Seperti yang dijanjikan kami berjumpa di kafe mutiara.Kelihatan Zann setia menunggu di situ.Aku dan Rion duduk di hadapan Zann.
Ohh lupa nak bagitahu...semalam stella cadangkan aku dan Rion berjumpa dengan Zann sebagai wakil mereka.Mahu tak mahu aku terpaksa akur juga.
"Kau orang berdua nak minum apa?Aku belanja!"Zann memberi perlawaan dengan senang hati.
"Kami nak air cofee je..."
"Okay...jap.Aku pi order..."Aku tersenyum nipis.Aku menjeling Rion yang berada di sebelahku.Dia dalam keadaan separuh sedar dan separuh tak sedar akibat daripada tidur lewat.
Pagi tadi pun aku yang kejutkan sendiri sebab geram dengan perangai Rion.Tapi aku perasaan semasa aku kejutkan Rion ada beberapa pasang mata yang memerhati gerakanku dengan....emmm...macam nak gelakkan aku pun ada...entahlah!Aku tak kisah pun pasal diaorang.Setelah pesananku sampai aku menghirup cofee yang berasap itu perlahan.Rion pula memandang cofee dihadapannya kosong.Dia menghirup laju air cofee yang berasap itu.Beberapa saat kemudian matanya terbeliak.Air cofee yang diminumnya hampir dimuntahkan balik.Dia kemudiannya batuk sambil memegang dada yang terasa sedikit sesak.Aku dengan pantas mengalihkan pandangan ke arah Rion.
"Rion!Kau okay ke tak ni?"
"Ohuk!Ohuk!Ohuk!"
Aku mengambil segelas air sejuk yang disediakan di atas meja dan memberinya kepada Rion.Rion dengan pantas meneguk air yang diberiku.Anak tekaknya terasa dingin dan rasa panas yang menerjah tadi pun hilang.
"Kau ni pun!Kau dah tahu kan yang air coffe ni panas...Yang kau teguk macam tu je kenapa!"Ujarku dengan nada tinggi tetapi masih lagi terkawal.Rion sudah tenang sedikit setelah minum air sejuk tadi.
"Diamlahh kau!"
"Kau okay ke?"Soal Zann kepada Rion.Rion hanya mengangguk.
"Baguslah macam tu...Apa yang korang nak beritahu aku?"Zann memandang aku dan Rion silih berganti.Aku menaris nafas sebelum memberitahu tujuanku menemuinya.
"Macamni...Guru kami Tok Hui menyuruh kami untuk bawa kau ke alam spiritual semula..."
"Kejap!Tok Hui?Macammana kau kenal dia dan macammana kau boleh tahu tengtang alam spiritual?"Aku menggaru kepala yang tidak gatal apabila Zann menyerangku dengan bertubi-tubi soalan.
"Dia pun penduduk tetap kat Alam Spiritual.Dia baru je bergabung dengan kami..."Tanpa kusangka Rion menjawab bagi pihakku.Aku mengerutkan dahi.Bergabung?Apa maksud dia?
"Ohhh...Kenapa Tok Hui nak jumpa aku?"
"Manalah aku tahu...aku cuma jalankan perintah tuk hui je...Aku rasa baik kau balik semula ke alam spiritual...Mungkin Tuk Hui ada benda pengting yang nak diberitahu..."
"Baiklah kalau macam tu...Perintah Tuk Hui tak boleh dielak.Bila kita akan bertolak?"
"Mungkin petang ni?Aku pun tak sabar-sabar nak balik tempat aku...Aku tak terbiasa mana tinggal kat dunia manusia ni.Lagipun duduk kat sini bosan.Tiada perkara yang menarik langsung..."Aku hanya mendengar perbualan mereka seperti orang bodoh.Akhirnya kami berdua pulang setelah urusan kami selesai.
Kiri couple.Kanan couple.Depan couple.Belakang pun couple.Kami berdua sahaja yang ganjil di situ.Ada beberapa pasang mata memerhatiku dan Rion sambil berbisik antara satu sama lain.Aihhhh...kenapalah malang sangat nasib aku hari ni.
Aku bepura-pura melihat pemandangan sekeliling.Rion juga buat begitu sambil bersiul-siul.Mungkin sedar akan suasana kekok antara kami berdua.
Aku berhenti apabila melihat kuih kegemaranku yang terjual di kaki lima.Aku dengan pantas menyapa pemilik kedai itu.Rion yang sedar yang aku tidak bersamanya berpaling ke belakang dan menuju ke arahku.
YOU ARE READING
Alam Spiritual
FantasyStevania Adeliana merupakan seorang gadis periang yang tidak memiliki rakan atau sahabat dari kecil.Dia adalah anak tunggal ibu bapanya.Sejak kecil lagi dia dilarang oleh ibu bapanya agar tidak pergi jauh dari rumah.Mereka mempunyai sebuah syarikat...