Di kelas 6-A...
"Selamat pagi kepada semua pelajar.Silakan duduk...Hari ni kita ada pelajar baru...Silakan masuk pelajar baru!"Cikgu Silvi mengarahku dan yang lainnya masuk ke dalam kelas.Suasana mulai riuh-rendah.Kami masuk ke dalam kelas dengan langkah yang diperlahankan.
"Stevania!!"Sekelompok pelajar mulai menuju kearahku dan menyerangku dengan bertubi-tubi soalan.Terdapat riak tidak percaya dan risau di kalangan pelajar-pelajar di kelas itu.
"Stevania!K..kau hilang ke mana selama ni?Kami risaukan kau tahu tak..."
"Stevania!Kau okay ke?Apa yang terjadi semasa kau hilangkan diri?"
"Stevania!Siapa diaorang tu?"Pandangan mahluk di dalam kelas itu mula tertuju ke arah tujuh pelajar baharu yang masih tercegat tanpa berbicara.
"Semua pelajar diminta duduk!Se.ka.rang!!"Suara Silvi bergema di setiap sudut kelas.Pelajar-pelajar tadi terburu-buru duduk di tempat masing-masing.Cikgu Silvi membetulkan kaca matanya sebelum menyuruhku duduk di tempat dudukku manakala mereka bertujuh perlu mengenalkan diri terlebih dahulu dimulai dari Rion.
"Nama aku Rion Thutsbasa.Panggil aku Rion.Selamat berkenalan..."
"Hai!Nama aku pula Zakay Zay!Panggil aku kay!Selamat berkenalan..."
"Hello.Aku kouta.Selamat berkenalan..."
"Alex.Selamat berkenalan..."
"Nama aku Keyla Arina.Panggil nama aku Keyla.Selamat berkenalan semuanya..."
"Hai semua!Nama aku Stella Summeria!Panggil aku Stella.Selamat berkenalan dan mohon bantuannya semua!"
"Luna.Selamat berkenalan..."Sekali lagi suasana mulai riuh rendah diantara para pelajar.Ramai pelajar yang mulai berbual yang tidak sepatutnya tentang mereka bertujuh.Aku paling menyampah dengan pelajar perempuan yang mula 'mengedik' terutamanya Riska.
"Wah...hensemnya Rion tu!"
"Yelah kan Riska?Beruntung siapa yang dapat dia...Hensem gila!"
"Kau jangan nak memandai simpan perasaan kat dia ehh?Rion tu aku punya..."Riska melambai ke arah Rion.Rion buat tidak nampak lambaian Riska namun Riska tidak terasa sedikit pun.
"Baiklah.Rion duduk di sebelah Stevania.Yang lain duduk di kumpulan di sebelah Rion..."Mereka bertujuh mulai bergerak ke tempat masing-masing.Riska membuat gaya gedik dan melambai ke arah Rion.Rion tidak melayan kerenenya lalu duduk di sebelahku.Riska membuat muka tidak puas hati apabila Rion tidak melayannya.
Hahaha!Gedik sangat kan?Terimalah nasibnya...
Selepas waktu pelajaran selesai pelajar mulai berpusu-pusu keluar dari kelas untuk ke kantin.Aku juga tidak terkecuali.
"Hoi!Lepaskan tangan aku lah!"Rion terkejut apabila Riska tiba-tiba memegang tangannya.
"Alaa...marilah kita makan sama-sama Rion~~~"Kata Riska dengan sifat 'gedik'nya.Meluat aku melihat kelakuan Riska.Entah kenapa aku rasa tak senang hati apabila tengok kemesraan Riska kepada Rion.
'Cemburu ke?'
Tak!Mana ada aku cemburu!Aku cuba menafikan kata-kata hati.Aku segera keluar dari kelas tanpa memperdulikan yang lain.Semasa aku mahu ke kantin secara tidak tersengaja aku terlanggar seorang lelaki.
"Aduh...ma..maaf!"Aku melihat wajah lelaki yang ku langgar.Terkejut aku apabila melihat Zack.
"Ste..Stevania?"
"Zack?"
"Kau menghilang ke mana selama ni?"Zack secara drastik memegang kedua-dua bahuku.Aku cuba melepaskan tangannya dari memegang bahuku.
"Le...lepas la!Aku tak ada kena-mengena dengan kau!"
"Kau tahu tak yang aku cari kau dah lama dah?"
"Kenapa pula kau cari aku?"
"Sebab...sebab..."
"Maaf...aku kena pergi..."Aku melanggarnya dan berlalu pergi.Setibanya aku di kantin kelihatan seorang gadis yang berambut keperangan separas bahu mempertahankan seorang gadis yang sedang dibuli oleh sahabat Riska,Rina.
"Kau ketepilah Zann!Aku nak ajar budak ni sikit!Kau tak payah masuk campur hal aku boleh tak?!"
"Budak ni budak aku...Kau jangan nak belagak sangat boleh tak?Gi blah sebelum aku belasah kau!Kau tahu kan aku macam mana?"Gadis itu menolak Rina kebelakang.Rina berlalu pergi meninggalkan kantin dengan rasa marah yang teramat.
"Weh...kau okay ke?"
"A..aku okay...Terimakasih Zann..."Gadis kecil itu segera beredar dari situ setelah meminta izin Zann untuk pergi.
'Ni ke gadis yang Tok Hui suruh cari?'Gumanku di dalam hati.Dengan berani aku bertanya kepadanya.
"Emm...maaf ganggu...Kau ni Zann ke?"
"Haah...Aku pelajar baru kat sini tiga hari yang lepas...Kenapa?"
"Aku ada sesuatu yang nak diberitahu kat kau...Kau ada masa free tak?"
"Maaf...Beberapa hari ni aku sibuk sangat...Selepas Majlis perpisahan sekolah nanti baru aku free..."
"Ohh...Tak apelah kalau macamtu..."Aku tersenyum tawar melihatnya.Dia membalas senyumanku kembali.
'Masih ada 2 hari lagi yang tersisa selepas majlis perpisahan tu...Sempat lagi tu...'Kataku di dalam hati.Selepas ini aku akan memberitahu rakan-rakanku bahawa Zann telahpun ditemui.
YOU ARE READING
Alam Spiritual
FantasyStevania Adeliana merupakan seorang gadis periang yang tidak memiliki rakan atau sahabat dari kecil.Dia adalah anak tunggal ibu bapanya.Sejak kecil lagi dia dilarang oleh ibu bapanya agar tidak pergi jauh dari rumah.Mereka mempunyai sebuah syarikat...