"Pelajar diminta memilih pasangan masing-masing untuk acara tari menari..."Semua pelajar mulai berpusu-pusu mencari pasangan masing-masing.Aku turun dari pentas dan segera mencari kelibat Rion dan yang lain.Aku berdiri beberapa meter daripada Rion kerana beberapa orang menghalangi jalanku.Aku dapat lihat Riska sedang bercakap sesuatu dengan Rion.Mungkin dia sedang mengajak Rion untuk menjadi pasangannya.
Rion p.o.v.
"Kau nak apa?"Aku bertanya dengan nada sedikit tinggi apabila Riska menempel disebelahku sambil memegang lengan bajuku seperti kucing parsi.
"awak janganlah marah...Saya cuma nak menari dengan awak je..."ujar Riska dengan nada gedik.Terjongket-jongket bahuku mendengar suara gedik Riska.
"Sorry...aku dah ada pasangan untuk acara tari menari....kau cari orang lainlah..."Aku menarik lenganku daripada dipegang Riska.Di balik keramaian aku terlihat kelibat Stevania yang berusaha datang kearahku.Aku segera pergi kearahnya tanpa memperdulikan panggilan Riska.Aku menarik tangan Stevania agar mengikutiku.Riska mengetap bibir geram apabila melihatku memegang tanggan orang yang dibencinya.
"Buat apa bawa dia kesini?"Tanya Riska dengan rasa kurang senang.
"Dia pasangan aku...kau boleh cari orang lain..."Riska mengetap bibir geram.
"Kenapa awak pilih dia sebagai pasangan awak?"
"Bukan urusan kau...Kau boleh cari orang lain sekarang dan jangan ganggu aku lagi..."Riska berlalu pergi dengan rasa geram yang teramat.Sempat lagi dia menjeling tajam kearah Stevania.
End Rion p.o.v.
Aku buat tidak endah jelingan tajam Riska.Aku menarik tanganku daripada tangan Rion.
"Kau dah ada pasangan tari menari ke?"
"Hah?Oh...takde...kenapa?Kau nak ajak aku menari ke?"Tanyaku.
"Mungkin?"Rion tersenyum senget.
"Acara tari menari bermula sekarang!"Muzik dimulakan oleh pemain muzik apabila mendapat isyarat daripada guru yang bertugas.Masing-masing mulai menari dengan pangsangan mereka sementara aku dan Rion masih berdiam diri.
"Do you want to dance with me?"Rion menghulurkan tangan kepadaku.Aku memandang muka dan tangannya silih berganti.
"Kau nak menari dengan aku?Biar betul?Kau tak sihat ke hari ni?"Aku menyerangnya dengan bertubi-tubi soalan.Tanpa kuduga Rion menjentik dahiku kuat.
"Sakitlahh landak!"
"Kau tulahhh yang suka cari pasal dengan aku!Aku ajak kau menari supaya kita tak adalah canggung sangat kat sini bukannya ada sebab lain!Sekarang ni kau nak menari dengan aku ke tak?"Rion mengetap bibir melihatku yang sengaja buat bodoh.Tangannya masih tidak disambut dari tadi.
"Yelahh!Yelahh!"Dengan terpaksa aku menyambut tangannya.Kami mulai menari di kalangan orang ramai.Hampir seluruh pasangan yang sedang menari memberi ruang untuk kami berdua.Kami mula diberi perhatian sehingga mereka semua mengelilingi kami dan menjauhkan diri sedikit untuk memberi ruang.
"Orang ramai dah beri perhatian kat kitalah...macammana ni?"Ujarku sedikit berbisik.
"Biarlah...ada aku kesah pasal diorang?"Jawab Rion selamba.Dia mengangkatku ke atas membuatkan aku sedikit terkejut.Buat seketika waktu mata kami bertentangan.Kami mula menari dengan lebih rancak.Beberapa orang diantara mereka bersorak.
Tanpa kusedari Zack memandang kami dengan riak tidak puas hati.Entah kenapa Zack merasa sangat kesal melihat kemesraan yang ditojolkan oleh pasangan di hadapannya.Apabila muzik berhenti kami juga berhenti menari.Tepukan dan sorakkan gemuruh mulai bergema di dewan itu.
"Nampaknya kita sudah tahu keputusan acara tari menari pada malam ini.Diminta pasangan kekasih yang menarik pemerhatian ramai tadi untuk tampil ke hadapan!"Guru Saly menepuk tangan diikuti dengan yang lain.Aku menarik nafas panjang dan melepaskan nafas perlahan-lahan.Aku dan Rion naik ke atas pentas dengan rasa terpaksa.Siapa sangka kami hanya menari agar tidak berasa canggung sangat berada di situ tetapi malah tarianku dan Rion menjadi pemerhatian ramai.
Cg Saly meletakkan mahkota bertahtakan belian itu elok di atas kepalaku dan juga Rion.Sinaran cahaya lampu yang terkena mahkotaku membuatkan ia berkilauan.Mulai pada saat itu kami berdua mendapat gelaran raja dan ratu tarian.Sekali lagi dewan itu gemuruh dengan tepukan dan sorakkan.Kami turun dari pentas menuju ke arah Keyla dan yang lain yang setia menunggu.
"Wah!Tak sangka betul aku kau menari dengan orang yang kau 'benci' selama ni..."ujar kay dengan nada memerli.Rion mencerlung kearahnya.
"Kau diamlah!"
"Gempaklahh tarian korang tadi...macam pasangan yang dilamun cinta..."Keyla tersenyum nakal kearahku dan Rion.Tidak semena mena wajahku merona merah.
"M...mana ada!"
"Aku menari dengan dia kerana terpaksa...Bukan ada makna lain okay!"Rion memberi jelingan maut kepada Kay dan yang lainnya yang tak habis-habis tersenyum seperti kerang busuk.Senyuman mereka automatik mati.Taknaklah kena 'baham' dengan si singa seperti Rion yang panas baran tahap harimau.
"Stevania..."Seorang gadis memangilku dari belakang.Aku menoleh ke arah tuan yang empunya suara.
"Zann!"
"Yup!Aku nak tanya something pasal hal yang kita pernah berbual beberapa hari yang lepas.Kau kata kau ada benda nak cakap?"
"Oohh...pasal tu...Kau boleh tunggu kitaorang di kafe mutiara tak esok?Aku dan kawan-kawan aku ada hal penting yang melibatkan kau..."
"Okay...dalam pukul 9 pagi kita jumpa..."
Selepas majlis perpisahan selesai aku dan yang lainnya mengambil keputusan untuk pulang kerumah dengan menggunakan kuasa teleportasi Rion.Keadaan di ruang tamu rumahku sangat gelap.Mungkin mummy dan daddy sudah tidur di bilik mereka.Kami menaiki tangga perlahan-lahan agar tidak mengejutkan mrrek ayang sedang tidur.
Setelah mengucapkan selamat malam kami masuk ke dalm bilik masing-masing.
Situasi di dalam bilik lelaki...
Setelah menukar pakaian,kay merebahkan diri ke atas katil.Manakala Alex dan Kouta masih memakai pakaian acara tari menari.Rion pula merenung syiling bilik dengan pandangan kosong.
"Weh Rion!Terbaiklah tarian kau dengan 'dia' tadi...Siap dapat gelaran raja dan ratu tarian..."Kay berkata sambil ikut melihat syiling.Rion mengerling Kay dengan ekor matanya.
"Aku menari dengan dia supaya tak adalah kita canggung sangat ada kat situ.Yelah...orang lain menari dengan pasangan masing-masing sedangkan kami hanya jadi pak pacak kat situ..."
"Yelah tu...ke kau ada makna lain?"Kouta yang tertarik dengan perbualan mereka mula memberi andaian.Rion mengeleng perlahan.
"Dah berbuih mulut aku ni cakap yang aku tak ada makna lain masa menari dengan dia...mustahillah aku boleh feel in love dengan dia.Paling rapat yang aku mampu hanya sekadar kawan.Tapi aku rasa aku dengan dia tak nampak macam kawan pun..."
"Kalau betul kau tak feel in love with her kenapa korang menari macam pasangan dilamun cinta.Menari sambil menatap antara satu sama lain..."Kay tersenyum nakal ke arah Rion.Pipi Rion merah sedikit mendengar kata-kata.
"Kau nak kena bunuh dengan aku ke?"Ujar Rion dengan nada mesra dan senyuman seperti malaikat maut yang sedia mengambil nyawa sahabat-sahabatnya.Kay meneguk air liur yang terasa berpasir apabila melihat wajah Rion yang bertukar seram tu.Dengan cepat Kay menggeleng dan menarik selimut menutupi kepala.Kouta pula sudah lama cabut selepas melihat wajah 'malaikat maut' sahabatnya.
Diorang sangat takut akan ekspresi yang ditonjolkan Rion ketika lelaki itu dalam mod tertekan,tidak ingin diganggu atau sebagainya.Mereka masih sayangkan nyawa mereka lagi.Tidak sanggup mereka mengorbankan nyawa oleh kerana satu hal yang bod*h.
YOU ARE READING
Alam Spiritual
FantasyStevania Adeliana merupakan seorang gadis periang yang tidak memiliki rakan atau sahabat dari kecil.Dia adalah anak tunggal ibu bapanya.Sejak kecil lagi dia dilarang oleh ibu bapanya agar tidak pergi jauh dari rumah.Mereka mempunyai sebuah syarikat...