Chapter 24

663 25 3
                                    

Media: Rayhan Alexander



"sebab dia Xandra" Rayyan yang entah muncul dari mana mencelah.

"what!??"

"Yup, dia Xandra. Tapi Aisha tak tahu lagi yang dia tu Xandra" terang Adam. Rayhan tersenyum sinis.

"Apa bukti yang dia tu Xandra? Mata saja warna hitam. Mata Xandra warna biru like us."

"Lorenzo yang bagitahu. Lagi satu Aisha pakai contact lens sebabtu mata dia warna hitam"

"Lorenzo? Korang percaya Lorenzo anak pembunuh mama dengan daddy? Entah-entah ni semua rancangan dorang satu family nak rebut harta baby dengan menyuruh budak perempuan tu menyamar jadi Xandra" sinis saja Rayhan berkata.

"Along dah buat ujian DNA semasa Aisha masuk hospital hari tu and keputusan dia positif. Aisha adalah Xandra. About Loren. Dia tidak jahat seperti daddynya. Kita kena percaya dia. Dia tak ada niat pun nak rebut harta baby. Dia pun harta dia sendiri. Kalau betul dorang nakkan harta baby. Aunty Fiona takkan selamatkan Xandra masa kemalangan tu" ujar Adam panjang lebar.

Rayhan terdiam. Dia meraup kasar wajahnya. Apa dia dah buat? Dia sudah lukakan orang yang dia sayang. Dan sekarang dia dah pergi. Mereka nak cari Aisha dekat mana? Mereka buntu.

"Jadi sekarang kita kena cari Aisha. Kita tak boleh biarkan Aisha berkeliaran dekat luar sana. Angah takut jika uncle jumpa dia. Dia akan bunuh Xandra" kata Yusuf dengan suara yang perlahan. Dia sedih. Dia taknak kehilangan Xandra untuk kali yang kedua.

"Along akan minta bantuan dengan anak-anak buah along untuk detect keberadaan Aisha. Selebihnya kita berdoa saja supaya Aisha selamat dekat luar sana" arah Adam kepada tiga orang adiknya itu. Riyadh jangan tanya, dia dah kesekolah.

    Pada masa yang sama, Aisha terbaring lemah di atas katil milik Jasmine Safiyya. Oleh kerana dia keluar pada waktu subuh sebelum semua penghuni rumah agam itu bangun, semput dia datang balik. Jasmine terpaksa tidak ke sekolah kerana menjaga Aisha yang sakit di rumah.

"Aisha, bangun dulu kau kena makan. Dari pagi tadi kau tak jamah apa-apa lagi" Jasmine Safiyya mengejutkan Aisha tetapi tiada tanda-tanda Aisha akan bangun. Jasmine meletakkan makanan yang dimasaknya di atas meja sisi tepi katil. Dia menggoyangkan tubuh itu perlahan.

"Aisha kau okay tak ni?" riak risau terpancar pada wajah Jasmine. Dia mula gelabah bila didapati Aisha tidak sedarkan diri. Jasmine berlari turun ke tingkat bawah ingin memanggil driver papanya untuk mengantar Aisha ke hospital.

     Di hospital Aisha di tempatkan di wad biasa. Jasmine setia di sisi Aisha. Sudah dua hari dia tidak ke sekolah kerana ingin menjaga Aisha. Sesekali dia akan berulang alik dari wad Aisha ke wad Rose. Sampai sekarang Rose belum sedarkan diri dari koma. Kehidupan hari-hari Jasmine juga sunyi tanpa dua orang sahabat baiknya itu.

Jasmine memasuki bilik wad menempatkan Aisha. Aisha masih dilena tidur akibat suntikan ubat tidur yang diberikan oleh doktor agar Aisha rehat secukupnya. Jasmine merenung wajah Aisha. Dia mengeluh untuk keberapa kali.

Kuakan pada pintu mengalihkan perhatian Jasmine. Jasmine memandang gerangan yang masuk itu. Seorang doktor berkaca mata. Jasmine memandang tag nama doktor itu " DR ASYRAF AMIR".

"Macam mana? Kawan cik dah bangun?" Soal Asyraf kepada gadis yang duduk di sisi katil Aisha.

"Belum lagi" jawab Jasmine pendek tanpa melihat wajah Asyraf.

Mr Mafia Stalker (Slow Update)Where stories live. Discover now