'Bomm!'
"Yang mulia!Kerajaan kegelapan sudahpun menyerang!"Seorang dayang istana berkata pada seorang wanita yang memeluk anaknya erat.
"Apa?Bagaimana keadaan mereka sekarang Inang?"Tanya wanita itu dengan penuh riak kerisauan.
"Mereka sedang berusaha menumpaskan puak kegelapan di luar sana..."
"Suasana semakin buruk!Kita harus bertindak segera Inang!Mari ikut beta!"Tanpa banyak kata Inang mengikuti Pemaisuri dari belakang menuju ke bilik bawah tanah.Suis lampu ditekan.Seluruh isi bilik itu diterangi oleh cahaya lampu.
"Yang mulia?Kenapa kita berada di sini?"
"Beta tidak ada banyak masa untuk menerangkan hal itu yang paling penting sekarang ini adalah selamatkan satu-satunya puteri Kerajaan Glacier dari dibunuh puak kegelapan!Dia adalah 'yang terpilih'!"
"Baiklah yang mulia..."
"Tolong pegang bayi beta...Beta harus mencari sesuatu..."Pemaisuri menyerahkan bayinya kepada Inang.Laci meja lama dibuka.Satu per satu laci meja itu dibuka dan digeledah sehinggakan dia terjumpa satu karung kecil.Pemaisuri tersenyum puas.Benda yang ada di dalam karung itu diambil.
"Nah!Ambil ini!"
"A..apa ni pemaisuri?"Inang memerhati benda yang diberikan pemaisuri.Objek itu bulat dan sebesar telapak tangan seorang kanak-kanak.Objek itu mempunyai lima lingkaran.Setiap lingkaran mempunyai tulisan yang agak asing.
"Objek ni dinamakan Philitapsi.Sejenis alat yang membolehkan kamu ke dunia lain hanya sekali lafaz.Alat ini merupakan alat yang paling berharga.Dahulunya alat ini digunakan oleh penkaji alam untuk meneroka alam lain.Bawalah anakanda beta ke alam manusia.Di situ anakanda beta akan selamat dari kuasa gelap."Pemaisuri menatap wajah puterinya yang lena dibuai mimpi sebelum dahinya dikucup lembut.
"Cepat tinggalkan istana ini!Mereka sudah mengetahui lokasi kita!"
"Tapi yang mulia..."
"Jangan khawatirkan beta Inang!Pergi!"Inang segera mengambil alat itu dan melafazkan perkataan 'alam manusia'.Objek itu bertukar menjadi debu cahaya berwarna hijau dan mengelilingi inang.Pemaisuri melambaikan tangan sebelum Inang dan puterinya lesap dari pandangan.
Di alam manusia...
Inang meletakkan satu-satunya puteri Kerajaan Glacier di hadapan pintu sebuah rumah.Sebelum pergi dia meletakkan surat di atas badan bayi itu.
"Maaf tuan puteri...saya terpaksa pergi untuk mempertahankan yang mulia...Maaf...selamat tinggal..."Inang menggunakan philitapsi untuk kembali ke dunianya semula.
"Tak!!"Aku bangun mengejut.Aku memerhati keadaan sekeliling.Ternyata yang tadi tu hanya mimpi.Dalam hati aku tertanya-tanya.Adakah bayi tadi adalah aku?
Tanpa mebuang masa aku bergegas ke bilik air.Hari ini Tok Hui mahu memberikan satu misi.Aku pun tak tahu misi apa tu.Aku harap misi yang akan diberikan tok Hui tak susah seperti yang disangka.
.............................................................Di ruang tamu...
"Misi apa yang tok nak berikan kepada kami?"Rion memulakan perbicaraan.Tok Hui tersenyum melihat wajah anak-anak didiknya.
"Kali ini misi kamu adalah ke alam manusia..."
"Apa!"Kami berlapan menjerit serentak mendengar kata-kta Tok Hui.
"Saya mahu kamu semua ke alam manusia dan menyamar sebagai pelajar sekolah di kediaman tempat tingal Liyana...Kamu semua harus membawa Zann,seorang gadis berambut merah yang mempunyai sedikit sifat tomboi pulang ke alam ni.Kamu semua DIlARANG menggunakan kuasa di alam manusia
tanpa sebarang kepengtingan mendesak.Faham!""Tapi tuk..."
"Tak ada tapi-tapi!" Aku sembunyi senyum.Mana tidaknya aku dapat kembali ke alam manusia.Aku akan bertemu dengan keluarga kesayanganku tak lama lagi..."
"Tapi kan tok tak apa ke kalau kita ke alam manusia dengan diri kita macam ni?Kat alam manusia mana ada makhluk berambut hijau,merah,biru bagai..."Soalan dari kay membuatkan aku hampir tergelak.Betul jugak kata kay tu...
"Kamu jangan risau hal itu...sebelum berangkat kamu semua kecuali Liyana perlu makan pil pengubah alam.Rambut dan mata kamu akan berubah warna hitam apabila tiba di alam manusia.Selain itu kamu juga akan menggunakan 'philitapsi' ke alam manusia.Faham?Sekarang kemas semua barang kamu.Esok kamu semua akan berangkat ke alam manusia.
"Baik tok!"Semua yang ada di situ mula ke bilik masing-masing untuk mengemas barang.Aku adalah yang terakhir ke bilik.
'Philitapsi?Bukankah tu nama alat yang ada dalam mimpi aku?'
Bersambungg...
Notis:Sorry lama tak update...Maaf juga kalau ada kekurangan pada bab kali ini...Korang dengarlah lagu kat atas tu yer...Kalau tak nak pun tak apa...jangan lupa pakai earphone tahu!Hehehe.Insyaallah nanti saya update pula.Terima kasih kerana membaca!
YOU ARE READING
Alam Spiritual
FantasyStevania Adeliana merupakan seorang gadis periang yang tidak memiliki rakan atau sahabat dari kecil.Dia adalah anak tunggal ibu bapanya.Sejak kecil lagi dia dilarang oleh ibu bapanya agar tidak pergi jauh dari rumah.Mereka mempunyai sebuah syarikat...