Di Rumah Bapa Saudara Pertama Zack...
"Apa?Stevania Hilang?"Jerit seorang lelaki tua yang merupakan bapa saudara Zack yang Pertama.
"Ya Pak Long...Stevania hilang lebih kurang tiga hari.Ibu bapa Stevania telah memaklumkan kepada pihak polis tengtang kejadian ini..."Zack memandang wajah pak longnya yang kelihatan risau.
"Kamu harus carinya dengan segera atau rancangan kita akan gagal!"
"Baiklah pak long...Saya akan cuba sedaya upaya yang saya mampu..."Zack menghirup teh hijau perlahan-lahan.
.............................................................
Zack merebahkan diri di atas katil selepas pulang dari rumah pak long.Fikirannya bercelaru memikirkan cara untuk menemukan Stevania semula.Skrin telefonnya ditatap kosong.Dia membuka galeri telefon dan mencari gambar Stevania.Gambar Stevania direnung lama."Stevania...Kau ingat aku tak tahu yang kau larikan diri ke tempat lain bersama budak lanun tu?Aku akan buat kau datang kepada aku.Kau tengoklahh nanti..."Zack tersenyum sinis.Dia ketawa kecil.Otaknya ligat memikirkan idea untuk membuatkan Stevania datang kepadanya.
............................................................."Wey Stevania!Aku nak cakap dengan kau sikit..."Rio yang berada di hadapan pintu memanggilku.Mukaku berubah kepada warna merah apabila mengingati kata-kata Pemaisuri Qirana.Dengan pantas aku masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Rion.
"Wehh Stevania!"Panggilan Rion langsung tidak dihiraukan.
"Kenapa dengan dia?"Soal Rion kepada Mika yang berada di hadapannya.
"Dia tahu tengtang kau..."
"Apa maksud kau?Eh kejap.Aku belum habis cakap lagi laa!"Rion mendengus geram apabila Mika bertukar menjadi kepulan asap bewarna hitam.
'Hishh!Tunggu kau bila aku balik nanti!Ni mesti bonda ada bagitahu sesuatu tentang aku ni kepada Stevania!'Guman Rion di dalam hati.Dia pergi ke halaman rumah untuk mengambil angin.
.............................................................
Aku masuk ke dalam bilikku dan megunci pintu.Aku merebahkan diri di atas katil.Kata-kata Pemaisuri Qinara masih meganggu fikiranku.Flashback...
"Tetapi yang mulia pemaisuri..."
"Shhhh...Kamu jangan memanggil beta dengan panggilan pemaisuri.Panggil beta bonda.Kamu kan bakal menantu kesayangan bonda.Bonda harap kamu dapat menyimpan rahsia ini daripada pengetahuan Rion.Beta khawatir dia akan mebenci kamu kerana kamu adalah tunangnya.Kamu cubalah ambil hati dia supaya dia dapat menerima kamu..."Kata pemaisuri dengan lembut.Mukaku semakin memerah.
"Baik b..bon...da!"Ujarku tergagap.Pemaisuri Qirana tersenyum manis.
"Kalau kamu ada waktu lapang tinggalah di istana untuk brberapa hari..."
"Baik..."
End Flashback...
Aku mengeluh perlahan.Langkahku diatur ke laci meja.Aku tersenyum kecil melihat telefonku.Dari mana aku dapat telefon ni?Semestinya telefon ni adalah kepunyaanku.Aku tak sengaja membawanya apabila termasuk ke dalam portal Mika.Aku merenung sayu wajah ibu bapaku.
"Mummy...Daddy...Nia rindu mummy dan daddy.Maaf kalau Nia buatkan hati mummy dan daddy risau.Nia janji akan berjumpa dengan mummy dan daddy suatu hari nanti..."ujarku perlahan.Tanpa kusedari Rion telah memasuki bilikku.
"Kau cakap dengan siapa tu?"Suara Rion yang berada di tepiku mengejutkan aku.Dengan pantas aku menutup telefon.
"A...aku tak ada cakap dengan sesiapa...Kenapa kau ada kat dalam bilik aku?Kalau nak masuk ketuklah pintu dulu bukan main terjah je bilik orang..."Ujarku dengan geram.Rion memasang riak selamba.
"Ada aku kesah?Aku nak tanya kenapa kau buat tak tahu je bila aku panggil?"Soalan Rion membuatkan aku tertunduk.Soalan dibiarkan tanpa jawapan.
"Wehh gadis bodoh!Kau okey tak ni?Apahal muka kau memerah ni?Kau tak sihat ke?"
"Arghhh!Diamlah kau!"Aku melangkah keluar dari bilik namun pergerakkanku terhenti apabila Rion menarik lenganku.
"Aku cuma nak bagitahu kau yang esok kita ada latihan memanah.Aku harap kau dapat siapkan diri untuk esok supaya kau tak kalah lagi dengan aku..."Rion melepaskan pegangan tangannya dan berlalu pergi meninggalkan aku.
'Heh!Esok aku akan pastikan yang aku akan menang!Pasti!'Kataku di dalam hati.Aku menutup pintu bilik.
YOU ARE READING
Alam Spiritual
FantasyStevania Adeliana merupakan seorang gadis periang yang tidak memiliki rakan atau sahabat dari kecil.Dia adalah anak tunggal ibu bapanya.Sejak kecil lagi dia dilarang oleh ibu bapanya agar tidak pergi jauh dari rumah.Mereka mempunyai sebuah syarikat...