Pukul 10 malam di rumah agam Mika...
Mika p.o.v
"Pemaisuri...Saya sudah jumpa dia..."beritahu aku kepada Pemaisuri Qinara melalui telefon.Keadaan di dalam bilikku ini sangat gelap dan hanya ditemani cahaya bulan.Aku sengaja tidak menyalakan lampu.
"Bagus...Segeralah bawa dia ke Istana saya esok.Masa semakin suntuk.Kita harus bertindak dengan segera..."
"Maksud pemaisuri saya kena bawa dia ke Alam Spiritual esok?"
"Iya.Tepat sekali.Sekarang kamu berehatlah.Esok kamu harus melakukan perintah saya..."
"Baik yang mulia..."Aku menekan punat bewarna merah pada telefonku.'klik!'Panggilan dimatikan.Aku menarik hoodie baju yang dipakaiku menutupi rambut perangku.Aku bergegas keluar dari pintu tingkap rumahku.
Aku tidak perlu risau jatuh dari bilikku yang berada di aras dua iaitu aras paling tinggi kerana secara automatik badanku akan terapung di udara kerana aku mempunyai side power manipulasi graviti.Aku menggunakan graviti untuk mengapungkan diri dan terbang ke taman berdekatan sekolah.
Di taman...
Aku menjejakkan kaki perlahan-lahan di atas tanah.Dari kejauhan kelihatan lima orang manusia sedang mebincangkan sesutu.Aku mengamati rupa seorang wanita yang sedang berbual-bual dengan dua orang lelaki di hadapannya.
'I...itu Riska!Sepertinya dia mahu melakukan sesuatu yang buruk terhadap Stevania.Lebih baik aku siasat...'gumanku di dalam hati.Aku menggunakan kuasa halimunan dan mendekati mereka.
"Aku nak korang berempat belasah Stevania dan juga Mika..."Riska berkata sambil menatap keempat-empat lelaki di hadapannya.Ketua mereka Jack berkata.
"Maaf...kami tak boleh belasah diaorang sebab Stevania merupakan anak pemilik syarikat yang paling terkemuka di dunia manakala Mika pula merupakan keturunan mafia yang paling menakutkan di Swetzerland..."Jack mebantah permintaan Riska dengan berani.Aku mendengus di dalam hati.
'Huh!Kau memang tak serik lagi ke Riska?'
"Aku mintak korang semua belasah diaorang atau buatlaa apa yang korang suka dekat mereka.Duit tak ada masaalah.Ini cukup tak?"Riska menghulurkan beberapa keping duit bernilai RM 100 kepada setiap orang.Mereka tersenyum melihat duit yang dipegangnya sekarang.
"Baiklah!Kami setuju!"Ujar mereka serentak.Aku mengetap bibir geram.Dasar mata duitan!
Tanpa belenggah lagi aku segera beredar dari situ.Esok aku akan belasah konco-konco Riska dahulu baru aku akan memberi tahu tujuan sebenar aku dan bawa Stevania ke Alam Spiritual.
End Mika p.o.v
.............................................................Keesokan harinya di sekolah pukul 6 petang.
"Stevania...Mari kita balik sekali!"Mika menarik lenganku lembut.Aku memandangnya pelik.Bukan jalan ke rumah dia tidak sehaluan dengan jalan ke rumah aku?Kenapa hari ni dia beria-ria ajak aku balik sekali?Pertanyaan hanya dibiarkan bertaburan di minda.Kini kami melalui satu lorong yang sangat gelap namun masih lagi dapat dilihat.Tanpa ku sedar hari mulai gelap.Jam di tanganku juga menunjukkan pukul 6.15 petang.
"Hai gadis manis!"Empat orang lelaki muncul di hadapan kami berdua.Aku mengundur sedikit ke belakang melihat empat orang lelaki yang bebadan besar dan tinggi.Mika disebelahnya hanya tenang.
"Kami akan lepaskan kamu berdua kalau kamu berdua berjaya mengalahkan kami tetapi jikalau kamu kalah maka kamu akan jadi milik kami malam ni..."Aku meneguk air liur mendengar kata-kata lelaki itu.Aku tidak pandai seni mempertahankan diri.Bab bertikam lidah dan memerli orang pandai lerr.
"Baiklah!Aku setuju tapi dengan satu syarat!Yang berlawan dengan kauorang hanyalah aku seorang!"Mika menyahut cabaran mereka dengan berani.Mataku terbuntang luas apabila mendengar kata-kata Mika.Belum sempat aku mahu menarik lengannya di terlebih dahulu meluru laju ke arah empat orang lelaki itu.Mika menggunakan seni mempertahankan diri dengan sangat baik.Terkagum aku dibuatnya.
"Kau ingat kau akan menang ke budak lanun!"Ketua mereka memegang tangan Mika.Mika secara automatik menendang titik akupuntur pada bahagian paha lelaki itu.Peganggan lelaki itu akhirnya terlepas.Tanpa disedari Mika seorang lelaki di belakangnya melibas kepala Mika menggunakan kayu.
"Mika!Belakang!"Mika menoleh kebelakang apabila terdengar jeritan Stevania.Dia tidak sempat mengelak lalu dia terjatuh di atas tanah.
"Hahaha!Kau kalah!Maknanya korang..."Belum sempat ketua lelaki itu meneruskan kata-kata Mika bangun perlahan-lahan sambil ketawa.Aku memandang Mika dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.Kain yang menutup mata kirinya telah ditangalkan.
Aku dan empat orang lelaki itu terkejut melihat anak mata kiri Mika yang bewarna merah.
"Maafkan saya yang mulia..."Mika berkata dengan perlahan.Kepulan asap bewarna hitam muncul di tanganya.
"Heh!Kau ni tak serik lagi ya budak!Matilah kau!"Mereka bertiga mengambil senjata masing-masing kecuali si ketua.Si ketua mengeluarkan pisau lipat dari poket seluarnya.Mereka masing-masing menggunakan senjata yang tajam.Tanpa belenggah lagi mereka menyerang Mika.Aku menjerit risau.
"Mika!"
YOU ARE READING
Alam Spiritual
FantasyStevania Adeliana merupakan seorang gadis periang yang tidak memiliki rakan atau sahabat dari kecil.Dia adalah anak tunggal ibu bapanya.Sejak kecil lagi dia dilarang oleh ibu bapanya agar tidak pergi jauh dari rumah.Mereka mempunyai sebuah syarikat...