Gadis Misteri

228 57 2
                                    

"Apa?Biasiswa saya disekat?Kenapa?"Zack meningikan sedikit suara pada pegetua sekolah.Pengetua sekolah mengeleng kepala perlahan.

"Saya tidak tahu mengapa Stevania menyuruh saya menyekat biasiswa awak.Adakah awak melakukan kesalahan terhadapnya?"Pengetua menatap muka Zack tajam.

"Er...tak!Saya keluar dulu..."

"Tak guna kau Stevania!"Zack berkata sedikit keras apabila keluar daripada bilik pengetua.Dia terlihat kelibat Stevania yang sedang tidur di dalam kelas.

'Tak apa!Aku akan buatkan hidup kau sengsara!'Kata Zack di dalam hati.Hatinya penuh dengan amarah dan dendam.

"Zack!Apehal aku tengok kau ni macam marah je...gaduh dengan kekasih ke..."Gurau Jame.Sahabat baik Zack.Zack memandangnya tajam.

"Weh!Aku ada idea best..."Zack berkata sambil melirik ke arah Jame dan Jibon.

"Hah...Apa dia?"ujar Jibon tidak sabar.Zack tersenyum nakal sebelum memberitahu ideanya.

"Apa kata kita buli awek kelas sebelah yang tergila gilakan aku tu..."

"Maksud kau Stevania ke?Takkanlah kau nak buli anak orang kaya tu...Silap hari bulan kita yang kena buang sekolah..."Jame memandang Zack tidak percaya.Zack mengangguk perlahan.

"Tak ape...Korang berdua ada aku."Zack cuba menyakinkan dua orang sahabatnya itu.Jame dan Jibon berpandangan antara satu sama lain sebelum menatap Zack kembali.Jame mengangguk perlahan sebelum berkata.

"Baiklah...Aku dan Jibon setuju tapi kau tak boleh keras sangat dengan dia..."

"Ya!Ya!Aku janji!"
.............................................................

"Woi Stevania!"Zack memanggilku dari belakang sewaktu aku berada di kantin.

  'Ya tuhann!Mamat ni nak ape lagiiiii!'Aku menjerit geram di dalam hati.Aku berpaling ke belakang perlahan-lahan.

"Nak ap..."Kata-kataku terhenti apabila Zack menyimbah mukaku dengan air sirap yang dipegangnya.Orang di sekitarku tergaman melihat kelakuan Zack sebentar tadi.Seorang mak cik yang kebetulan lalu di situ tergopah-gopah mendapatkan aku dan Zack.

"Ni kenapa ni haa!"Mak cik tu memegang lenganku sambil menatap Zack tajam.Zack tersenyum sinis.

"Opss!Sorry!"Zack melempar gelas plastik di tangannya tepat di mukaku.Api kemarahanku meledak serta merta.Aku mengambil kembali gelas plastik itu dan melempar tepat ke arah belakang Zack.Zack segera beredar dari situ.

"Tak guna kau!"Aku melaung ke arah Zack yang semakin menjauh.Mak cik disebelahku memegang erat lenganku apabila aku mahu mengejarnya.

"Sabarlah nak ya?Budak tu memang kurang ajar!"Mak cik mengosok belakangku.Api kemarahanku menurun perlahan-lahan.Aku segera ke tandas untuk membersihkan wajahku yang mula melekit dengan air sirap.

   'Kau nak istiharkan perang ya zack!Tak apa!Tunggu kau nanti!'Aku mendengus geram sambil menatap cermin.
.............................................................
Keesokan harinya...

"Eh?Apa ni?"Aku melihat surat yang ada di bawah mejaku.Aku membaca surat itu perlahan-lahan.

     'Sila ke padang belakang blok H pada pukul 5 petang ini untuk sesi pertemuan kelab gotong-royong..."

Aku mengerut dahi apabila membaca surat itu.

"Aik?Padang belakang blok h tu bukanke padang yang sudah empat tahun ditinggalkan kerana kebakaran?"Aku bermonolog seorang diri.

'Cikgu nak adakan aktiviti kat sana kot...Lagipun tak baik tinggalkan suatu tempat lama-lama tanpa ada orang yang menggunakannya.Kalau tidak jadi padang 'berhantu' lah jawabnya.'Aku cuba berfikiran positif.Bulu roma aku meremang apabila terkenangkan padang itu.

Pukul 3 petang ...

Aku meneguk air liur melihat padang itu.

'Makkkk!Aku nak balik!'Seram aku tengok tempat tu.Padang ni berpagar dan juga gelap.Perlahan-lahan aku buka pagar dan masuk ke dalam padang itu.

"Kau dah sampai!"Tiga orang lelaki menyapaku apabila aku berada di tengah-tengah padang.

"Zack!Apa yang kau buat kat sini?"Aku memerhati Zack,Jame dan Jibon yang tersenyum sinis sambil menatapku.

"Aku ada kat sini semata-mata untuk memberi kau pelajaran..."

"Maksud kau?"Aku mengundur berapa langkah berlakang apabila Zack mendekatiku dengan kayu pemukuk di tangannya.

"Aku beri kau satu lagi peluang.Tolong jadi kekasih aku dan bayar balik biasiswa aku atau aku akan pukul kau!"Zack memegang wajahku.Aku menepis tangannya keras.Zack tersentak.

"Aku takkan jadi kekasih kau dan bayar biasiswa kau!"Aku berkata dengan beraninya.Aku tak akan benarkan kejadian yang sama berulang.

"Beraninya kau!"Zack melayangkan kayu pemukul itu kepadaku.Aku menutup mata rapat.Sudah lama aku menunggu pukukan itu terkena tepat di dahiku namun keadaan sunyi dan sepi.Aku membuka mata perlahan-lahan.Terkejut aku melihat seorang gadis menahan kayu pemukul Zack dari belakang.

Penampilan gadis itu sangat pelik.Gadis itu memakai baju lengan panjang bewarna hitam berhoodie dan menutup mata kirinya persis seperti lanun.Rambutnya bewarna ungu.Matanya pula bewarna merah jambu.

"Kau jangan ganggu dia atau tulang kau bertiga akan ku patahkan satu persatu!"Gadis misteri itu tersenyum menyeramkan.Aku,Zack dan dua orang rakannya dapat rasakan aura membunuh yang sangat kuat.Zack dan dua rakannya mengundur ke belakang sebelum lari laju meninggalkan kami berdua.

"Kau tak apa-apa?"Gadis misteri itu bertanya kepadaku.

"Ehh?A...aku tak apa-apa.Terima kasih..."Aku tersenyum senget sambil mengaru kepala.

"Baguslah kalau macamtu..."Gadis itu tersenyum manis.Aku terkagum sebentar melihat senyumannya yang menawan.

"Emmm...nama aku Stevania.Aku dari kelas 6-A!"Aku menghulurkan tanganku padanya sebagai salam perkenalan.Gadis itu menyambut tanganku.Aku perasan yang tangannya sangat sejuk seperti ais.

"Aku Syazmika Avalina...Panggil aku Mika..."Sekali lagi dia tersenyum manis.

Aku menunduk untuk mengikat tali kasut.Setelah aku selesai mengikat kasut,aku bangun kembali dan mahu mengajak gadis yang bernama Mika tadi pulang bersama tetapi harapanku punah apabila kelibat Mika tidak kelihatan.

"Aik?Tadi dia kat sini?Kenapa tiba-tiba tak de pula?Entah-entah..."Aku berhenti berkata-kata.Bulu romaku meremang.

"Makkk!Hantu!!"Aku menjerit sambil berlari meninggalkan kawasan itu.

Alam SpiritualWhere stories live. Discover now