The Dark Devil

149 14 4
                                    

Zack menendang tong sampah yang berada di hadapnnya.Dia sekarang ini sangat marah dan kecewa akan perbuatan Stevania terhadapnya.Dia melui satu lorong yang agak gelap dan sunyi.Tiba-tiba Zack secara tidak sengaja terlanggar seseorang.Dia jatuh terduduk.

"Kau tak apa-apa?"Seorang lelaki yang memakai blazer bewarna hitam dan berambut putih menghulurkan tangan kepada Zack.Zack mendongak untuk melihat yang empunya suara.

"Aku tak apa-apa!"Zack segera bangun dan menepuk-nepuk seluar yang penuh dengan debu pasir.Lelaki itu tersenyum melihat wajah kekecewaan yang terpancar pada wajah Zack.

"Kau marahkan seseorang ke?"Duga lelaki itu.

"Kalau ya pun kenapa?Tak ada kena-mengena dengan kau pun kan?"Zack menjeling lelaki itu sebelum melangkah setapak demi setapak meninggalkan tempat itu.Panggilan daripada lelaki itu membuatkan Zack berhenti dan menoleh ke belakang.

"Kau nak balas dendam kat seseorang ke?Aku boleh bantu..."Lelaki itu tersenyum.Zack pula tersenyum sinis.

"Kau?Nak tolong aku?Macammana?"

"Dengan menjadi mahluk seperti aku..."

"Apa yang kau merepek ni?Jangan nak main-main dengan aku boleh tak!"

"Aku tak main-main kalau kau nak bukti aku boleh tunjukkan!"Lelaki itu kemudiannya mengeluarkan evenya.Evenya berupa bayang-bayang seekor burung phoenix raksasa.Zack mengundur ke belakang perlahan-lahan.

"Ap...apa..."Zack berusaha untuk lari namun bayang-bayang burung phoenix milik lelaki itu segera mencengkam Zack.

"W...woi!Lepaskan akulahh!"Zack meronta-ronta dari cengkaman burung itu.Tubuhnya berasa sakit saat ini.Lelaki itu tersenyum sinis.

"Lepaskan kau?Hahahahaha!Selepas kau tahu segala-galanya ingat senang-senang je aku nak lepaskan kau?Jangan mimpi!Ohhh!Aku lupa nak kenalkan diri kat kau...Nama aku Calvin...Aku adalah Ghoul berkuasa gelap yang memerintah kumpulan The Dark Devil."

"Ap...apa maksud kau ni?Aku tak fahamlah!Ghoul?Mahluk apa tu?"Zack berkerut tanda tidak faham.

"Dark Phoenix!Lepaskan dia!"Arah Calvin...Burung Phoenix itu melepaskan cengkaman dan meluru ke arah tuannya.Zack tercungap-cungap.

"Aku akan terangkan sikit pasal Ghoul dan Kumpulan The Dark Devil.Ghoul adalah mahluk seperti manusia yang memiliki eve sebagai pertahanan diri.Eve aku Dark Phoenix.Makanan sebenar ghoul adalah daging manusia tapi bagi aku setitis darah manusia sudah cukup..."Zack menelan air liur kelat dan mengundur kebelakang namun badannya terlanggar sesuatu dibelakang.Apabila dia melihat ke belakang tiada apa apapun yang dilangarnya.Dia menyentuh permukaan untuk mengenal pasti.Dia dapat rasakan seolah-olah ada dinding halimunan di belakangnya!

"Jangan risau...aku tak akan makan kau sebelum kau dengar semua penjelasan aku...Kumpulan The Dark Devil ialah kumpulan yang terdiri daripada empat orang termasuk aku.Mereka semua adalah ghoul yang memiliki kekuatan yang luar biasa.Mereka juga tak memerlukan daging manusia untuk menjadi makannya.Satu botol darah manusia cukup untuk seminggu.Jadi..."Calvin menghunuskan pedang yang muncul di tangannya di leher Zack.

"Aku tak akan bunuh kau kalau kau bersetuju untuk jadi ghoul seperti kami dan bergabung dengan Kumpulan The Dark Devil.Jangan risau...Kami akan jadikan kau seorang yang sangat kuat sehingga mampu untuk melunaskan dendam kau dan mendapatkan cinta yang diidamkan kau....Jadi macammana?Kau setuju atau tidak?"Calvin memandang Zack dengan senyuman yang sukar ditafsirkan maksudnya.Pedangnya masih berada di leher Zack.Kalau Zack menolak maka kepalanya akan dipancung oleh Calvin.

Zack berfikir sejenak.Jikalau dia menolak maka kepalanya akan dipancung manakala darahnya akan dijadikan sebagai makanan para ghoul.Kalau dia terima maka dia akan menjadi ghoul pemakan daging dan darah manusia.Apabila difirkikan terasa menjijikkan pula memakan makanan sebegitu.Ada baiknya dia menjadi Ghoul.Dia akan menjadi berganda lebih kuat dari manusia.

"Jadi apa jawapan kau?"

"Ja...jawapan aku adalah....emm....a...aku akan jadi ghoul dan ikut serta kumpulan kau!"Kata Zack dengan penuh yakin.Calvin tersenyum.Pedangnya diturunkan dari leher Zack kemudian pedang itu hilang dengan sendirinya.

"Bagus!Sekarang ikut aku..."Dark Phoenix bertukar menjadi lingkaran hitam bulat seperti portal menuju ke dunia lain.Zack hanya mengikut dari belakng.Setelah memasuki portal itu dia dan Calvin berada di hadapan sebuah bangunan yang mirip istana.

"Osuzumosu sama!"(bahasa jepun)

"Jangan panggil aku macam tu...Macam ni ke cara hormat bos hah!"

"Oopsss!Sorry~~~"Seorang gadis berambut pendek tersenyum.Tidak takut langsung akan teguran tegas Calvin.

"Calvin..."Seorang lelaki berambut putih yang memakai hoodie menegur Calvin sambil mengendong seorang gadis dalam lingkungan 15 tahun.

"Apa yang terjadi kepada Misora?"

"Nampaknya sel-sel badannya mulai terbakar dan hancur...kita perlu dapatkan energy murni manusia sekarang juga kalau tidak nyawa Misora tidak dapat diselamatkan!"

"Bertenang Jack...Aku dah dapatkan energi murni manusia..."

"Maksud kau?"Lelaki yang bernama Jack itu memandang Zack yang berada di sebelah Calvin.

"Dia ni...manusia?"

"Ya!Dia setuju buat perjanjian dengan kiata..."

"Perjanjian?Apa maksud kau ni?"Zack memandang Calvin dengan muka yang berkerut.

"Maaf...aku lupa nak bagitahu kau tadi...Bila kau setuju nak jadi ghoul maka satu energi terkuat yang ada di dalam tubuh seorang manusia yang dikenali sebagai energi murni akan jadi bayarannya...Dengan energi murni manusia kami dapat menghidupkan sel-sel yang telah mati.Bukan tu je,dengan energi murni milik manusia juga kekuatan mahluk yang menyerap energi tersebut akan menjadi berkali ganda lebih kuat dan hidup abadi."

"Apa yang terjadi kalau aku dah tak ada energi murni?"

"Hmm...mungkin kau susah sikit nak control kekuatan kau nanti dan tubuh kau melemah tanpa setitis darah manusia..."

"A...aku..aku tak yakinlahh dengan apa yang aku buat ni..."ujar Zack sedikit gagap.Calvin memberi tatapan tajam.

"Kau jangan kata yang kau nak batalkan perjanjian kalau tak aku akan bunuh kau..."

"Ta...tapi...aku rasa tak yakin manalah..."Zack menundukkan keoalanya.

"Jack!"Calvin memeberi isyarat mata.Jack mengangguk tanda faham apa yang cuba Calvin sampaikan.Bepuluh-puluh rantai besi muncul kearah Zack laju.Zack berusaha untuk mengelak namun rantai-rantai besi itu berhasil mengikat kaki dan tangannya.

"Ap...apa yang..."

"Disebabkan kau ni kurang keyakinan untuk jadi ghoul aku terpaksa tahan kau buat sementara waktu...energi murni manusia akan hilang apabila manusia tu mati jadi aku tak akan bunuh kau selagi kau tak jadi ghoul sepenuhnya...Kamu semua ikut aku..."Mereka berdua mengangguk dan mengikuti Zack dan Calvin dari belakang.

Apabila mereka tiba di satu tempat yang luas dan besar Calvin menolak Zack ketengah-tengah kwasan itu.Di setiap sisi tempat itu mempunyai patung berupa raksasa phoenix dan mahluk-mahluk yang lainnya seperti Ogree.

"Nama tempat ni ialah 'Dewan Roh Suci'...Kami akan jadikan kau Ghoul di sini..."

Rantai-rantai besi yang melilit kaki dan tangan Zack tadi menarik antara satu sama lain membuatkan Zack terangkat ke atas.

"Mari kita mulakan..."Jack dan Lili mengangguk.Jack meletakkan tubuh Misora di hadapan Zack.Mereka berpegangan tangan dan mengungkapkan satu perkataan.Tubuh Zack mulai bersinar keemasan.Kelihatan seperti debu-debu keemasan yang keluar dari badan Zack.Debu-debu itu berkumpul menjadi satu dan masuk kedalam badan Misora.Debu-debu keemasan itu mulai menghilang.

Wajah Misora menjadi lebih baik.Badannya juga tidak kelihatan seperti sebelumnya.Tubuh Zack mulai melemah seperti tiada tenaga.

"Arghhh!!"Zack mengerang kesakitan apabila satu benang halus bewarna hitam milik Calvin menusuk dadanya dan mengikat jatungnya dari dalam.Tanpa belas kasihan Calvin menarik jangtung Zack keluar dari badan.Darak membuak-buak keluar membuatkan Zack kehilanfan kesedaran.

Calvin mengambil sesuatu dari bungkusan yang diberi Lili lalu diletakkan 'benda' itu di bahagian jangtung Zack.Mereka bertiga membacakan satu mentera sihir gelap.Bahagian jangtung Zack mulai pulih dan lukanya pun beransur pulih.Buat masa itu Zack tidak lagi bernafas.

Bersambung part 2...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 18, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Alam SpiritualWhere stories live. Discover now