Hai!Nama aku Stevania Adeliana.Aku pada tahun ini berusia lebih kurang 18 tahun.
Aku merupakan seorang gadis periang dan ceria namun sehingga kini aku tidak punya sahabat.
Entahlah...aku sendiri tak tahu kenapa aku tidak mempunyai sahabat baik hingga kini.
Mungkin warna rambut dan mata aku kot yang pelik daripada orang lain...
Rambut aku bewarna sliver.Mata aku pula warna biru kehitaman...
"Stevania!"Seorang lelaki sebaya denganku meluru laju ke arah aku.Kacau betullah mamat ni!Aku baru nak intro dengan pembaca aku.
"Kita date nak tak hujung minggu ni?"Zack mengambil tempat di tepi aku.Ouhh lupa nak kenalkan!
Zack ni kekasih aku.Bulan lepas dia luahkan perasaan kat aku.Kitaorang pun couple.Dia ni budak kelas sebelah.
"Tengoklah nanti...Dah lahh!Aku nak masuk kelas.Nanti Cg Li bising lak.See you!"Aku lambai tangan sebelum pecut.Dia hanya berdiri kaku di situ.
"Huh!Nasib baik lepas dari mamat tu."Aku mendengus lega.Cg Li pun tak masuk kelas lagi.Selamat aku kalau tidak berdiri di luar kelas lerr jawabnya.
Waktu pulang...
"Baby!"
"Ah sudah!Cabut!"Aku berjalan laju melintasi orang dihadapanku.
"Baby!Jangan lari!"Zack mengejar aku dari berlakang.
'Mamat ni nak apa lagii!'Aku berkata geram di dalam hati.Meskipun aku ni kekasih dia tapi aku rimas dengan dia.
Iyelah...Duk berkepit ngan kita 24 jam siapa tak serabut kan?Takkanlah kekasih sampai kena berkepit 24 jam.
"Haaa!Dapat pun!Nak lari mana lagi?"Akhirnya Zack dapat menangkap lenganku.Huhuhuhu...Apalah nasib aku.
"Nak apa lagi..."Aku membalikkan badan menghadap dia dengan lemah.
"Baby.Emmm...kalau kita pergi dating nanti boleh tak guna duit baby dulu?"Dia membuat mimik muka comel di hadapanku.Nak termuntah aku jawabnya.Dah lah panggil aku 'baby'.
"Yelahh!Please don't call me baby.Okay?"
"Okay!"Zack mengusap rambut sliverku lembut.Aku tersenyum manis sebelum pecut balik rumah.
"Haihhh...lagi-lagi guna duit aku untuk dating.Dah la tak bayar-bayar pulak tu..."Aku mendengus geram.Ni bukan kali pertama tau Zack guna duit aku untuk dating.Tapi disebabkan latar belakang dia yang merupakan seorang anak yatim piatu yang miskin aku hadap je laa.
'Betulke tindakan aku ni?Kenapa aku tak bahagia langsung ek couple dengan Zack?Aku rasa macam...Entahlah.Aku rasa macam Zack ni pura-pura suka kat aku je dan cuba memanfaatkan diri aku.'Aku berkata-kata di dalam hati.Beberapa detik kemudian aku mengetuk kepala.
'Tolong jangan bersangka buruk pada kekasih kau sendiri Stevania!Dialah satu-satunya orang yang paling dekat dengan kau selain ibu bapa kau!'Aku berkata pada diri aku sendiri.
YOU ARE READING
Alam Spiritual
FantezieStevania Adeliana merupakan seorang gadis periang yang tidak memiliki rakan atau sahabat dari kecil.Dia adalah anak tunggal ibu bapanya.Sejak kecil lagi dia dilarang oleh ibu bapanya agar tidak pergi jauh dari rumah.Mereka mempunyai sebuah syarikat...