Yusuf Alexander bergegas memasuki perkarangan hospital. Dia mendapat panggilan dari Adam Alexander bahawa Aisha berada di hospital. Adam tidak dapat menjemput Aisha kerana dia pergi seminar perniagaan di luar negara bersama tiga orang sahabatnya. (Mesti readers tahu kan siapa sahabatnya tu?)Yusuf melangkah memasuki sebuah bilik menempatkan Aisha. Dia tersenyum melihat Aisha yang berdiri termenung ke luar tingkap kaca bilik tersebut.
"Aisha" panggilnya lembut. Aisha tersentak, dia menoleh melihat gerangan itu. Bibirnya mengukir senyum. Akhir-akhir ini dia amat rapat dengan Yusuf kerana Yusuf selalu ada bila dia mempunyai masalah. Dia selalu bagi kata-kata semangat bila dia rasa down sangat.
"Awak" Aisha berlari anak mendekati Yusuf.
"Eh, jangan la lari" tergeleng Yusuf melihat karena gadis itu. Tak padan dengan sakit. Aisha tersengih tidak bersalah.
"Saya dah boleh keluar hari ini" Kata Aisha gembira. Dia rasa bosan duduk lama-lama dekat hospital itu. Sudah dua hari dia berada di hospital, lelaki yang menghantar dia pergi hospital tidak pernah muncul-muncul lagi. Tapi itu lagi Aisha suka. Aisha berasa tidak selesa bersama lelaki itu, aura dia lain macam.
"Bagus la macam tu. Aisha kemas-kemas dulu, biar saya yang langsaikan kos perubatan Aisha" Aisha merenung anak mata biru Yusuf.
"Boleh ke? Tak menyusahkan?" Yusuf tersenyum dan menggeleng.
"Aisha tak pernah menyusahkan kitaorang. Aisha kan ad... ehemm masuk saya Aisha kan anak perkerja along saya jadi tidak salahnya kalau saya tolong Aisha" sikit lagi Yusuf terlepas cakap.
"Terima kasih sebab selalu dengan saya. Awak dengan adik-beradik awak sangat baik dengan saya, sedangkan saya takde pertalian darah pun dengan korang"
"You are my sister Aisha" tetapi kata-kata itu hanya
di hati Yusuf. Belum tiba masanya Aisha mengetahui siapa dirinya yang sebenar."Dah kemas? Kita dah boleh gerak" kata Yusuf selepas siap melangsaikan kos perubatan Aisha. Aisha mengangguk sambil tersenyum.
Yusuf Alexander memberhentikan keretanya di sebuah mewah milik mereka adik-beradik.
"Kenapa kita dekat sini? Bukan awak cakap nak hantar saya balik ke?"
"Kita balik la ni"
"Tapi saya nak balik rumah ummi" Yusuf menghembuskan nafas lembut. Dia membuka tali pinggang kaledar pada tubuhnya. Dia merenung dalam anak mata biru Aisha.
"Aisha dah lupa ke, apa nenek Aisha dah cakap pada Aisha. Dia haramkan Aisha jejakkan kaki dekat rumah tu lagi" Aisha terdiam.
"Dah kita masuk dulu. Aisha tinggal la dengan kitaorang. Kitaorang akan jaga Aisha"
"Saya taknak menyusahkan keluarga awak" Aisha menunduk.
"I have said it many times. Aisha tidak pernah menyusahkan kitaorang. Ini pilihan kitaorang nak jaga Aisha sampai bila-bila. Selamanya pun kitaorang sanggup. Jadi jangan pernah cakap lagi yang Aisha ni menyusahkan kitaorang." Tegas Yusuf berkata.
"Dah jom masuk, tak paya fikir sangat" Aisha mengangguk seraya keluar dari perut kereta.
"Aisha" Aisha tersentak bila seseorang memeluknya secara tiba-tiba.
"Where have you been? Kitaorang risau dekat Aisha tahu. Saya fikir Aisha nak tinggalkan saya lagi" lirih Rayhan Alexander menuturkan ayat itu.
"Saya minta maaf. Saya sebenarnya nak lawat kubur ummi dan walid saya saja. Tapi tak tahu pula ending dia Aisha akan masuk hospital lagi." tipu Aisha, takkan dia nak bagitahu yang dia cuba nak bunuh diri.
![](https://img.wattpad.com/cover/244510352-288-k913558.jpg)
YOU ARE READING
Mr Mafia Stalker (Slow Update)
RomanceBila seorang mafia bertukar menjadi seorang stalker. Stalker kepada seorang gadis yang dicintainya dalam diam. Apa pula bakal terjadi? "Encik stalk saya eh? Ke mana saya pergi di situ ada encik" Aisha Umairah. Aisha Umairah atau nama sebenarnya Lily...