina Hatsuki adalah anakanda bongsu beta.Masing-masing sudah bertunang.Ibu kamu iaitu Pemaisuri Adeliana Fina adalah sepupu rapat beta sejak kecil.Kami juga merupakan saudara susuan.Disebabkan kerajaan dia jauh daripada kerajaan beta persaudaraan kami semakin jauh.Supaya kami dapat mengekalkan persaudaraan,kami bersama-sama tunangkan kamu dengan Reon manakala Raina pula dengan anak angkat ibu kamu iaitu Nick..."
Muka aku memerah bagai tomato apabila mendengar penjelasan pemaisuri.Aku rupanya tunang si landak tu.Eh?Ni tak boleh jadi!Ni tak boleh jadi!Aku tak suka si landak tu!Dia dah kenakan aku!
"Emm yang mulia?Boleh tak yang mulia putuskan tali pertunangan kami?"Aku memberanikan diri untuk bertanya sedimikian rupa walhal aku tahu pemaisuri akan pantas menolak.
"Maaf!Beta tak akan putuskan tali pertunangan kamu.Beta tahu kenapa kamu nak putuskan pertunangan.Mesti Reon ada kenakan kamu kan?"Aku tersentak dengan tekaan pemaisuri yang benar itu.Aku hanya berdiam diri.
"Betul la tu...Kamu tidak usah risau kerana lama-lama Reon mesti berlembut dengan kamu..."Pemaisuri mengukirkan senyuman ke arahku.Aku menelan air liur kelat.
'Habislah aku lepas ni!'Gumanku di dalam hati.
YOU ARE READING
Alam Spiritual
FantasyStevania Adeliana merupakan seorang gadis periang yang tidak memiliki rakan atau sahabat dari kecil.Dia adalah anak tunggal ibu bapanya.Sejak kecil lagi dia dilarang oleh ibu bapanya agar tidak pergi jauh dari rumah.Mereka mempunyai sebuah syarikat...