Media: Tengku Aariz Aiman
Tengku Aariz Aiman mengelamun jauh di atas gazebo. Dah beratus mesej dia hantar pada Aisha. Satu pun Aisha tidak balas. Salahnya ka sebab rahsiakan benda ni pada Aisha? Sesekali Aariz mengeluh. Dia tidak pernah gaduh seteruk ni dengan Aisha.
Aariz tersentak bila seseorang menyentuh bahunya. Aariz tersenyum kelat melihat wanita itu. Dia tidak mahu mamanya tahu kerunsingan dirinya. Tengku Aminah melabuhkan punggung bersebelahan anaknya. Aariz mengabaikan kehadiran wanita itu. Dia kembali termenung.
"Riz ada masalah" Aariz tersentak mendengar soalan mamanya. Aariz tersenyum nipis. Itu la seorang wanita yang bergelar ibu. Kita rahsiakan sesuatu pun pada wanita itu, wanita itu akan dapat tahu. Dia yang lahirkan kita, dia lebih kenal diri kita daripada kita kenal diri kita sendiri.
"Macam mana nak pujuk perempuan?"
"Nak pujuk siapa? Aisha?" Aariz mengangguk.
"Aisha merajuk dekat Riz sebab rahsiakan siapa diri dia yang sebenar" Tengku Aminah mengerutkan dahi. Tidak faham apa yang anaknya cuba sampaikan.
"Apa maksud Riz?" Tengku Aariz Aiman menghembuskan nafas lembut. Aariz memandang tepat kearah mamanya.
"Sebulan yang lalu. Riz balik sini sebab nak lawat Aisha dekat hospital. Riz terjumpa dengan seorang lelaki ni. Dia selalu melawat Aisha. Riz hairan bila lelaki itu rapat dengan Aisha. Riz curious, siapa lelaki itu. One day, lelaki tu jumpa Riz and cakap dia adalah abang kandung Aisha. And guess what, Aisha adalah anak Sullivan Alexander" terang Aariz panjang lebar. Tengku Aminah terkelu mendengar hal itu.
"Jadi bermakna dia anak Rahayu dengan Sullivan. Tak sangka. Anak perempuannya yang selama ni hilang masih hidup dan orangnya Aisha. Patutlah first time Aisha datang rumah kita, mama boleh nampak muka dia sama dengan seseorang"
"Mama kenal dengan mama Aisha?" Tengku Aminah mengangguk.
"Mama kandung Aisha best friend mama dekat universiti dulu. Masa paklong Riz kahwin, mama ajak mama Aisha ikut sekali. Maka di sana la mama Aisha dengan daddy Aisha bertemu dan berkenalan. Daddy Aisha dengan paklong Riz best friend. Sebulan lepas tu daddy Aisha memeluk islam lepastu kahwin dengan mama Aisha." Aariz khusyuk mendengar cerita mamanya itu.
"Mesti Riz tak ingat Aisha kan?" Aariz mengerutkan dahi. Tengku Aminah tersenyum melihat muka berkerut anak lelakinya itu.
"Dulu Aisha tu kawan sepermainan Riz waktu kecil-kecil dulu."
"Seriously?" Tengku Aminah mengangguk.
"Jadi bermakna dia Lily?" Sekali lagi Tengku Aminah mengangguk.
"YaAllah kecilnya dunia" gumam Aariz perlahan.
******
Aisha Umairah hanya merenung mesej yang dihantar oleh Aariz. Dia masih merajuk pada Aariz. Pandai-pandai la dia memujuk. Siapa suruh rahsiakan benda yang tidak sepatutnya.
Tok tok..
Aisha menoleh memandang pintu biliknya yang terbuka dari luar. Terpampang la wajah kacak Rayyan Alexander. Aisha tersenyum nipis melihat lelaki itu. Jarang sekali dia melihat lelaki itu di rumah. Biasalah seorang pilot akan selalu kerja luar negara. Terbang merata tempat.
"Bila balik?" Soal Aisha lembut. Dia ralit melihat wajah kacak lelaki itu. Dia tidak sangka langsung dia mempunyai abang yang kacak.
"Tadi. Pukul 6 flight saya dari korea. Ni kenapa berkurung dalam bilik saja. Kenapa tak keluar-keluar?"
![](https://img.wattpad.com/cover/244510352-288-k913558.jpg)
YOU ARE READING
Mr Mafia Stalker (Slow Update)
Storie d'amoreBila seorang mafia bertukar menjadi seorang stalker. Stalker kepada seorang gadis yang dicintainya dalam diam. Apa pula bakal terjadi? "Encik stalk saya eh? Ke mana saya pergi di situ ada encik" Aisha Umairah. Aisha Umairah atau nama sebenarnya Lily...