Ragam Sahabat

142 31 0
                                    

"Stevania!Bangun!Dah lewat pagi ni!"Keyta megoncang bahuku lembut.Aku membuka mata yang terasa berat.Mataku terus terbuntang luas apabila mengingati kata-kata Rion semalam.

"Esok kita ada latihan kuasa.Datang ke dewan latihan pukul 11.00.Jangan lambat!"

'Cis!Sial!'Aku dengan pantas bangun dari katil dan tergesa-gesa ke bilik air.Keyta yang melihat gelagatku tersenyum kecil.

"Uhh..."Aku memegang kepalaku yang terasa pening.Tubuhku terasa lemah saat ini.Tanpa memperdulikan keadaanku ketika ini aku segera bersiap-siap ke dewan latihan.

Aku tercungap-cungap apabila terpaksa berlari dalan keadaan lemah.

"Kenapa kau lambat?!"Seorang lelaki berdiri di hadapanku tanpa simpati.Rion sudah pun berada di sini sejak 30 minit yang lalu.Aku dengan pantas berdiri tegak.

"Maaf!A...aku bangun lewat tadi!"

"Sudahlah!Tak ada gunanya bertekad dengan kau!Aku berlatih dengan kau ni pun atas arahan guru!Cepat serang aku dengan kuasa kau!"Aku tersentap mendengar ayat yang diungkapnya.Entah mengapa hatiku langsung sakit mendengar perkataannya yang berbisa.Aku dengan sekuat tenaga menyerangnya menggunakan kuasa air.

Seperti biasa dia mengelak...

Serangan aku terkena pada pasu bunga dibelakangnya.Pasu bunga itu tidak pecah seperti seranganku sebelumnya.Retak pun tidak!

"Kenapa serangan kau lemah sangat hari ni?Cepat serang aku dengan sekuat tenaga!"Aku mengikuti arahannya.Beberapa bebola air dilemparkan ke arahnya.Dia mengelak setiap seranganku.

"Heiii!Kenapa kau lemah hari ni?!"Rion mendekatiku perlahan-lahan.Aku hanya termenung jauh.Kepalaku tiba-tiba sakit.Tubuhku juga terasa lemah.Aku rasa seperti mahu pengsan.Akhirnya aku rebah namun mujurlah Rion sempat menyambutku.

"Hey!Kenapa dengan kau ni gadis bodoh?!"

"Kenapa kau benci sangat dengan aku..."

"Apa salah aku..."

"Hey Stevania!Apa yang kau merepek ni?"

"Aku tak tahu kenapa kau benci dengan aku sehinggakan kau tega berpura-pura prihatin dengan aku..."Mataku mulai kabur dan akhirnya aku tak sedarkan diri.

"Stevania...Stevania!"
.............................................................
"Urghhh..."Aku membuka mataku perlahan-lahan.Aku memegang kepalaku yang terasa berat.Satu tuala kecil yang basah didahiku disentuh.Pandanganku terarah pada Keyta yang tertidur di sisiku.Di sebelahku ada beberapa orang gadis yang sedang berbual mesra.

'Rupanya aku ada dekat bilik rawatan...'Gumanku didalam hati.Di dalam bilik rawatan terdapat lebih kurang empat katil.Beberapa orang gadis yang kukenali disebelahku bingkas bangun dan menuju ke arahku apabila menyedari aku sudah pun sedar.

"Stevania!Kau okay ke?"Stella duduk di atas katil bersama dua orang gadis yang lain.Aku mengangkuk sambil tersenyum kecil.

"Aku dah okay sikit...Macammana aku boleh ada kat sini.

"Rion yang bawa kau ke sini..."Luna berkata dengan tatapan dinginnya.Mukaku terus memerah seperti tomato.

"Maksud kau..."

"Kau nak tahu tak Stevania,Rion dukung kau macam puteri raja tadi!Kyaaa!"Mukaku meona merah sebaik sahaja Stella berkata begitu.

"Hey!Korang bual pasal apa tu?Sampai hati tak ajak aku!"Keyta membuat gaya merajuk.Aku dan Stella ketawa kecil.

"Ek eleh!Tak payah nak buat gaya merajuk sangatlah Keyta!Buruk aku tengok muka kau tu!"Ujarku bersahaja.Keyta menarik muncung sedepa.

"Hey!Hodohlah kau buat macamtu!"Stella megambil bantal lalu dicampakkan ke arah Keyta.Keyta dengan cepat menahan serangan Stella.Luna pula sedang bercakap dengan sesuatu tetapi aku tidak menghiraukannya.Satu makhluk kecil yang datang dari Luna mendekati aku.Rupanya persis seperti manusia tetapi memiliki saiz sebesar tapak tangan dan juga memiliki sayap seperti pepatung+rama-rama.

Alam SpiritualWhere stories live. Discover now