chapter 9

777 29 0
                                        




Rumah Aariz:

Aariz duduk di ruang tamu sambil bermain dengan telefon. Seseorang duduk disisinya.

"Riz dah makan ubat?" Soal mamanya lembut.

"Dah" jawabnya pendek. Tengku Aminah mengeluh perlahan mendengar jawapan anaknya itu. Dia tahu anaknya cuba untuk menipu. Dia juga tahu anaknya sudah tiada semangat untuk teruskan hidup kerana penyakit yang dihidapinya.

"Riz suka Aisha?" Soal Tengku Aminah. Dia sedang merancang sesuatu supaya anaknya itu ada semangat kembali kerana dia boleh nampak dari mata anknya itu bahawa dia suka pada Aisha.

Soalan Tengku Aminah menyentakkan Aariz.

"Tak" jawabnya pendek. Tapi sebenarnya dalam hati jawapan pada soalan tu adalah, ya. Dia masih belum bersedia mengungkap kan tiga patah perkataan itu pada gadis yang disukainya.

"Kalau Riz suka Aisha, mama boleh pinangkan Aisha untuk Riz" ujar Tengku Aminah sambil tersenyum. Aariz memandang mamanya dengan kerutan di dahi. Aariz mengeluh perlahan.

"Riz bukan tak suka Aisha. Tapi Riz kan ada penyakit, kalau tetiba Riz mati siapa nak jaga Aisha. Riz taknak bagi harapan pada dia" terang Aariz pilu. Tengku Aminah menghembuskan nafas lega, kerana dia tahu anaknya memang menyukai Aisha.

"Kalau Riz sayangkan Aisha, Riz kena teruskan rawatan supaya Riz boleh teruskan hidup dan jaga Aisha. Please Riz. For our family. Mama taknak kehilangan satu-satunya anak lelaki mama" ujar Tengku Aminah sebak seraya memeluk tubuh tegap anknya itu. Aariz mengeluh. Kalau itu yang membuatkan mamanya bahagia dia sanggup lakukan.

"Ok , Riz teruskan rawatan tu. Tapi kalau dah ajal Riz sampai Riz tak boleh buat apa dah" kata Aariz tersenyum kelat. Dia berlalu menuju ke tangga tetapi dia berhenti pula di anak tangga. Dia memandang mamanya yang masih duduk di sofa itu.

"Pinangkan Aisha untuk Riz secepat mungkin" ujarnya seraya naik ke tingkat atas.

Tengku Aisha tersenyum dengan keputusan yang dibuat anaknya itu. Dia yakin Aisha adalah pilihan yang tepat untuk menjaga dan mencintai anak lelakinya itu.

**************************************************

Keesokkan harinya...

Sekolah:

Aisha meletakkan kepalanya di atas meja. Dia rasa tidak sedap badan, rasa nak demam. Dia memejam kan mata kerana dia rasa pening. Aariz mendekati meja Aisha bila dia perasan Aisha sahaja belum turun rehat.

"Kenapa tak turun rehat" soalnya. Dia melabuhkan punggung di kerusi kosong sebelah Aisha. Dia melihat wajah pucat Aisha.

"Wei, kau ok tak ni? Soalnya lagi tetapi tiada jawapan daripada gadis itu. Dia meletakkan tangan ke dahi gadis itu. Panas.

"Aisha bangun, aku hantar kau pergi bilik rawatan. Kau demam ni." Kata Aariz. Riak risau pada wajah kacak itu jelas terpampang. "Takkan aku nak angkat kau pula" gumam Aariz perlahan. Kemudian dia berlalu ke luar kelas meminta bantuan kepada sesiapa sahaja. Dia melihat sekeliling sehinggalah dia ternampak dua orang pengawas perempuan sedang bertugas memastikan semua pelajar turun rehat.

"Rose, Jasmine?" Panggilnya kepada dua gadis itu. Mereka mengenali antara satu sama lain. Jadi jangan hairan la kenapa Aariz kenal mereka.

"Yups? Nak apa Tengku Aariz" soal Rose Mellisa.

"Classmate aku demam, tolong aku angkat dia hantar pergi bilik rawatan. Aku risau muka dia pucat" ujarnya risau.

"Kenapa kau tak angkat. Kami tak kuat la nak angkat." Kata Jasmine Saffiya pula.

Mr Mafia Stalker (Slow Update)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang