"Aisha""Awak..."
Aisha sudah pun menitiskan air mata melihat gerangan yang berdiri di hadapannya. Tengku Aariz Aiman tergelak melihat wajah merah gadis itu. Cengeng yang amat tunang kau Aariz. Ummi Zahra dan Walid Qalifh berlalu ke dapur. Memberi ruang kepada Aisha dan Aariz melepaskan rindu hehe.
"Kenapa menangis ni" soal Aariz.
"Rindu" jawap Aisha sambil memuncungkan mulut.
Aariz tersenyum nipis. Geram dia melihat wajah comel Aisha. Rasa nak gomol-gomol saja.
"Dah lama ke Riz datang?
"Baru je. Ummi cakap Sha lepak dengan Rose dan Jasmine. So Riz taknak ganggu."
"Tadi Riz ada call kan? Riz cakap busy la apa la" rajuk Aisha.
"Riz nak buat surprise senanye" jawab Aariz tersengih.
"Eh kenapa berdiri saja ni. Sha, kalau ya pun rindu. Jemput la Aariz tu duduk" kata Ummi Zahra yang baru keluar dari dapur.
Aisha tersengih. Terlupa pula. Aisha melabuhkan punggung di sofa single manakala Aariz duduk di sofa twin.
"Riz nak cakap something ni".
"Riz nak cakap apa Sha dengar" jawab Aisha. Dia merenung wajah kacak Aariz. Hari-hari tengok pun tidak bosan. Hehe
"Riz nak ajak Sha keluar jalan-jalan esok lepas sekolah. Boleh? Nanti Riz jemput Sha dekat sekolah"
"Riz tak sekolah ke esok?" Soal Aisha hairan. Aariz menghembus nafas berat.
"Riz dah tak sekolah sana"
"Tapi kenapa?"
"Riz pindah Australia. Riz akan sambung belajar dekat sana dan Riz nak...."
"Riz nak tinggalkan Sha macam tu?" Laju saja Aisha memintas kata-kata Aariz.
"Tak bukan macam tu. Sha dengar dulu apa yang Riz nak cakap"
"Cakap la" jawab Aisha dingin.
"Riz takkan tinggalkan Sha kecuali ajal. Lepas je Riz habis belajar and dapat kerja. Kita kahwin"
Aisha terkelu. Biar betul apa yang dia dengar ni.
"Tak lama lagi SPM. Tak dapat la kita belajar sesama" ujar Aisha sebak.
"Sha ada Rose dengan Jasmine kan? Boleh la ajak dorang belajar sesama"
Aisha memandang wajah Aariz yang mula memucat. Aariz memegang kepala yang mula berpusing-pusing
"Riz ok tak. Muka Riz pucat la" ujar Aisha.
"Riz ok saja. Riz dah nak balik ni. Besok jangan lupa, Riz jemput Sha dekat sekolah" Aariz bergegas keluar dari rumah Aisha. Dia tidak mahu Aisha melihat muka pucatnya.
Aariz menerobos masuk ke dalam kereta miliknya. Dia menyembamkan mukanya di atas stering kereta. Darah mula keluar dari hidung Aariz.
"Aku minta maaf Sha. Terpaksah rahsiakan penyakit aku pada kau" bisik Aariz dalam hati. Dia mula memandu keluar dari kawasan rumah Aisha.
Dalam rumah Aisha pelik melihat tingkah Aariz itu. Pelik-pelik saja.
**************************************************
Keesokan harinya....
Aisha Umairah menunggu Tengku Aariz Aiman menjemputnya. Aariz menjemputnya pukul 1. Dia melihat jam d pergelangan tangan nya. Sepuluh minit lagi pukul satu.
![](https://img.wattpad.com/cover/244510352-288-k913558.jpg)
YOU ARE READING
Mr Mafia Stalker (Slow Update)
RomanceBila seorang mafia bertukar menjadi seorang stalker. Stalker kepada seorang gadis yang dicintainya dalam diam. Apa pula bakal terjadi? "Encik stalk saya eh? Ke mana saya pergi di situ ada encik" Aisha Umairah. Aisha Umairah atau nama sebenarnya Lily...