Media: Adam Alexander Sullivan
Rumah agam keluarga Sulivan:
Tiga adik beradik itu tengah sarapan di ruang makan rumah agam itu, dua orang lagi masih di alam mimpi. Suasananya yang sunyi hanya ditemani bunyi garfu dan sudu.
"Adik rindu akaklah" ucap adik bungsu mereka sayu, Riyadh Alexander, sedari tadi berdiam diri. "Bila adik boleh jumpa akak?" Sambungnya lagi selepas melihat abang-abangnya yang hanya berdiam diri. Soalannya dibiarkan begitu sahaja. Meja makan itu kembali senyap sebelum Abang sulung mereka Adam Alexander bangun dari duduk dan melangkah meninggalkan ruang makan itu tanpa sepatah kata. Dua orang adiknya itu hanya melihatnya sehingga Adam hilang dari pandangan mata.
"Tengok apa adik dah buat?" Soal abang kedua, Yusuf Alexander. Memandang tajam kearah adik lelakinya itu. "Bukan masanya untuk tanya tentang baby pada masa sekarang tahu tak? Along dengan Angah dah berusaha sehabis mungkin untuk cari baby tapi satu petunjuk pun tak ada. along dengan angah dah buntu, nak cari baby kat mana lagi. KL ni bukan kecil, besar. Adik sepatutnya berdoa supaya kita dapat berjumpa dengan baby lagi. Bukan tanya soalan tu dekat along. Bukan adik sahaja rindu baby, kitaorang pun rindu baby" bebel Yusuf kepada Riyadh.
"Dah cepat makan, adik dah lambat tu nak pergi sekolah. Nanti angah hantar" ujar Yusuf sambil menggosak rambut Riyadh sehingga serabai.
"Angah!!! Rosak dah rambut adik. Satu jam tahu tak adik nak buat rambut macam ni. Ingat senang ke? Membazir pomade tahu tak" kata Riyadh merajuk. Yusuf hanya menjeling adiknya itu. Umur dah 16 tahun tapi perangai macam budak umur 6 tahun.
Riyadh Alexander, adik bungsu mereka selepas arwah mama mereka disahkan mengandung semasa adik perempuan mereka berusia setahun setengah lagi. Perbezaan umur mereka yang dekat itulah membuatkan Riyadh manja dengan kakaknya itu.
"Good morning dunia!!!" Laung abang ketiga dalam keluarga sullivan. Rayyan Alexander. Orangnya ceria dan sangat peramah dengan orang sekeliling nya.
"Ingat ni negara omputih ke nak good morning bagai?" Tanya Yusuf sambil mencekak pinggang seperti mak-mak bebelkan anak.
"Alah.... Angah ni tak supporting langsunglah" ujarnya sambil, menjeling abangnya itu dan mengambil tempat duduk bersebelahan dengn Yusuf. Yusuf hanya buat muka selamba langsung tak nak melayan Perangai Rayyan yang tak semenggah itu.
"Mana Along, tadi bukan dia dah turun ke?" Rayhan Alexander anak keempat mengambil tempat duduk disebelah Riyadh.
"Along dah turun tadi tapi mood tak berapa nak bagus, dia naik atas balik. Tengah besiap la tu. Ada meeting katanya" Terang Yusuf sambil menyuap sandwich dalam mulut. Rayhan hanya mengangguk.
Beberapa minit kemudian, Adam turun tingkat bawah dengan briefcase di tangan menuju pintu utama dan terus menerobos memasuki kereta. Dia perlu berjumpa dengan anak-anak buahnya. Hampir 11 tahun dia mengupah anak-anak buahnya untuk menjejaki keberadaan adik perempuan mereka.
Selepas kematian ibu bapa mereka, mereka adik beradik tinggal bersama keluarga sebelah ibu mereka. Sehinggalah mereka mampu untuk berdikari sendiri. Adam mampu membuka syarikat sendiri atas usaha mereka adik beradik. Yusuf pula menjadi pensyarah di sebuah universiti, kerana dia tidak berminat dalam bidang bisnes. Rayyan pula minat dalam bidang penerbangan dan masih belajar untuk menjadi juruterbang. Manakala Rayhan masih belajar di universiti tempat yang sama Yusuf berkerja sebagai pensyarah. Riyadh pula masih bersekolah, tingkatan 4
![](https://img.wattpad.com/cover/244510352-288-k913558.jpg)
YOU ARE READING
Mr Mafia Stalker (Slow Update)
RomanceBila seorang mafia bertukar menjadi seorang stalker. Stalker kepada seorang gadis yang dicintainya dalam diam. Apa pula bakal terjadi? "Encik stalk saya eh? Ke mana saya pergi di situ ada encik" Aisha Umairah. Aisha Umairah atau nama sebenarnya Lily...